web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bosan Dengan Gaya Rambut Anda? Jom Semak Cara Untuk Mengubahnya!

Secara logiknya, jika anda sendiri sudah bosan melihat penampilan diri di hadapan cermin, mungkin individu lain juga berpendapat sedemikian. Dalam mengubah penampilan, biasanya rambutlah yang menjadi sasaran pertama. 

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2022 5:00PM

Bukan setakat fesyen pakaian atau alat solek, tetapi gaya rambut juga harus sentiasa ‘up to date’. - Gambar hiasan Unsplash

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wanita memang sanggup melakukan apa sahaja untuk tampil menawan. Kalau boleh mesti sentiasa mengikuti trend terkini. Bukan setakat fesyen pakaian atau alat solek, tetapi gaya rambut juga harus sentiasa ‘up to date’. 

Sebab itulah, salun-salun dandanan rambut mendapat pulangan yang lumayan kerana sering dikunjungi oleh mereka yang gemar menyuntik ‘mood’ baru kepada penampilan. 

Secara logiknya, jika anda sendiri sudah bosan melihat penampilan diri di hadapan cermin, mungkin individu lain juga berpendapat sedemikian. Dalam mengubah penampilan, biasanya rambutlah yang menjadi sasaran pertama. 

Tiada salahnya berbelanja lebih untuk mendapatkan gaya rambut baru, asalkan ia berbaloi. Penampilan baru secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap keyakinan diri. 

Terdapat pelbagai cara yang boleh dipraktikkan untuk mendapatkan gaya rambut yang baru dan menawan. Semuanya bergantung kepada perubahan yang ingin dilakukan. Tip berikut boleh membantu.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

1) Dapatkan nasihat profesional 

Jika anda bercadang melakukan perubahan drastik ke atas rambut, pilihan terbaik ialah  mendapatkan khidmat profesional. Sebaik-baiknya, mintalah pendandan rambut yang paling senior di salun yang anda kunjungi. 

Ciri-ciri pendandan rambut yang baik ialah dia mahu menjawab serta menerangkan segala pertanyaan yang anda ajukan. Malah, dia dengan hati terbuka mahu memberi pendapat tentang kesesuaian gaya rambut mengikut personaliti dan bentuk wajah anda. 

Jika tidak tahu menerangkan gaya rambut yang diingini, anda boleh bawa foto ataupun contoh gaya rambut ke salun yang dikunjungi bagi memudahkan pendandan rambut mendapat gambaran gaya rambut yang anda idamkan.

 Sekiranya, pendandan rambut berkenaan merasakan gaya tersebut tidak sesuai dengan anda, sebaiknya beri kepercayaan kepadanya untuk cadangkan gaya rambut yang sesuai. 

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

2) Tidak perlu memotong rambut

Selalunya, apabila ingin mengubah gaya rambut, ramai yang mengambil keputusan untuk menggunting rambut. Sebenarnya dengan sedikit perubahan kecil, anda masih mampu menonjolkan gaya rambut terbaru. 

Cara paling mudah ialah dengan mengubah belahan (parting) rambut anda. Ada juga boleh mewarnakan rambut bagi menyuntik penampilan yang cukup berbeza. Selain berpengaruh kepada rambut, perubahan warna rambut juga mempengaruhi warna kulit. 

Jika anda berkulit gelap, elakkan mewarna rambut dengan warna yang terlalu terang seperti ‘copper red’, ‘mahogany’ dan ‘blonde’. Ini kerana warna-warna ini boleh membuatkan kulit kelihatan lebih gelap. Cubalah warna yang lebih natural seperti ‘Chesnut’ dan ‘Dark Mahogany’.

Gambar hiasan Unsplash
Gambar hiasan Unsplash

3) Rambut lebih ber‘volume’

Untuk mendapatkan rambut yang  ber‘volume, ia bergantung kepada tiga perkara, iaitu cara potongan rambut, produk perawatan dan kosmetik rambut yang digunakan. Salah satu cara untuk mendapatkan rambut yang lebih ber‘volume’ ialah, anda boleh potong rambut secara berlapis-lapis (layered cut). 

Semakin banyak lapisan rambut, semakin rambut nampak mengembang. Ini disebabkan faktor berat rambut akan lebih tertumpu di bahagian atas berbanding di bahagian bawah rambut. Jangan lupa gunakan gel atau semburan yang diformulasikan khusus untuk menambah ‘volume’ rambut. 

Selalunya produk-produk tersebut dilabelkan dengan perkataan ‘volumizing’. Ataupun,  anda boleh memakai gel ketika rambut masih lembap. Sapukan gel pada akar rambut terlebih dahulu.

Gambar ihsan Kristin Ess Hair
Gambar ihsan Kristin Ess Hair

4) Gunakan produk perawatan yang bagus

Terdapat banyak produk perawatan rambut di pasaran yang boleh dijadikan pilihan. Jadi, tidak susah sebenarnya untuk membuat pilihan jika anda benar-benar tahu tentang keperluan rambut anda dan buat sedikit ‘kerja rumah’. Salah satu jenama perawatan rambut yang boleh dicuba ialah 'Kristin Ess Hair' yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. 

Dengan kepakaran selama 22 tahun sebagai pendandan rambut dan pewarna rambut terkemuka, bersama dengan pemahaman mendalam tentang produk yang diperlukan untuk menghasilkan gaya rambut yang paling menawan, Kristin menghasilkan rangkaian pembersih, perapi, serum dan masker rambut, yang akan membantu anda mencapai matlamat rambut harian anda.

Jenama rangkaian penjagaan rambut mampu milik ini terdiri daripada 16 produk yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Cleanse + Condition, Restore, Scalp, Fragrance-Free and Curl. Setiap produk dalam koleksi Kristin Ess Hair telah direka untuk digunakan sama ada secara bersendirian, ditambah ke dalam rutin penjagaan rambut semasa anda, atau boleh digandingkan dengan produk lain.

Kristin Ess Hair kini boleh didapati secara eksklusif di cawangan Watsons Malaysia dan secara dalam talian, www.watsons.com.my  

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Perjuangan Zii Jia Di Kejohanan Dunia 2023 Sudah Berakhir

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Strok Haba: Ibu Mangsa Minta Orang Ramai Hentikan Spekulasi, Emosi Terganggu 

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Rom: Pakar Psikiatri Maut Diserang Bekas Pesakit

4

Semasa 3 tahun yang lalu

DoctorsMalaysia Rancang Mogok, Dr Noor Hisham Nasihat Jangan Teruskan Kerana…

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas