Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Manfaat Lebihan Jam Kredit, Tawar Program Persiap Pelajar

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 7:33AM

Pelajar UIA melakukan ujian saringan kendiri RTK Antigen sebelum memulakan sesi pembelajaran pada 15 Oktober. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Awam (UA) disaran untuk memanfaatkan fleksibiliti diberikan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) berkaitan lebihan jam kredit, dengan menawarkan program yang mampu melengkapkan pelajar menghadapi dunia pekerjaan.

Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, pembangunan program standard MQA mengambil kira fleksibiliti dalam penawaran program, yang menyaksikan jam kredit ditetapkan untuk kursus teras atau wajib di institusi pengajian tinggi (IPT) diminimumkan.

Hal itu katanya, bagi memberi peluang kepada IPT untuk mereka bentuk program yang dirasakan relevan, seterusnya mempersiapkan pelajar untuk lebih berdaya saing selepas tamat pengajian.

“Contohnya, program sarjana muda mempunyai lebihan 20 hingga 30 jam kredit yang boleh digunakan untuk penawaran kursus relevan mengikut acuan IPT.

“Institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kini sedang giat menawarkan program sedemikian berdasarkan permohonan yang dibuat kepada pihaknya, justeru UA juga perlu merebut peluang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sesi Jelajah MQA ke IPT di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Arau, baru-baru ini.

Selain UniMAP, sembilan IPT dari sekitar Perlis turut menyertai program berkenaan.

Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran
Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran

Antara yang hadir termasuk Naib Canselor UniMAP, Profesor Ts Dr Zaliman Sauli; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA, Profesor Ir Dr Khairul Salleh Mohamed Sahari; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Ir Dr Rizalafande Che Ismail; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Dr Mohd Fo’ad Sakdan yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniMAP dan Pengarah Kanan (Pembangunan Dasar dan Kepakaran) MQA, Mohamad Dzafir Mustafa.

Mengulas lanjut Mohammad Shatar berkata, pihaknya sering mengingatkan bahawa graduan mutakhir ini tidak boleh bergantung pada kelayakan akademik semata-mata untuk bersaing dalam pasaran kerja.

Katanya, kelayakan akademik kini menjadi sebahagian daripada asas utama yang perlu dimiliki graduan, namun untuk menentukan jaminan kerjaya, pelajar perlu dipersiapkan dengan nilai tambah dalam diri masing-masing.

“MQA selalu menitikberatkan mengenai kemahiran insaniah, misalnya menerusi penguasaan pelbagai bahasa, kepemimpinan, kemahiran berfikir secara kritis dan penyelesaian masalah.

“Semua elemen itu ialah perkara yang perlu diberi penekanan oleh IPT di negara ini supaya mereka mampu mempersiapkan pelajar lebih bersedia selepas tamat pengajian,” katanya.

Sementara itu, Zaliman berkata, kunjungan delegasi MQA ke IPT mencerminkan tahap keseriusan badan akreditasi berkenaan terhadap jaminan kualiti pengajian tinggi di negara ini.

Katanya, pelbagai inisiatif baharu disarankan MQA terutama ketika situasi pandemik COVID-19.

“Semua usaha itu dilakukan bagi IPT meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) misalnya penawaran micro-credential dan pelaksanaan PdP menerusi mod pembelajaran terbuka dan jarak jauh (ODL).

“Sesi turun padang ini memberikan peluang kepada IPT untuk bertanya dengan lebih dekat lagi kepada MQA mengenai akreditasi program, inisiatif serta dasar atau pengumuman baharu oleh MQA,” katanya. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Universiti Awam Digalak Pasang Panel Solar Untuk Jimat Guna Tenaga Elektrik

2

Pendidikan 5 bulan yang lalu

Yuran Pengajian Pelajar Palestin Di Universiti Awam Dikecuali Setahun

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Universiti Awam Jangan Tolak Kemasukan Pelajar Miskin, Tidak Mampu Bayar Yuran

4

Pendidikan 10 bulan yang lalu

Fokus Bidang Tujahan Melangkaui Kedudukan Penarafan – MQA

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Semasa 10 jam yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 13 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya