web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beri Pelajar Ruang Bernafas, Elak Stres - PIBGN

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2021 8:36AM

Presiden PIBGN berkata pelajar bukan ‘robot’ dan perlu diberikan masa untuk menyesuaikan diri dahulu. - Gambar dari Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebimbangan ibu bapa terhadap gangguan emosi dan stres dialami anak-anak kerana terpaksa menduduki peperiksaan sebaik sahaja sekolah dibuka perlu dipandang serius.

Presiden Persatuan Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, pelajar perlu diberikan masa secukupnya untuk melakukan persediaan sebelum menghadapi sebarang peperiksaan.

“Pelajar bukan ‘robot’. Mereka ada hati, perasan dan emosi mereka juga mudah rapuh.

“Saya rasakan ada baiknya guru tidak terus adakan peperiksaan setelah hampir dua tahun tidak bersemuka dengan pelajar.

“Seelok-eloknya ambil hati dan sentuhi sanubari mereka terlebih dahulu.

“Berilah mereka masa untuk ‘settle down’ dahulu,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Menurut beliau, guru juga seharusnya menggunakan pendekatan berlembut untuk mengetahui masalah dialami pelajar sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Saya percaya setiap pelajar pasti ada masalah masing-masing dan tidak kurang juga yang tercicir dalam pelajaran. Jadi guru mesti bersikap adil dan saksama kepada semua pelajar.

“Tempoh bersemuka sejak awal bulan ini perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan banyak latihan tubi dan ulang kaji pelajaran sebelum peperiksaan diadakan. Bantu dan bimbinglah mereka seoptimumnya,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Ali turut prihatin terhadap keluhan calon peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang kecewa mengenai jadual peperiksaan tersebut yang disifatkan terlalu padat.

Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan
Profesor Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan

Menurut beliau, jadual peperiksaan penting itu perlu disusun sebaik mungkin dengan mengambil kira masalah dan kekangan dihadapi pelajar ketika ini.

Katanya, jadual yang padat itu menunjukkan seolah-olah KPM mahu menamatkan segera peperiksaan tersebut.

“Sepatutnya jadual peperiksaan itu perlu diatur sebaik mungkin, tidak terlalu padat dan tidak juga terlalu renggang serta mengambil kira pelbagai aspek.

“Beri pelajar ruang bernafas untuk lebih bersedia menjawab kertas soalan seterusnya dan memiliki waktu senggang supaya mental dan fizikal pelajar tidak terbeban,” katanya.

Justeru, beliau menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) agar memperhalusi semula jadual peperiksaan SPM yang akan berlangsung pada 3 hingga 20 Mac tahun depan.

“Tentunya saya harapkan penjadualan sesuatu peperiksaan tidak memberi tekanan dan mengganggu emosi pelajar serta menimbulkan permasalahan diluar jangkaan baik sekarang mahupun pada masa akan datang.

“Kita semua perlu menerima hakikat keputusan peperiksaan adalah penentu masa depan dan kerjaya mereka.

“Berilah persekitaran terbaik dan mudahkanlah urusan semua pelajar dalam menghadapi peperiksaan dengan tenang,” katanya.

Baru-baru ini, seorang individu mewujudkan satu petisyen bertajuk #SemakSemuaJadualSPM2021 di platform change.org bagi mendapatkan sokongan warganet kepada usaha mendesak kerajaan untuk menyemak semual jadual peperiksaan tersebut yang dianggap terlalu padat.

Berdasarkan jadual SPM yang dipaparkan di portal rasmi Lembaga Peperiksaan Malaysia sejak beberapa hari lalu, mata pelajaran yang jatuh pada Ahad, 6 Mac adalah Prinsip Perakaunan Kertas 1, 2 dan 4 serta Al-Adab wa Al-Balaghah.

Pada Jumaat, 11 Mac pula mata pelajaran Al-Syariah, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Syari’ah Islamiyah, Turath Dirasat Islamiah, Maharat Al-Quran, Bahasa Punjabi, Manahij al-Umum Al-Islamiyah dan Pertanian.

Pada Ahad, 13 Mac pula, Pendidikan Seni Visual merangkumi Ujian Melukis, Pendidikan Muzik dan Reka Cipta manakala pada Jumaat, 18 Mac pula Bahasa Cina, Bahasa Iban, Bahasa Tamil, Bahasa Kadazandusun, Bahasa Semai, Bahasa Arab, Al-Lughah Al-Arabiah Al-Mu’asirah dan Turath Bahasa Arab.

Susulan bantahan dan desakan orang ramai, Kementerian Pendidikan melalui menterinya, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, jadual baharu peperiksaan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ia sebagai mengambil kira desakan dan pandangan pelbagai pihak termasuk ibu bapa berhubung penyusunan jadual yang dikatakan terlalu padat itu. - Getaran, 22 November 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

16 Pusat Peperiksaan SPM Di Terengganu Berdepan Risiko Gelombang Keempat Banjir

2

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Lantikan Pengawas Peperiksaan Kalangan Orang Awam Terikat Peraturan, SOP

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Calon SPM Terjejas Banjir, KPM Ikut Garis Panduan Sedia Ada - Fadhlina

4

Pendidikan 2 tahun yang lalu

SPM 2023: Ujian Amali Sains Pada 5 Hingga 7 Disember Ini

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

oleh Wartawan Getaran

Politik 2 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad