web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BadBadNotGood Muncul Kembali Setelah 5 Tahun Menyepi 

Album 'Talk Memory' tanda penghargaan buat semua pemuzik dan pihak yang terlibat dalam pembikinannya.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 8:30AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda mendengar koleksi lagu BadBadNotGood? Band berasal dari Kanada ini bukan asing bagi pencinta lagu jazz malah telah mencipta fenomena apabila menggabungkan muzik itu dengan instrumental kontemporari. 

Pengaruh band ini terhadap muzik hip hop dan R&B mendorong mereka melangkah lebih jauh bahkan menarik minat ramai pendengar terutamanya dalam kalangan remaja. Untuk pengetahuan semua, kumpulan ini juga pernah berkolaborasi dengan nama-nama besar industri hiburan seperti Tyler, the Creator, Ghostface Killa dan Charlotte Day Wilson.

BadBadNotGood yang banyak mengambil inspirasi muzik jazz New Orleans mahu mencipta bunyi lebih unik dengan menggabungkan elemen berlainan dalam karya mereka.

“Kemunculan muzik Jazz New Orleans pada awal abad ke-20 telah mencipta konsep syncopated rhythms yang dimainkan dalam satu kumpulan muzik dan telah membentuk kolaborasi antara pemuzik dan komuniti setempat. Ia seakan satu komunikasi istimewa mereka yang mempunyai kecintaan mendalam terhadap muzik," kata kumpulan ini. 

Lima tahun berlalu, BadNotGood kini kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Talk Memory. Khabarnya, album yang mengandungi sembilan lagu ini bakal menampilkan kolaborasi bersama pemuzik jazz terkenal seperti Terrance Martin dan Laraaji, Arthur Verocai serta Karriem Riggins. 

“Kami berehat secukupnya sebelum menghasilkan album ini. Bagi kami itulah cara terbaik untuk memberi nafas baharu kepada album ini sekali gus jadi lebih kreatif. 

“Setelah bertahun mengembara ke pelbagai negara, kami ingin menyampaikan emosi dan apa yang dirasai dalam cara puitis disamping menajamkan skil penulisan lagu. 

“Meskipun seantero dunia terikat dengan COVID-19, kami sangat bersyukur kerana proses pembikinan Talk Memory berjalan lancar malah paling pantas dihasilkan berbanding album-album terhadahulu. 

“Album ini merupakan ungkapan gembira dan penghargaan yang tulus dari hati kami kepada semua pemuzik dan komuniti yang terbabit dalam pembikinannya," kata mereka. 

Single pertama album ini iaitu ‘Signal From the Noise’ yang berdurasi sembilan minit pada awalnya berentak perlahan dan kemudian beralih laju mengikut aksi dalam video muzik. 

‘Signal From The Noise’ adalah trek jazz psychedelic yang meneroka keseimbangan dan harmoni melalui improvisasi. Lagu ini disertakan dengan video arahan Duncan Loudon dan dibintangi  penulis dan bintang sitkom BBC 'People Just Do Nothing', Steve Stamp.

“Kami sangat berharap persembahan improvisasi di studio dapat membuatkan pendengar berasa dekat kami," kata mereka. 

Single terbaharu BadBadNotGood, ‘Signal From The Noise’ boleh didengari melalui aplikasi penstriman seperti Apple Music, Spotify dan YouTube. – Getaran, 28 Julai 2021

Semua gambar: Love Da Records

Berita Berkaitan

1

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN