web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Butterflies’ Ungkapan Cinta Max Kepada Isterinya

Max berkolaborasi bersama penyanyi Ali Gatie dalam menghasilkan sekuel kepada lagu sebelumya, ‘Lights Down Low’.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 7:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda mengenali penyanyi R&B Amerika Syarikat, Max? Meskipun masih baharu, namun bakat penyanyi ini sangat menyerlah. Kolaborasi muziknya bersama Suga dari kumpulan BTS berjudul ‘Blueberry Eyes’ telah mencipta fenomena dan mendapat sambutan yang hebat terutamanya dari golongan ‘K-pop lovers’.

Max sempat berkongsi bahawa dia merupakan seorang ‘Army’ dan peminat setia kumpulan BTS. “Bila saya dapat tahu Suga ingin berkolaborasi sekali lagi, saya sangat teruja kerana saya betul-betul pandang tinggi kepada dia dan BTS.

“Bagi saya, kumpulan ini adalah salah satu kumpulan yang mengambil serius tentang karya mereka. Jadi apabila Suga menjemput saya untuk kolaborasi, maka saya rasa sangat terharu dan dihargai,” kata Max.

Kini, penyanyi ini mengorak langkah lebih berani di kancah muzik dengan bergabung di bawah naungan syarikat rakaman Warner Music. Bagi memeriahkan lagi sambutan kali ini, Max berganding bahu bersama penyanyi R&B terkenal, Ali Gatie dalam single balada soulful terbaharunya, ‘Butterflies’.

Baru-baru ini kami sempat menemu ramah Max secara eksklusif lewat panggilan video Zoom kelolaan syarikat rakaman Warner Music. Dalam wawancara ini Max telah berkongsi tentang makna di sebalik lagu terbaharunya dan beberapa perkara lain.

Untuk pengetahuan semua, single ini adalah ungkapan cinta berbentuk lagu yang ditulis khas untuk isterinya. Ia juga merupakan sekuel kepada lagunya sebelum ini iaitu ‘Lights Down Low’  yang menceritakan tentang lamaran perkahwinannya dahulu.

“Semasa saya mula menulis lagu ini, isteri saya hamil dan saya berfikir ia perkara paling indah yang berlaku dalam hidup saya. Bila anak saya lahir, saya rasa kehidupan saya seperti sudah lengkap.

“Ramai yang tanya kenapa saya pilih tajuk ini sebagai judul lagu. Terus terang saya cakap, waktu  itu saya sedang mencari nama yang sesuai kerana lagu ini sangatlah sentimental bagi saya. Satu hari saya keluar bilik dan melihat gambar rama-rama di dinding. Ia seperti satu petanda dari Tuhan. Maklumlah, saya seorang yang spiritual.

“Tajuk lagu ini memang mengambarkan perasaan saya terhadap isteri saya, Emily. Tiap kali saya memandang matanya, saya tidak akan berhenti merasakan seperti ada rama-rama di perut saya,”  jelas Max.

Instrumental mendayu dan gabungan gaya vokal antara kedua bakat ini menambahkan lagi perasaan damai. Malah, lagu ini sangat sesuai untuk dimainkan di majlis perkahwinan atau ketika makan malam romantis.

Memandangkan isi kandungan lagu ini sangat peribadi, visualnya pula bersifat autobiografi. Justeru itu, Max menghadirkan isteri dan anaknya dalam muzik videonya. 

"Saya tidak tahu sama ada orang perasan atau tidak, tetapi saya selalu melibatkan isteri saya dalam penghasilan rakaman video muzik saya. Dia seorang penari dan pelakon yang profesional serta sangat mudah untuk bekerja dengannya,” tambahnya.

Bila ditanya jika Max ingin anak perempuannya terlibat dalam projek pada masa yang akan datang, dia berkata, “Ia terpulang kepadanya nanti. Saya tidak mahu memaksa terutamanya jika dia ingin mempunyai identiti sendiri,” katanya.

Max yang mahir menulis lagu-lagu cinta kepada isterinya telah memberikan perasaan yang sama kepada Emily dalam lagu ‘Acid Dreams’.

Ali Gatie juga berkata single ‘Butterflies’ meraikan perjalanan indah cinta lama yang kita semua harapkan. Saya berbesar hati untuk menyertai Max dalam menceritakan kisah hebat ini.”

Sebelum mengakhiri wawancara ini, kami sempat mengajar Max beberapa perkataan Bahasa Melayu serta cara mengucap terima kasih kepada peminatnya dalam bahasa ibunda kita.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang berterusan. Siapa sangka muzik saya akan berkembang hingga ke negara asing. Saya tidak sabar untuk berjumpa anda semua dan mengadakan konsert di sana (Malaysia)!”

Single terbaharu Max berjudul ‘Butterflies’ boleh didengar di pelbagai platform penstrimaan seperti Spotify dan Apple Music. - Getaran, 14 Julai 2021

Semua gambar: Warner Music

Berita Berkaitan

1

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN