web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tokyo 2020: 'Demi Malaysia' Lagu Tema Pembangkit Semangat Atlet, Rakyat

'Demi Malaysia' diilhamkan daripada semangat juang atlet negara yang akan beraksi di temasya Olimpik Tokyo 2020 bermula pada 23 Julai nanti.

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 2:41PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Slogan 'Demi Malaysia' dipilih menjadi judul lagu tema rasmi pembakar semangat kontinjen negara dan rakyat menuju temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 yang masing-masing bermula pada bulan ini dan Ogos. 

Lagu berdurasi dua minit ciptaan Zimi dan lirik oleh Jerry itu dinyanyikan tiga artis popular tanah air iaitu legenda rock Datuk Awie, juara sulung Malaysian Idol Jaclyn Victor dan juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 Naim Daniel, menurut kenyataan Kementerian Belia dan Sukan (KBS), hari ini. 

Menurut kenyataan itu, pemilihan ketiga-ketiga artis berkenaan dibuat berdasarkan keunikan suara yang bersesuaian dengan konsep lagu yang digubah selain populariti mereka dalam kalangan rakyat Malaysia. 

Gambar: Laman KontijenMalaysia.my
Gambar: Laman KontijenMalaysia.my

'Demi Malaysia' diilhamkan daripada semangat juang atlet negara yang akan beraksi di temasya Olimpik Tokyo 2020 bermula pada 23 Julai. Lagu dan lirik pula digubah untuk menyuntik semangat kebersamaan seluruh rakyat Malaysia agar sederap dan selangkah memberi sokongan kepada atlet kita,” katanya. 

Pada masa sama, KBS turut mendapat kerjasama serta sokongan kumpulan penyokong setia pasukan bola sepak Malaysia, Ultras Malaya untuk memuatkan sorakan 'Demi Malaysia' dalam gubahan lagu itu. 

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan komposisi lagu 'Demi Malaysia' merupakan manifestasi iltizam dan semangat seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mendahulukan kepentingan negara dalam apa jua keadaan. 

Terdahulu, slogan 'Demi Malaysia' diangkat sebagai sorakan semangat buat atlet negara pada pelancaran Detik 100 Hari Ke Tokyo 2020 pada April lepas. - Bernama

Gambar: Naim Daniel dan Jaclyn Victor, Instagram masing-masing. Datuk Awie, Gambar Fail

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

Peluang Menginap Di Kediaman Warga Tokyo, Pengalaman Manis Yang Tidak Akan Dilupakan

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Geran KWASN Diperluaskan Kepada Atlet Persendirian

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 5 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN