Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Rock MADAM Terus Membara Dengan 'Musnah'

Berpaksikan genre rock yang penuh dengan ‘distortion’ dan ‘plucking’ gitar yang berat, MADAM mahu cetuskan trend sendiri menerusi kepelbagaian muzik yang mereka bawakan kepada pendengar.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Aug 2021 6:27PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saat ini, MADAM sedang hangat diperkatakan. Segalanya disebabkan single pertama mereka, ‘Luka’ yang diluncurkan pada tahun lalu dan telah berjaya memperolehi 5 juta tontonan di YouTube. 

Malah, ia turut mendapat penstriman paling tinggi di Joox, padahal lagu ini dikeluarkan pada saat industri muzik tanah air berdepan dengan serangan global pandemik COVID-19. 

Kejayaan ‘Luka’ terus membuahkan keterujaan buat label Rocketfuel Entertainment untuk meneruskan projek single kedua mereka, ‘Musnah.’ 

Single kedua ini telah mencapai tontonan sebanyak 68,315 sejak ia diluncurkan di platform YouTube pada 9 April yang lalu. 

Ada apa dengan MADAM yang dianggotai Putera (vokalis), Azuan (pemain bass), Herman (pemain dram) dan Fadhil (pemain gitar) hingga mereka berjaya menambat hati peminat muzik tanah air masa ini? 

Pastinya adalah kerana muzik mereka yang berpaksikan rock tetapi memiliki nuansa yang tidak lari dari distortion dan plucking gitar yang berat. Muzik mereka turut diisi dengan bunyian penuh dinamik, bingit dan bombastik.

Struktur lagu-lagu MADAM memiliki asas-asas muzik rock yang pernah kita dengar pada era 80-an dan 90-an tapi memiliki feel moden dan berbeza. 

Dalam wawancara bersama mereka, MADAM yang bermaksud Man Of Another Day Another Music mengakui bahawa rock adalah genre muzik pilihan yang mahu mereka ketengahkan kepada peminat muzik tanah air tetapi dengan cabang-cabang rock yang berbeza. 

Misalnya, ‘Luka’ adalah sebuah lagu yang lebih menjurus kepada slow rock, manakala ‘Musnah’ pula lebih kepada fast rock. Kini, mereka sedang mengumpul material untuk menghasilkan lagu-lagu terbaharu. 

Namun, mereka sama sekali menyangkal dakwaan yang mengatakan bahawa muzik rock sudah pudar seperti mana anggapan segelintir pihak. 

Kata Fadhil, muzik rock baginya tidak pernah pudar, cuma, peredaran masa membawa kita mendengar lagu-lagu dari genre muzik yang lain termasuklah elektronik. 

“Tapi, peminat rock masih wujud. Begitu juga dengan kumpulan-kumpulan rock gergasi seperti Search dan Wings. 

“Cuma mungkin, mereka tidak punya material baharu untuk diketengahkan kepada peminat. 

“Tapi sehingga saat ini, muzik mereka tetap tidak akan dilupakan dan orang masih mendengar lagu-lagu mereka,” katanya. 

Jelas Fadhil lagi, secara peribadi dia sendiri adalah seorang peminat muzik rock dan dia sejak kecil dia percaya bahawa rock mampu mampu memberikan kegembiraan kepada pendengarnya. 

“Dengan kuantiti kumpulan muzik rock yang tidak banyak di pasaran ketika ini, saya rasa ini adalah saat terbaik untuk kami muncul dan mengetengahkan muzik kami. 

“Setidak-tidaknya, kami dapat memberikan sesuatu kepada peminat muzik rock yang dahagakan muzik sebegini. 

“Keempat-empat kami mempunyai pengaruh dan reference muzik rock yang berbeza dan itulah yang membuatkan kami unik. 

“Macam saya sendiri, selain meminati otai muzik rock seperti Search dan Wing, saya juga menggemari muzik Def-Gab-C. Bagi saya mereka adalah suatu band muzik yang unik. 

“Kalau boleh saya teringin menjadi seperti mereka. Muzik rock mereka pelik tapi masih berjaya mendapat liputan,” katanya kepada portal Getaran. 

Penubuhan MADAM sebagai sebuah band muzik juga sebenarnya satu aturan dan percaturan daripada Rocketfuel Entertainment. 

Jelas Fadhil lagi, awalnya dulu mereka hanyalah sekadar pemuzik sessionist untuk artis-artis yang berada di bawah naungan label tersebut. 

“Setelah melihat kami, akhirnya mereka mencadangkan untuk kami menubuhkan kugiran sendiri. 

“Tapi sebelum ini pun, saya, Herman dan Azuan memang bermain muzik sama-sama, malah belajar juga sama-sama. 

‘Sebaik saja menubuhkan band ini selama dua tahun, kami mula mengenali Putra dan penyertaan Putera melengkapkan kumpulan kami sebagai vokalis utama,” katanya. 

Putera yang sebelum ini bergerak sebagai penyanyi solo mengakui bahawa sejak menyertai MADAM, kerjaya nyanyian lebih menjadi.

“Saya menyertai MADAM pada awalnya untuk mencuba membawakan genre muzik yang berbeza daripada apa yang pernah saya tampilkan sebagai penyanyi solo. Tidak sangka pula, peminat muzik lebih menerima saya di dalam MADAM. 

“Untuk hala tuju muzik MADAM, kami cuba jadikan muzik kami sebagai trend. Cuma sound muzik kami diinspirasikan oleh band luar negara seperti Jepun atau negara-negara barat. Tapi, kami cuba cetuskan sound kami sendiri untuk ia menjadi satu trend,” katanya. 

Menurut Herman pula, pemilihan Putera sebagai vokalis utama MADAM adalah disebabkan keserasian yang terjalin antara mereka. 

“Kami pernah bekerja dalam kalangan kawan-kawan lain dan artis-artis juga, tapi, bila pertama kali jamming dengan Putera, kami rasa sangat serasi dengan dia. 

“Bila makan sekali, kami boleh ketawa sama-sama. Kalau makan sekali, tidak ketawa, tidak ngamlah. Bila dah kenal, barulah kami tahu Putera juga adalah kawan kepada kawan-kawan lain.

Mengenai ‘Musnah’, Putera berkata, mereka amat bersyukur dengan maklum balas serta sambutan luar biasa yang diterima daripada pendengar muzik. 

“Segala kerja keras kami berempat selama ini akhirnya membuahkan hasil apabila kumpulan kami mula mendapat tempat di hati penggemar muzik tempatan,” katanya lagi. 

Gambar: Rocketfuel Entertainment

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 hari yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Filem & TV 23 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Muzik 15 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor