web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DoctorsMalaysia Rancang Mogok, Dr Noor Hisham Nasihat Jangan Teruskan Kerana…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2023 9:33PM

Mogok itu dipercayai akan diadakan di seluruh negara sekiranya kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memenuhi permintaan kumpulan petugas terbabit sebelum 1 April, seperti dimaklumkan menerusi memorandum pada 21 Februari lalu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - ‘Sila ambil cuti kecemasan (EL)/cuti sakit (MC), manakala yang nak letak jawatan, boleh berhenti pada 1 April ini’.

Itu antara maklumat dikongsikan menerusi hantaran Instagram DoctorsMalaysia hari ini yang menggesa supaya doktor kontrak di seluruh negara tampil menyertai mogok selama tiga hari pada 3 hingga 5 April.

“#MOGOKDOKTORKONTRAK 3 – 5 April 2023 Nationwide Contract MO (Pegawai Perubatan Kontrak Seluruh Negara).

“Walkout/Demonstrasi/flash mobs tidak digalakkan,” menurut hantaran itu.

Perkongsian itu kemudian tular di media sosial, dengan rata-rata menyokong rancangan berkenaan.

Mogok itu dipercayai akan diadakan di seluruh negara sekiranya kerajaan dan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak memenuhi permintaan kumpulan petugas terbabit sebelum 1 April, seperti dimaklumkan menerusi memorandum pada 21 Februari lalu.

Memorandum ditujukan kepada kerajaan, KKM dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Ia mengandungi tuntutan supaya pihak berkenaan menyerap semua pegawai perubatan kontrak ke jawatan tetap, tanpa sebarang syarat atau temu duga, selain meningkatkan gaji asas serta kadar oncall pakar perubatan dengan pegawai perubatan.

Dr Zaliha Mustafa - Gambar Fail
Dr Zaliha Mustafa - Gambar Fail

Kumpulan terbabit turut menuntut pihak berkaitan mengatasi masalah kekurangan pakar perubatan, pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah dengan segera.

“Turut dituntut supaya mengurangkan khidmat wajib seseorang pegawai perubatan kepada tiga tahun secara automatik tanpa permohonan.

“Selain itu, mengurangkan waktu bekerja dan oncall untuk pegawai perubatan dan pegawai perubatan siswazah. Oncall tidak boleh melebihi enam kali sebulan, waktu bekerja tidak melebihi 60 jam seminggu.

“Pihak berkenaan juga diminta meluluskan penempatan semula ke wilayah asal selepas dua tahun berkhidmat di Sabah, Sarawak, Labuan tanpa sebarang syarat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilapor sebagai berkata bahawa kempen mogok doktor kontrak dirancang diadakan pada 3 hingga 5 April depan, bukan jalan penyelesaian terbaik, sebaliknya mengakibatkan perkhidmatan kesihatan terjejas.

Beliau menegaskan, KKM hanya menerima hebahan berhubung penganjuran mogok itu melalui saluran media sosial, malah pihaknya tiada maklumat lanjut.

Katanya, walaupun mogok bertujuan menyampaikan mesej kepada pihak berkaitan, tindakan itu perlu dipertimbangkan dengan teliti kerana perkhidmatan kesihatan adalah servis kritikal kerana membabitkan nyawa manusia dan kesejahteraan rakyat.

“Maka saya berpandangan tindakan mengadakan mogok, terutama tidak terancang, bukan jalan penyelesaian terbaik terhadap apa juga permasalahan berkaitan profesion pegawai perubatan atau mana-mana skim profesional lain,” katanya seperti dilaporkan BH, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, perkhidmatan kesihatan di negara ini perlu terus dianggap sebagai sektor kritikal kompleks dan mencabar, dengan risiko serta jerih perih dihadapi anggota kesihatan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Pada masa sama, beliau menegaskan, umum mengetahui sebahagian besar pegawai perubatan itu bertugas di bawah sektor awam, dengan perkhidmatan kesihatan adalah antara penyumbang terbesar kepada kemakmuran serta pertumbuhan ekonomi negara.

Tegasnya, tanpa sistem kesihatan utuh dan warga kerja perkhidmatan kesihatan yang terus memberikan servis, tidak mungkin negara boleh terus maju.

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar Fail
Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar Fail

“Jelas kesihatan adalah satu daripada hak asasi manusia dan perkhidmatan kesihatan perlu terus diutamakan,” katanya. 

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, pandemik COVID-19 memperlihatkan realiti bahawa tanpa sistem kesihatan berdaya tahan, negara tidak mungkin dapat mengawal wabak dengan baik.

Ujarnya, tanpa sistem itu juga, orang ramai tidak mungkin dapat meneruskan aktiviti kehidupan seperti biasa.

Kemakmuran dikecapi Malaysia dan penduduk hari ini, katanya, sudah tentu banyak disumbangkan pakar dan anggota kesihatan di pelbagai peringkat, sama ada di sektor pencegahan atau kesihatan awam, mahupun mereka yang bertugas di sektor klinikal serta penyelidikan.

“Masing-masing mempunyai peranan sangat penting dan berkat pengorbanan dilakukan anggota kesihatan sebelum ini, rakyat dapat menjalankan pekerjaan mereka semula, kita dapat berkumpul beramai-ramai serta Ramadan dapat disambut, kegembiraan perayaan dapat dirasai dan pelbagai lagi,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, perkhidmatan kesihatan seharusnya terus berdaya tahan kerana cabaran pada masa depan, termasuk risiko krisis atau pandemik mungkin lebih hebat dan kompleks daripada dilalui sebelum ini.

Jelasnya, ia kerana petugas aset utama perkhidmatan kesihatan yang perlu terus diberi perhatian sewajarnya.

Kerajaan dari semasa ke semasa, katanya, memberi maklum balas atau bertindak terhadap permasalahan serta permintaan ditimbulkan anggota kesihatan.

“Antaranya mewujudkan perjawatan tetap, memberi penajaan latihan kepakaran atau latihan lanjutan, kenaikan pangkat secara time-based, peluang kenaikan ke gred khas dan kewujudan gred UD56 untuk pakar perubatan serta skim kesihatan lain ditambah baik.

“Kerajaan dari semasa ke semasa terus berusaha memastikan segala permasalahan dan permintaan diteliti sesuai dengan isu semasa serta diberi penyelesaian sewajarnya, berdasarkan kepada kemampuan ekonomi negara.

“Seperti dilihat, perkhidmatan kesihatan terus diberi keutamaan dan melalui Belanjawan 2023, demi memperkukuhkan perkhidmatan kesihatan negara ini,” katanya. – Getaran, 28 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 7 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Padah Pasport Diconteng Anak, Wanita Terpaksa Tunda Penerbangan 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 11 jam yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

oleh Sophia Ahmad