Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 4 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Salahkah Artis Kita Hasilkan Sebuah Lagu Propaganda?

Adakah ia sebuah perkara buruk jika seorang artis menggunakan bakat nyanyian dan muzik sebagai alat untuk mempopularkan sesuatu idea dan pendapat kepada khalayak?

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2021 3:41PM

Gambar: Tangkapan layar YouTube dan Joox

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak tahun 2007, bayang penyanyi rapper legenda Malique sudah tidak lagi kelihatan. Pelbagai teori dan alasan muncul dari kalangan peminat. 

Ada yang kata ahli kumpulan Too Phat itu lari kerana merajuk dengan media. Ada pula yang kata Malique mengalami masalah kesihatan mental dan perlu ruang bersendiri. 

Ajaibnya, walaupun sosok tubuh tidak kelihatan namun setiap kali karyanya terhasil, ia pasti menempa carta popular lagu-lagu Malaysia. 

Malique tak hanya bernyanyi, malah dia giat menghasilkan lagu di belakang tabir. Misalnya Malique menjadi salah seorang penulis lirik dan komposer untuk lagu ‘Dipinggirkan’ nyanyian Siqma dan FML beberapa bulan lepas. 

Namun, laman Twitter menjadi kecoh seketika apabila sebuah lagu yang dihasilkan awal bulan ini sempat menyisipkan nyanyi rap Malique berdurasi tidak sampai seminit dalam lagu 'Wilayah Prihatin.'

Pelbagai respons diberikan peminat, ada yang terkejut dan terharu dengan kemunculan tersebut. Maklumlah, rindu pada Malique katanya. Namun, tidak kurang juga ada yang kurang senang dan beranggapan Malique keluar gua untuk sebuah lagu propaganda. 

Persoalannya, salahkah kalau penggiat seni menggunakan bakat mereka dengan menyumbang kepada  satu karya propaganda? 

Adakah ia sebuah perkara buruk jika seorang artis menggunakan bakat nyanyian dan muzik sebagai alat untuk mempopularkan sesuatu idea dan pendapat kepada khalayak? Kerana hakikatnya, berpropaganda ini memerlukan banyak cara dan muzik adalah salah satu daripadanya. 

Berkesan atau tidak, itu persoalan kedua. 

Muzik sudah lama digunakan dalam misi propaganda contohnya ketika perang saudara di Ethiopia sekitar tahun 1983. Bantuan kemanusiaan diberikan kerana ramai yang kebuluran akibat perang. 

Pemuzik dan personaliti televisyen merakamkan lagu ‘Do They Know It’s Christmas?’ Ia kemudian mengumpul penonton sehingga 1.5 bilion. Mereka adakan konsert dan wang hasil konsert disalurkan kepada mangsa perang.

Semasa pemerintahan Nazi, mereka akan beri penduduk di kawasan taklukan mereka dengar lagu klasik seperti Beethoven, Brahms dan Wagner. Mereka tak bagi dengar muzik trompet atau apa sahaja bunyi yang ganas. Ia sebagai salah satu cara penaklukan budaya dan propaganda.

Kalau nak cerita propaganda di Malaysia yang gunakan muzik dan seni, banyak yang sudah lakukan perkara yang sama.

Bukan Malique semata-mata. ‘Malaysia Bersih’ nyanyian Syamel dan Erni mengingatkan semua bahawa Malaysia seharusnya jadi negara bersih rasuah dan amalan kleptokrasi pernah juga dikatakan lagu propaganda.

Pernah menjadi viral dan mendapat kecaman hebat lagu ‘Mengejar Aspirasi’ yang mempromosikan propaganda Pakatan Harapan. Termasuklah lagu-lagu daripada kumpulan yang dikenali sebagai Vitamin M mempromosikan semangat kepartian yang jelas.

Begitu juga lagu yang membawa propaganda lebih terang lagi bersuluh seperti ‘Tak Nak BN’ sempena kempen pilihanraya Sarawak 2016. 

Penyanyi Eddie Hamid pun menyanyikan lagu Barisan Nasional menerusi sebuah single pada tahun 2010. Semua orang membawa idea masing-masing.

Tak kiralah apapun propaganda yang mereka bawakan, sama ada propaganda kemanusiaan, kenegaraan, banteras rasuah, cintai wilayah, membelah politik kepartian, adakah mereka, anak seni ini sedang melakukan dosa besar hanya kerana menggunakan bakat mereka mempromosikan idea yang mereka percaya walaupun berbeza daripada kita? - Getaran, 22 Jun 2021


 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

2

Sukan 3 minggu yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

3

Muzik 4 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

Sorotan

1

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

2

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

3

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

4

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

5

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

6

Aktiviti Ketenteraan Israel Di Rafah Mimpi Ngeri Kemanusiaan - Ketua PBB

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Busana Majlis Nikah, Resepsi Afifah Nasir Dikritik

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 3 jam yang lalu

Afdlin Shauki Harap Penyimbah Asid Faisal Halim Dapat Balasan Sama

Datuk Afdlin Shauki sempat bekerjasama dengan Faisal Halim dalam filem terbaru arahannya yang berjudul Harimau Malaya baru-baru ini.

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 23 jam yang lalu

Adaptasi Memoir Seorang Guru, Kisah Seorang Guru Panas Baran

Kisah yang diadaptasi daripada novel karya penerima Anugerah Penulis S.E.A 1988, Azizi Abdullah.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Digelar Ratu Soundtrack, Adira Anggap Diri Bertuah 

oleh Wartawan Hiburan Getaran