web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelibat Dirakam Pada Acara Solidariti Tentera Israel, Mike Tyson Beri Penjelasan

Bekas juara tinju dunia itu mendakwa tidak mengetahui tujuan program dihadiri, namun dilihat berhati-hati ketika mengulas mengenai kehadirannya

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Nov 2023 1:01PM

gambar Muslim Daily Tweet

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, tampil memberi penjelasan selepas berita kehadirannya sebagai tetamu jemputan di acara Friends of the Israel Defence Forces (FIDF) mula tersebar di platform media sosial.

FIDF adalah sebuah pertubuhan bukan mengaut untung dan sering membantu membiayai tentera zionis Israel dan keluarga mereka. Acara yang dinamakan Malam Solidariti FIDF Antarabangsa Miami itu diadakan di Forum Faena di Miami, Amerika Syarikat pada Rabu, 15 November lalu.

Tyson dalam penjelasannya memaklumkan dia sekadar memenuhi undangan daripada seorang kawan, dan tidak mengetahui mengenai kutipan dana yang dijalankan.

“Saya ingin menjelaskan mengenai acara yang baru saya hadiri. Saya menerima jemputan daripada seorang rakan dan tidak mengetahui mengenai aktiviti pengumpulan dana yang dianjurkan dan tiada derma dibuat oleh saya atau bagi pihak saya.

“Sebagai seorang Muslim dan manusia, saya menyokong keamanan. Saya terus mendoakan saudara-saudara saya,” katanya menerusi hantaran di akaun Instagramnya.

Bagaimanapun, orang ramai masih meragui penjelasan Tyson itu kerana dia dilihat amat berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

Malah, Tyson didapati tidak menyebut langsung perkataan Palestin.

“Tak Alhamdulillah bro, perasan macam mana dia dengan mudah meninggalkan perkataan Palestin?

“Dia cuma cakap dia doakan saudara-saudara. Mengapa dia tidak boleh mengatakan saudara- saudara Palestin? Dia juga memilih kata-katanya dengan berhati-hati untuk menjaga hati pihak

lain.

“Selain itu, saya pasti sebaik sahaja dia tiba di acara kutipan dana, dia sudah tahu tujuan acara itu diadakan dan dia bebas untuk pergi, tetapi dia memilih untuk mengambil gambar dan membantu mereka mengumpul dana,” komen seorang pengguna aplikasi X, @HinaKhalidKhan.

Akaun @muslimdaily_ turut menyangkal penjelasan pihak yang mengatakan kononnya Tyson berlalu pergi apabila dia menyedari mengenai tujuan acara itu.

“Ada orang mendakwa dia (Tyson) tidak tahu dan apabila mengetahuinya, dia berlalu pergi. Tidak, dia tidak terus pergi. Dia masih duduk di sana, bergambar dan di belakangnya, di skrin besar, mereka telah mengumpul AS$9,175,000 untuk IDF,” kongsi @muslimdaily_

Lebih mengundang rasa meluat, apabila @muslimdaily_ turut mendedahkan bahawa ini bukanlah kali pertama Tyson menghadiri acara untuk Zionis itu, sebaliknya Tyson juga pernah ke acara yang sama pada 2017. – Getaran, 18 November 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

8 Negara Kecam Menteri Israel Berhubung Layanan Terhadap Tahanan Flotila

2

Semasa 9 bulan yang lalu

3 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Israel, Jumlah 15 Setakat Ini - SNCC

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘KPKT, Tolong Kaji Semula Garis Panduan Permohonan Dana RIBI’ - MIC

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa