web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muzik Dan Kesenian Hujung Minggu Ini

Hapuskan kebosanan dan rasa gundah hujung minggu ini dengan alunan muzik merdu oleh pemuzik tempatan lewat acara-acara ‘online’ yang percuma!

Muzik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2021 5:28PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik tidak akan menghalang para pemuzik tempatan untuk terus berdendang! Hujung minggu ini ada dua acara yang boleh dinikmati oleh peminat muzik tempatan-- Borneo Jazz Festival dan The Riuh Show- Homebound. 

Seperti yang telah diuar-uarkan minggu lalu, Borneo Jazz Festival (BJF) telah ‘berpindah’ ke dalam talian, bersama Rainforest World Music Festival (RWMF)  yang telah berlangsung minggu lalu. 

Seperti RWMF, (BJF) tahun ini turut disiarkan melalui Shopee Live dan laman rasmi BJF.

Penonton boleh berhibur dengan barisan pemuzik jazz termasuk Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta'Dan dan 'Prince of Borneo'- Pete Kallang, dari 25 hingga 27 Jun pada jam 6 petang.

Walaupun tiada acara jual beli barang secara fizikal, namun Lembaga Pelancongan Sarawak telah membuka kedai rasminya di Shopee untuk menampilkan produk-produk dari kedua-dua acara RWMF dan BJF. Maklumat lanjut tentang BJF juga boleh didapati di laman Facebook acara ini.

The Riuh Show-Homebound pula mengajak penonton untuk ‘berkumpul’ di akaun Instagram mereka bagi menikmati persembahan-persembahan oleh pemuzik-pemuzik tempatan terpilih. 

Pada Khamis dan Jumaat lalu ada Russell Curtis dan Alena Murang. Hari ini bakal ada persembahan unik oleh Rithaudin menampilkan Goh Lee Kwang, dan esok, Viona. Semua persembahan bermula jam 9 malam di Instagram @riuhinthecity.

Mahu tonton persembahan pada hari Khamis dan Jumaat? Ia masih ada dikongsikan di akaun Instagram yang sama! Ayuh cepat tonton sambil tunggu persembahan malam ini. - Getaran, 26 Jun 2021

Semua gambar: Akaun Instagram Borneo Jazz Festival dan Riuh In The City

Berita Berkaitan

1

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN