web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sekolah Negeri Fasa 1 PPN Ditutup, Ibu Bapa Luah Rasa Kecewa

Pendidikan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 12:00PM

Anak-anak Siti Hajar ketika menjalani PdPR.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Antara kecewa dan lega, itu reaksi ibu-bapa di negeri ini apabila Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa sesi persekolahan secara bersemuka belum lagi terpakai kepada negeri yang masih berada pada Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN). 

Mengakui agak kecewa kerana bimbangkan pembelajaran anak mereka, golongan terbabit bagaimanapun akur ia mungkin langkah terbaik apabila bilangan kes harian COVID-19 masih berada di tahap membimbangkan.

Ahli perniagaan, Zuraidah Mohamed, 40, berkata, dia sedikit kecewa apabila dimaklumkan bahawa sekolah di Fasa 1 PPN, masih tidak dibuka memandangkan sesi Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) banyak memberi tekanan kepada pelajar dan ibu-bapa.

Menurut beliau, anak-anaknya sering kali dibebankan dengan jumlah tugasan yang terlampau banyak, sehingga mereka menjadi begitu tertekan, apatah lagi masing-masing tidak berpeluang berinteraksi secara langsung bersama guru atau rakan.

“Anak-anak dah terlalu lama sangat PdPR, pastinya ada sedikit tekanan, tambahan pula kerja sekolah yang banyak dan tidak dapat bersemuka dengan guru. 

“Anak sulung saya, tahun depan akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia juga bimbang dengan keputusan yang bakal diperoleh,” katanya, gusar. 

Namun, Zuraidah berkata, PdPR ini mungkin langkah terbaik buat masa ini memandangkan anak-anaknya masih belum divaksin. 

“Sebenarnya, apa yang lebih penting ialah keselamatan anak-anak, dan saya berharap kerajaan dapat menyegerakan proses vaksinasi terhadap pelajar sekolah,” katanya kepada Getaran.

Anak kepada Siti Hajar, Aisy Zahra Mohd Omar Faizie, 11, menggunakan telefon pintar ketika menjalani PdPR.
Anak kepada Siti Hajar, Aisy Zahra Mohd Omar Faizie, 11, menggunakan telefon pintar ketika menjalani PdPR.

Sementara itu, penjawat awam, Siti Hajar A Gaffar, 38, berkata, PdPR bukan sesuatu yang buruk, namun ia agak mengganggu tumpuan atau fokus pelajar terhadap pembelajaran kerana mereka memerlukan interaksi dan penglibatan dalam aktiviti sosial bersama rakan sebaya.

“Belajar dalam suasana norma baharu ini masih ada kebaikan tersendiri tetapi kanak-kanak peringkat rendah perlu bermain dan melakukan pelbagai aktiviti fizikal bersama rakan bagi merangsang tumbesaran.

“Apa yang saya nampak, mereka lebih fokus kepada pelajaran jika berada di dalam kelas berbanding di rumah,” katanya.

Beliau bagaimanapun akur bahawa PdPR adalah konsep terbaik buat masa ini, serentak dengan jangkitan harian COVID-19 yang masih berada di paras lima angka.

“Sebelum ini pun, kes jangkitan di sekolah kebanyakannya berpunca dari ibu bapa yang dijangkiti dari tempat kerja,” katanya. 

Sebelum ini, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin mengumumkan, pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka di negara ini dijalankan secara berperingkat bermula 3 dan 4 Oktober depan.

Beliau turut memperkenalkan sistem penggiliran dan menetapkan kapasiti setiap kelas kepada hanya 50 peratus sahaja pelajar pada satu-satu masa. - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

2

Semasa 2 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Pendidikan 2 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Semasa 4 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

5

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

6

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad