web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keciciran Pelajar Sekolah Semakin Menurun Berbanding 2018 - KPM

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 4:53PM

Hang Soon menjawab soalan pada pertanyaan-pertanyaan bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah bagi menurunkan jumlah keciciran di kalangan pelajar sekolah dan mengurangkan risiko yang membawa kepada berlakunya perkara itu.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr Mah Hang Soon, hasil daripada usaha dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) itu dapat dilihat apabila jumlah pelajar tercicir pada 2018 adalah jauh lebih tinggi berbanding angka direkodkan dari Mac 2020 hingga Julai 2021.

“Pada tahun 2018, jumlah murid tercicir adalah seramai 34,074 sebelum berkurangan kepada 11,301 pada Mac hingga Disember 2020 dan 10,015 orang (Januari hingga Julai 2021).

“Jumlah keseluruhan murid berhenti sekolah bagi tempoh Mac 2020 hingga Julai 2021 adalah 21,316,” katanya pada sesi Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengenai usaha intervensi berskala besar boleh dilakukan kerajaan, dalam berdepan situasi pendidikan negara membimbangkan yang menyaksikan terlalu ramai pelajar keciciran.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) itu turut meminta kerajaan menjelaskan cara mengatasi keciciran permasalahan berkenaan serta memastikan pelajar terbabit kembali mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah.

Mengulas mengenai langkah dilaksanakan itu, Hang Soon berkata, KPM menggerakkan pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk mengesan pelajar tidak hadir semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) serta PdP di sekolah.

Katanya, KPM juga menyediakan perkhidmatan bimbingan dan sokongan psikososial melalui pelbagai kaedah.

“Perbincangan di antara pihak sekolah dan ibu bapa atau penjaga turut diadakan bagi mengenal pasti sebab dan langkah boleh diambil untuk menangani murid kurang berminat belajar,” katanya.

Hang Soon berkata, pada masa sama, KPM melaksanakan intervensi murid risiko cicir PdP di peringkat JPN dan PPD yang membabitkan beberapa pihak, antaranya sektor pengurusan pembelajaran, sektor pengurusan sekolah serta pembangunan murid.

“Ia juga membabitkan Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) dan menyediakan Garis Panduan Mengurus Murid Berisiko Cicir di Sekolah (GPMBC) sebagai rujukan GPMS PPD sekolah.

“KPM turut menyediakan manual pengurusan pencegahan dan intervensi murid cicir, jadi inilah langkah yang sudah kita ambil,” katanya. - Getaran, 6 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

2

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

3

Pendidikan 6 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

MCMC Rampas 6,916 Peranti Komunikasi Tak Sah, Babit Nilai RM2.06 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad