web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Album 'Belagu' Dayang Nurfaizah Kini Boleh Didapati Secara Digital

Album berisi rakaman semula lagu-lagu Melayu klasik ini sudah berada di pasaran mulai hari ini.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Feb 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas 15 tahun melancarkan album kontemporari klasik Kasih pada tahun 2005, Dayang Nurfaizah hari ini melancarkan album studio kesembilannya, Belagu, yang berisi rakaman semula lagu-lagu Melayu klasik. Dayang menganggap Belagu adalah sebuah projek khas bagi berkongsi interpretasinya dalam menyampaikan lagu Melayu malar segar. Selain boleh didengari di semua platform digital hari ini, ia turut hadir dalam bentuk cakera padat (CD) edisi terhad. Malah pra-tempahan di dayangnurfaizah.com untuk CD tersebut sudah pun habis dijual.

Album yang dibarisi lapan buah lagu ini merupakan sebuah naskhah yang cukup peribadi bagi penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak ini. Malah judul Belagu itu datang dari ilhamnya sendiri yang diambil dari dialek Melayu Sarawak dan bermaksud menyanyi. Ia ringkas namun cukup sempurna menterjemah dan menceritakan tentang alunan suara Dayang dalam melengkapkan album ini. Belagu juga adalah satu penghormatan dan penghargaan kepada lagu-lagu klasik. Diterbit dan disusun muziknya oleh penerbit berpengaruh Aubrey Suwito, ia menyajikan karya klasik Melayu dalam persembahan yang lebih segar.

Salah satu lagu dari album ini, 'Tudung Periuk,'  telah dilancarkan sejak Januari lalu menerusi platform digital. Sejak dilancarkan, ia telah mendapat respons positif daripada pengkritik muzik, media mahupun peminat muzik. Selain 'Tudung Periuk' album ini turut disempurnakan dengan tujuh lagi lagu iaitu, 'Jikalau Abang Merindu,' 'Malam Ku Bermimpi,' 'Tak Seindah Wajah,' 'Tari Tualang Tiga,' 'Dikirim Jangan Dipesan Jangan,' 'Kenang Daku Dalam Doamu' dan juga sebuah lagu duet bersama Hael Husaini, 'Gurindam Jiwa.'

Belagu diterbitkan oleh syarikat produksi milik Dayang Nurfaizah, DN & AD Entertainment Sdn Bhd dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan diedarkan oleh Universal Music Malaysia. Album ini boleh dinikmati secara digital sekarang di platform muzik maya utama seperti Spotify, Apple Music, iTunes, KKBox, Deezer dan Joox. - Getaran, 12 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

2

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

3

Muzik 2 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

4

Muzik 4 hari yang lalu

"For You Nourul" Bukti Pesona, Vokal Masih Berbisa Selepas 3 Dekad

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...