web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RIM Sambut Baik Penubuhan PIMM, Mahu Bangunkan Industri Muzik Tempatan Bersama

RIM berharap dengan wujudnya PIMM, Malaysia akan dapat mengeksport hasil karya muzik tempatan ke luar negara untuk menjana pendapatan ekonomi negara dan wujudkan semula Anugerah Industri Muzik Malaysia.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 2:45PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) menyambut baik usaha dan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) untuk menubuhkan Perbadanan Industri Muzik Malaysia (PIMM) iaitu sebuah badan khusus yang akan merangka dan memastikan pembangunan industri muzik tanah air diselaraskan secara holistik.

Pengerusinya, Rosmin Hashim berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan penubuhan PIMM serta gembira dengan perkembangan terkini yang telah diumumkan Menteri KKMM, Datuk Saifuddin Abdullah, baru-baru ini. 

"Penubuhan PPIM adalah susulan daripada pembentangan kertas kerja yang telah RIM sediakan kepada pihak KKMM sekitar April tahun lalu. 

“Dalam pembentangan yang dilakukan bersama beberapa wakil pihak industri muzik dengan menteri, kami telah membuat saranan agar tubuhkan sebuah badan yang menjaga kepentingan serta pembangunan industri muzik tanah air.

“Fungsinya sama seperti penubuhan FINAS yang selama ini telah menjaga kepentingan dan pembangunan industri perfileman tanah air.

“Akhirnya apa yang kami sarankan di dalam pembentangan kertas kerja ini telah pun tertunai. Kami sangat gembira. Terima kasih kepada Datuk Saifuddin dan KKMM,” katanya kepada portal Getaran. 

Memetik laporan BERNAMA, Saifuddin Abdullah berkata, penubuhan PIMM akan disertai dan dilaksanakan dengan sinergi oleh pelbagai pihak dalam industri muzik.

Sebagai langkah awal, penubuhan jawatankuasa sementara akan diwujudkan untuk menggerakkan enam objektif utama yang telah dirancang meliputi dasar dan perancangan.

“PPIM juga akan menekankan objektif akses pasaran, promosi dan platform, hab maklumat, pembiayaan ekonomi pembangunan modal insan dan kapasiti, teknologi dan inovasi serta perspektif masyarakat terhadap industri muzik.

“Jawatankuasa sementara akan ditubuhkan dengan perlantikan Ketua Pegawai Eksekutif PIMM secara sementara bagi memastikan tugas dan aktiviti dalam berjalan mengikut aktiviti sedia ada,” katanya. 

Mengulas kenyataan Saifuddin, Rosmin berkata, daripada apa yang diumumkan itu banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membangunkan industri muzik tanah air. 

“Antaranya melakukan kolaborasi penerbitan muzik dengan pihak luar serta menembusi dan meluaskan pasaran muzik kita ke peringkat antarabangsa. 

“Dengan mengeksport hasil karya dan penerbitan muzik kita ke pasaran global atau setidak-tidaknya di Asia Tenggara sebagai permulaan, kita dapat menjana pendapatan ekonomi buat negara. 

“Bukan itu sahaja, ia juga mampu mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan untuk semua yang terlibat dalam sesebuah penerbitan lagu atau muzik. 

“Industri muzik ibarat sebuah ekosistem. Semua yang terlibat dalam penghasilkan sesebuah lagu atau muzik akan mendapat manfaat. 

“Daripada komposer, penulis lirik, pemuzik, penyanyi, jurumekap, jurugaya, juru foto, jurutera studio, pihak yang membuat promosi dan pemasaran, pihak pengedar, semua platform penstriman muzik, radio dan pusat karaoke. 

“Bila ia mendapat sambutan dan ada permintaan, penyanyi yang membawakan lagu tersebut akan mendapat tawaran membuat persembahan,” katanya.

Menurut Rosmin lagi, setelah lebih 40 dekad RIM ditubuhkan, pihaknya mempunyai peranan penting dalam memberikan sumbangan idea dan pemikiran demi pembangunan industri muzik tanah air. 

“Dalam kajian yang kita jalankan pada 2016, industri muzik telah membuktikan bahawa ia mampu menjana pendapatan yang berganda menerusi pelbagai sumber platform. 

“Dan, untuk mengangkat semula martabat dan kualiti industri muzik tanah air, kita harus wujudkan semula penganjuran Anugerah Industri Muzik. 

“Untuk itu, kami berharap agar pihak KKMM akan melibatkan wakil RIM di dalam penubuhan PIMM. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan KKMM demi membangunkan industri muzik tanah air,” katanya kepada portal Getaran. - Getaran, 22 Julai 2020. 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

RIM Lancar Sumbangan Rahmah Industri Muzik, Bantu Penggiat Seni Muzik Tempatan

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Persoalkan Peranan Salahuddin Ayub Terhadap Industri Muzik Tanah Air, Ini Jawapan RIM Buat Ad Samad 

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Bentuk Majlis Penasihat Perfileman Dan Industri Muzik Malaysia

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN