web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Permohonan Dana Kandungan Digital Industri Muzik 2023 Dibuka

Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dalam kenyataan hari ini memaklumkan DKD Industri Muzik itu diharap dapat merealisasikan iltizam MyCreative dalam menyokong industri kreatif negara terutamanya industri muzik.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 8:28PM

Dana ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa, Dana Kebolehpasaran (Domestik) Create 2 Market, dan Dana Persembahan Muzik - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan bagi Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik 2023 dengan RM10 juta diperuntukkan kepada penggiat industri muzik melalui pembiayaan dana sehingga RM300,000, dibuka mulai semalam (23 Mac).

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi agensi pelaksana, Kumpulan MyCreative Ventures (MyCreative) dalam kenyataan hari ini memaklumkan DKD Industri Muzik itu diharap dapat merealisasikan iltizam MyCreative dalam menyokong industri kreatif negara terutamanya industri muzik.

“DKD Industri Muzik 2023 diperuntukkan oleh kerajaan bagi memudahkan dan menggalakkan penggiat industri dalam penghasilan, penerbitan dan penyebaran kandungan muzik yang berdaya cipta serta berupaya dipasarkan di dalam negara dan peringkat antarabangsa.

"Dana ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Dana Pemasaran dan Promosi Antarabangsa, Dana Kebolehpasaran (Domestik) Create 2 Market, dan Dana Persembahan Muzik,” menurut kenyataan itu.

MyCreative memaklumkan nilai geran yang ditawarkan berjumlah RM100,000 untuk Create 2 Market serta RM300,000 bagi Dana Pemasaran, Promosi Antarabangsa dan Dana Persembahan Muzik.

Menurut MyCreative pemilihan penerima bagi ketiga-tiga dana itu akan dilaksanakan berasaskan merit agar dapat memberi sokongan mampan dalam membangunkan projek serta kandungan muzik yang mempunyai kebolehpasaran tinggi.

Menurut kenyataan itu sebanyak RM3.6 juta DKD Persembahan Muzik 2022 diluluskan pada tahun lepas, yang memberi tumpuan kepada penganjuran acara berbentuk persembahan atau konsert.

Permohonan DKD Industri 2023 akan ditutup secara berperingkat dan maklumat lanjut mengenainya boleh diakses menerusi laman sesawang http://mycreative.com.my/dkdmuzik_2023. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Kelibat Dirakam Pada Acara Solidariti Tentera Israel, Mike Tyson Beri Penjelasan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 19 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.