web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemohon IPTA, ILKA Dikecualikan Bayaran UPUOnline

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2022 10:52AM

Datuk Seri Dr Noraini Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Individu yang ingin melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi sesi akademik 2022/2023 tidak akan dikenakan bayaran proses UPUOnline.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, perkara itu diputuskan selepas mengambil kira keadaan semasa pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir.

Sehubungan itu katanya, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran bagi proses permohonan atas talian tersebut.

“Kerajaan dan KPT khususnya amat prihatin akan kekangan dan kesan sekiranya pemohon diwajibkan membeli nombor pin Unik ID di Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membuat permohonan UPUOnline.

“KPT berharap agar keputusan ini dapat meringankan beban dan melancarkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian seterusnya menjamin masa depan yang lebih cerah,” katanya hari ini.

Beliau berkata, melalui pengecualian itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2022/2023 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang upu.mohe.gov.my.

Tempoh permohonan bermula dari 4 Februari hingga 31 Mac bagi semua kategori pemohon iaitu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Asasi, matrikulasi dan diploma atau setaraf.

Pemohon juga boleh melayari portal rasmi upu.mohe.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan kursus yang ditawarkan. - Getaran, 3 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Tiada Perbincangan Untuk Benarkan Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM - Zambry

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Permohonan UPUOnline Dibuka Bermula Hari Ini

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

KPT Kaji Ekosistem TVET Bagi Mantapkan Sistem Pendidikan Teknikal, Vokasional Negara

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Mahu Berjaga Untuk Perjalanan Jauh, Ramai Pemandu Lori Mengaku Ambil Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

oleh Sophia Ahmad