Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Single ‘Jiu Meng Xin Su’ Raih Pujian Ramai

Masya Masyitah hadiahkan lagu solo Mandarin istimewa buat para peminat.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 2:29PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah menewaskan lebih  3,000 peserta dengan menjuarai pertandingan Yippi Star Quest 2020, Masya Masyitah kini kembali dengan single solo pertama  Mandarin berjudul 'Jiu Meng Xin Su’.

Ini bukan kali pertama Masya menyanyikan lagu Mandarin memandangkan fasih berbahasa itu sejak di bangku sekolah lagi. 

“Saya memang suka layan dan menyanyikan lagu Mandarin dari kecil lagi terutamanya karya dendangan idola saya iaitu Jay Chou dan Wang Leehom,” katanya.

Single ini jelas membuktikan kemampuan Masya menyanyikan lagu Mandarin dengan baik apabila berjaya meraih pujian ramai.

“Saya sangat terharu apabila ada peminat berbangsa Cina  puji cara sebutan saya. Mereka kata nyanyian saya kedengaran seperti orang Cina. Reaksi sebegini menjadi pemangkin semangat saya untuk terus menghasilkan lagu-lagu sebegini. 

“Sudah lama saya impikan single solo Mandarin kerana ingin jadikan hadiah buat peminat yang selalu bertanya bila saya akan muncul dengan lagu baharu," katanya. 

Untuk pengetahuan semua, lagu genre slow rock ini hasil ciptaan komposer dan penulis lirik hebat tempatan, Kai Kai yang bekerjasama dengan produser terkenal, Ong Peng Chu.

“Lagu ini saya ciptakan khas buat Masya kerana kebolehannya berbahasa Mandarin dengan baik. Manakala, Peng Chu mahu Masya menyanyikannya dengan gaya slow rock bagi memberi kelainan terhadap lagu ini,” ulas Kai Kai.

Bercerita lanjut mengenai maksud single ini, Masya berkata ia mengisahkan percintaan sepasang kekasih yang sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan insan tersayang.

"Malang menimpa apabila si jejaka terpaksa menyembunyikan penyakit yang dialaminya. Ia bukanlah kisah cinta saya dan tiada kaitan dengan kehidupan sebenar saya. Ia mungkin imaginasi atau pengalaman yang hanya diketahui komposer lagu ini," katanya sambil memaklumkan bahawa single ini bakal muncul dalam versi Bahasa Malaysia tidak lama lagi.

Menurut Marsya lagi, dia sangat gembira dengan adanya single ini malah terasa bagaikan bermimpi apabila impian jadi kenyataan. 

“Ketika mula-mula mendengar demo lagu ini hati saya terus terpaut dengan melodinya yang indah. Ditambah lagi dengan jalan ceritanya yang meruntun hati, sesiapa sahaja pasti akan tersentuh.

"Bagaikan mimpi single ini sudah dilancarkan secara rasmi," katanya. 

Menurut Masya, proses rakaman 'Jiu Meng Xin Su’ hanya mengambil masa selama satu jam dan ia berlangsung dengan lancar meskipun negara masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Banyak yang saya pelajari ketika sesi rakaman. Kai Kai dan Peng chu banyak memberikan tunjuk ajar bagaimana mahu menyampaikan lagu ini secara jujur agar kesedihannya dapat dirasai pendengar. 

“Lebih menarik, saya diminta meletakkan diri di tempat pelakon watak dalam video muzik agar dapat menjiwai lagu ini," katanya. 

Mesti ramai tertanya-tanya apakah rahsia disebalik kejayaan Masya pada usia muda. Jelas Masya, dia tiada formula tertentu sebaliknya hanya melakukan yang terbaik. 

“Sejujurnya, saya tak ada formula khas untuk itu. Saya cuma ikut pesanan orang tua agar sentiasa melakukan yang terbaik. Saya yakin jika kita buat sesuatu dengan hati yang ikhlas, pasti ia akan membuahkan hasil. 

“Diharap single ini dapat sambutan ramai terutamanya pendengar berbangsa Cina. Jika ada rezeki, biarlah ia menembusi pasaran China sekali gus meraih perhatian dunia bahawa anak Malaysia mampu pergi jauh,” kata Masya.

Single ‘Jiu Meng Xin Su’ boleh didengar melalui aplikasi penstriman seperti Apple Music, Spotify, dan Joox. – Getaran, 21 Julai 2021.

Semua gambar: Rocketfuel Entertainment 

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 2 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar