web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendidikan Holistik, Ibu Bapa Tak Kisah Melabur

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2022 9:02PM

Kerajaan menyediakan peruntukan lebih RM50 bilion dalam Belanjawan 2021 kepada Kementerian Pendidikan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Umum mengetahui, pendidikan adalah proses pembangunan insan sepanjang hayat dan juga proses sistematik untuk meningkatkan martabat manusia secara holistik.

Menyedari hakikat itu, kerajaan turut menyediakan peruntukan berjumlah RM50.4 bilion dalam Belanjawan 2021 kepada Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, peruntukan besar itu diberikan memandangkan bidang pendidikan adalah satu pelaburan paling penting, demi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Apabila berbicara mengenai soal pendidikan, setiap ibu bapa pasti mahu memberikan yang terbaik untuk anak masing-masing.

Bagi mereka, sistem pendidikan yang baik bukan sahaja mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik bahkan perlu seimbang dari aspek ko-kurikulum.

Seiring peredaran zaman, ibu bapa sudah mula menyedari kepentingan pendidikan holistik, tetapi apakah pengertian sebenar frasa itu?

Berdasarkan kajian bertajuk Education Towards Integration: An Alternative Programme, pendidikan holistik menekankan aspek matlamat seseorang pelajar untuk belajar melalui pengalaman, diikuti dengan nilai sensitiviti perhubungan sesama manusia dan alam sekitar.

Sistem berkenaan membolehkan setiap pelajar merasai dan menikmati kehidupan mereka serta menghargai dan menilai potensi dalaman seperti kecerdikan, kreativiti dan nilai kerohanian.

Ia juga membantu mengembangkan potensi pelajar dalam suasana pembelajaran yang lebih menyenangkan, demokratik dan mengikut gaya belajar masing-masing.

Ia jauh berbeza dengan kaedah pendidikan tradisional yang masih lagi diamalkan di negara ini, apabila pembelajaran seorang kanak-kanak dikawal kalendar dan jadual waktu.

Ini diikuti kaedah pembelajaran hafalan buku teks atau lembaran kerja berjilid dan berpusatkan guru yang masih menjadi amalan sehingga hari ini.

Paling ketara, sistem pendidikan di negara ini juga masih menumpukan aspek kejayaan pelajar berdasarkan sistem meritokrasi semata-mata.

Dengan menerapkan sistem pendidikan yang lebih holistik dan menyeluruh, kelemahan sistem pendidikan negara yang ada pada hari ini dapat dikurangkan serta diatasi secara tidak langsung.

Tidak dinafikan ramai ibu bapa lebih selesa memilih pendidikan kerajaan sedia ada, tetapi ada yang gemar menghantar anak mereka ke sekolah swasta kerana berpendapat sistem pendidikan ditawarkan lebih holistik.

Mereka juga tidak kisah berbelanja besar demi mendapatkan pendidikan terbaik untuk anak-anak kerana beranggapan ia adalah pelaburan terbaik dalam membesarkan zuriat masing-masing.

Menurut laporan sebuah akhbar harian berbahasa Melayu, seramai 44,575 daripada keseluruhan 69,795 pelajar sekolah antarabangsa di negara ini terdiri daripada penduduk tempatan.

Ini bermakna kira-kira 64 peratus pelajar sekolah antarabangsa merupakan rakyat Malaysia dan jumlah tersebut juga meningkat setiap tahun.

Kanak-kanak yang beralih kepada pendidikan antarabangsa berpotensi membina haluan pendidikan ke tahap lebih tinggi, meningkatkan peluang pekerjaan dan menambah pilihan pengajian atau pekerjaan.

Malah, kurikulum dan program antarabangsa yang ditawarkan membolehkan pelajar menjadi warganegara global menerusi pendidikan komprehensif dan berpeluang mendalami pelbagai bahasa serta budaya.

Mereka juga turut berkemahiran dalam menggunakan atau bertutur dalam bahasa Inggeris di dunia nyata.

Inilah kaedah pendidikan unik yang dilaksanakan Tutopiya, syarikat pemula teknologi pendidikan yang berpangkalan di Singapura.

Tutopiya mampu menghubungkan ibu bapa dan pelajar dengan gaya pendidikan tutor merentasi sempadan geografi dan tempatan kepada pelajar di negara ini.

Pengasasnya, Nuha Ghouse menyifatkan setiap kanak-kanak adalah unik, jadi setiap sesi pembelajaran perlu mengikut kemampuan dan keperluan mereka.

Katanya, ia amat penting terutamanya bagi memastikan mereka memperoleh kejayaan dan pemahaman yang optimum.

“Semuanya terserah di tangan ibu bapa. Jika pendidikan holistik menarik perhatian anda, apa salahnya melabur sedikit demi masa depan anak-anak.

“Bak kata pepatah, pelaburan dalam pendidikan sentiasa memberi faedah yang terbaik,” katanya. - Getaran, 21 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lebih 4,500 Kes Kanak-Kanak Hilang Direkod Antara 2021 - 2025

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Keputusan Rayuan Akhir Kes Syed Saddiq 13 Julai

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 10 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad