web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aqasha, Aisha Retno, Mila Mohsin Barisan Utama Puteri Gunung Ledang The Musical

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical yang diterajui oleh Tiara Jacquelina itu dijadualkan berlangsung pada Oktober.

Muzik Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2026 10:12AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Barisan pelakon utama Puteri Gunung Ledang The Musical akhirnya lengkap apabila aktor dan penyanyi popular Aqasha diumumkan menggalas watak Hang Tuah dalam pementasan semula teater muzikal legenda tersebut.

Pengumuman itu menyempurnakan senarai pelakon utama yang sebelum ini memperkenalkan Aisha Retno dan Mila Mohsin sebagai Puteri Gunung Ledang, Mimi Fly dan Nadiah Agilah sebagai Bayan, Luqman Hafidz sebagai Sultan Melaka dan Yusuf Hashim sebagai Gusti Adipati.

Menerusi hantaran di Instagram @pglthemusical, produksi memaklumkan perjalanan Aqasha bersama dunia Puteri Gunung Ledang sebenarnya telah bermula sejak 20 tahun lepas apabila beliau pernah membawa watak Bendahara Melaka dan pelakon pengganti bagi karakter Hang Tuah.

"Hari ini, beliau kembali menghidupkan antara figura paling ikonik dan disayangi dalam legenda Melayu — seorang pahlawan yang menjunjung daulat, kesetiaan dan pengorbanan, namun tetap memiliki sisi kemanusiaan di sebalik beratnya tanggungjawab.

"Untuk generasi baharu Puteri Gunung Ledang ini, kami mencari seorang artis yang bukan sahaja mampu membawa kekuatan dan wibawa kepada watak Hang Tuah... tetapi juga jiwa, kematangan dan penghayatan emosi yang tulus," menurut hantaran itu.

Pementasan kali ini turut mencipta kelainan tersendiri apabila buat pertama kali menampilkan dua pelakon bagi watak Puteri Gunung Ledang dan Bayan.

Menurut produksi, keputusan itu dibuat dengan penuh teliti dan kasih sayang demi memastikan legasi karakter ikonik Puteri Gunung Ledang terus hidup untuk generasi akan datang.

Bagi watak Puteri Gunung Ledang, Aisha Retno dipilih kerana memiliki suara penuh rasa selain aura lembut namun menyimpan kekuatan, manakala Mila Mohsin pula disifatkan sebagai figura yang membesar bersama dunia Puteri Gunung Ledang sejak kecil, sekali gus membawa elemen legasi dan kesinambungan karya itu sendiri.

Pementasan semula Puteri Gunung Ledang The Musical yang diterajui oleh Tiara Jacquelina itu dijadualkan berlangsung pada Oktober.

Sementara itu, peminat di media sosial rata-rata tidak sabar menantikan teater muzikal berkenaan selain meluahkan keterujaan terhadap barisan pelakon baharu yang bakal menghidupkan watak-watak ikonik tersebut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN