Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Timbalan Pengarang Gaya Hidup & Hiburan Getaran, berkongsi ulasannya tentang lagu-lagu pop terbaharu yang dikeluarkan oleh penyanyi Malaysia dan negara-negara jiran terdekat setiap minggu. Mari kita singkap lima lagu pilihannya minggu ini.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 5:37PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Anugerah Terindah' - Alif Satar & The Locos

Pasti ramai menanti lagu baharu daripada Alif Satar. Bagaimanapun, Alif Satar tidak lagi menyanyi secara solo kerana dia sudah bergabung dengan The Locos. Bersama Alif Satar & The Locos (ASTL), muncul lagu 'Anugerah Terindah'. 

Lagu ini menggabungkan beberapa penulis lagu iaitu Alif Satar, Romeo, Tam Cobain dan Efry Arwis, manakala liriknya pula dihasilkan bersama Shah Shamshiri, Romeo dan Alif Satar sendiri. 

Tam Cobain adalah pemain gitar ASTL, manakala Efy Arwis bermain bass. Selain itu, ASTL turut dianggotai Faliq Auri (saksafon) dan Rajwan (dram). 

'Anugerah Terindah' adalah karya pop R&B yang mempunyai senikata bahasa Inggeris. Penggunaannya tidak keterlaluan tetapi menyempurnakan makna itu. 

Persembahan vokal Alif Satar sangat top notch. Tidak dinafikan lagi. Dan, penggunaan wind instrumen menjadikan verse tertentu lagu ini kedengaran seksi. Begitu juga dengan vokal Alif Satar. 

 

'Bosan' - Yazmin Aziz 

Nampaknya, makin banyak lagu tentang COVID-19 dan PKP yang dihasilkan artis tempatan mutakhir ini. Terbaharu,  lagu 'Bosan' yang dipersembahkan influencer Tik Tok yang kini sudah pun bergelar penyanyi rakaman, Yazmin Aziz. 

Lagu 'Bosan' ciptaan Sharon Paul dan lirik Qua Afiq ini menceritakan tentang kebosanan seseorang apabila terkurung di rumah ketika pelaksanaan PKP demi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 . 

Memang lagu ini sangat relevan dengan suasana yang sedang kita hadapi sekarang malah ketika PKP kita banyak menghabiskan masa dengan menonton Netflix, membeli-belah menerusi platform e-dagang serta melayan apa sahaja di media sosial. 

Lagu ini memang catchy kerana ia bergenre hip hop dan elemen Timur Tengah dan kemudian turut diberikan suntikan irama Latin. Walaupun tajuknya 'Bosan', melodi lagu ini tidak membosankan.  

Apapun, saya tetap suka stail nyanyian dalam single pertamanya dahulu, 'Lihatlah'. Saya rasa ia lebih unik dan sesuai dengan Yazmin. Ala-ala seperti Amy Winehouse pun ada.  

 

'Al-Quds Lana' - Inteam 

Intro lagu 'Al-Quds Lana' ini memang hebat dan saya fikir lagu ini akan jadi sebuah nasyid yang penuh dengan bunyian dan elemen yang dramatik serta penuh semangat. Sayangnya, selepas 5 minit mendengar, ia tidak seperti apa yang saya bayangkan. 

Sungguhpun begitu, lagu MyAqsa Defenders bersama Inteam Records ini tetap sebuah lagu yang baik buat saya. Baik dari segi melodi mahupun liriknya kerana ia sebuah lagu yang mengangkat perjuangan pahlawan Mujahidin dalam mempertahankan Baitulmuqaddis kerana di situlah letaknya, Masjid Al-Aqsa. 

Bersesuaian dengan tajuk lagu itu sendiri, 'Al Quds Lana' yang bermaksud Baitulmuqqadis  atau Al-Aqsa milik kami kerana hakikatnya, Masjid Al-Aqsa adalah  kiblat pertama umat Islam dan tempat di mana ramai Nabi dan sahabat Nabi dikebumikan (selawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW). 

Apa yang menarik, melodi dan lirik lagu ini sebenarnya ciptaan komposer Palestine, Ibrahim A-Ahmad dan telah diberikan susunan muzik baharu. Liriknya dalam bahasa Arab dikekalkan, namun lagu versi Inteam ini menyelitkan lirik bahasa Melayu ciptaan Fedtri Yahya. 

'Pertemuan Berakhir' – Zahrina Zainal 

Ini pertama kali saya mendengar lagu penyanyi dari Brunei yang bernama Zahrina Zainal. Lagu ini dicipta oleh Ikhlas Sahfi manakala liriknya pula ciptaan bersama Ikhlas Sahfi dan Zahrina  sendiri. 

'Pertemuan Berakhir' adalah sebuah karya balada yang easy listening. Kalau ada suka lagu-lagu seperti Najwa Latiff, anda mungkin akan menyukai lagu Zahrina Zainal ini.  Sayangnya, lagu ini tidak punya dinamik dan hanya bergerak di situ sahaja. 

Saya kira kalau lagu ini memiliki dinamik, ia mungkin akan memberikan lebih impak kepada persembahan Zahrina. Namun, dari satu sisi lain, mungkin memang begitu agaknya konsep dan struktur lagu ini untuk disesuaikan dengan gaya nyanyian Zahrina. 

Sebetulnya, tiada apa yang luar biasa dengan vokal Zahrina tetapi saya tak tahu mengapa saya suka dengar dia menyanyi. Vokalnya sederhana sahaja tetapi nadanya besar dan sebutannya jelas. Jadi, saya rasa itu satu tarikan untuk saya terus mendengar nyanyiannya. 

 

'Spicy Boy' – Yung Raja 

Selepas mencetuskan ‘havoc’ apabila lagu Mami muncul dan diperkatakan Jimmy Fallon dalam program bual bicaranya, 'The Tonight Show’, Yung Raja mengotakan janjinya untuk mempersembahkan sesuatu yang menghiburkan dalam single terbaharunya, 'Spice Boy'.

Buktinya, dia telah menerapkan semangat superstar Kollywood, Rajnikath yang selama ini menjadi idolanya. Sambil menonton filem dan menikmati popcorn, dia telah dibawa jauh masuk ke dalam mimpi filem yang sedang ditontonnya itu. 

Sambil melakukan aksi dan stail ala Rajnikath, dia bukan sahaja bermain zero point, gusti lengan dan teng teng, tetapi turut mengenakan sut kuning terang untuk menangkap penjahat di atas bot sambil mengacukan pistol. 

Kesemua aksi ini selari dengan melodi dan lirik yang disampaikan dalam lagu ini. Dia juga masih mengekalkan trademark untuk menerapkan lirik bahasa Inggeris bercampur Tamil yang diadun dengan cukup baik sekali. 

Apa agaknya yang bakal Jimmy Fallon katakan kepada Yung Raja setelah menyaksikan muzik video 'Spice Boy' ini? Paling penting, apakah video muzik ini akan berjaya menambat hati Rajnikath? - Getaran, 4 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Bosan Dengan Gaya Rambut Anda? Jom Semak Cara Untuk Mengubahnya!

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Ulasan Lagu Serantau Masa Kini

Sorotan

1

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

2

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

3

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

4

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

5

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

6

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 6 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

oleh Helmi Anuar

Selebriti 22 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis