web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dewa 19 & Padi Reborn Satukan 2 Legenda Di Axiata Arena 

Tiket-tiket akan mula di jual pada Jumaat 27 Feb 2026 pada jam 11 pagi. Baladewa dan Sobat Padi, pastikan anda dapat kategori tiket yang diidamkan

Muzik Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Feb 2026 3:11PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas mencipta momen magis menerusi konsert pada 29 September 2023, kumpulan legenda Indonesia, Dewa 19 kini bersedia untuk kembali semula ke Kuala Lumpur dalam sebuah konsert yang dinamakan ‘Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia’.

Konsert yang dijadualkan pada 6 Jun itu akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil dan ia akan melakar sejarah baharu konsert di Malaysia.

Konsert anjuran Icon Entertainment ini bukan sekadar pertemuan semula antara Dewa 19 dan peminat setia mereka, Baladewa. Ia hadir sebagai simbolik hubungan erat yang telah terjalin sekian lama antara band yang diasaskan oleh Ahmad Dhani itu dengan peminat di Malaysia.

Menurut pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, Malaysia sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati Dewa 19 sejak kumpulan tersebut berjaya menembusi pasaran tempatan sehingga mewujudkan kelompok Baladewa sendiri di sini. 

“Malaysia, menurut Dewa 19 punya tempat yang istimewa di hati mereka. Ada cinta yang selalu tertinggal di sini sejak mereka pertama kali dapat menembusi pasaran dan memiliki Baladewa sendiri di Malaysia.

“Jadi selepas perbincangan dan mencapai kata sepakat, kami menamakan konsert akan datang dengan nama ‘Dewa 19 - Cintaku Tertinggal di Malaysia’,” ujar Iman Tang.

Barisan konsert kali ini menjanjikan pengalaman yang padat dan berkarisma. Dewa 19 akan tampil bersama tiga vokalis utama mereka iaitu Ari Lasso, Virzha dan Marcello Tahitoe (Ello), diiringi pemain dram Tyo Nugros. Turut bersama ialah anggota teras seperti Andra Ramadhan, Yuke Sampurna dan Agung Yudha.

Lebih mengujakan, buat julung kali di Malaysia, Dewa 19 akan berkongsi satu pentas dengan Padi Reborn sebagai band jemputan istimewa. 

Penyatuan dua nama besar muzik Indonesia ini dijangka bukan sahaja mendapat sambutan hebat di kalangan Baladewa, tetapi juga di kalangan Sobat Padi(gelaran untuk peminat Padi).

Padi Reborn yang cukup dikenali dengan lagu-lagu hit seperti ‘Kasih Tak Sampai’, ‘Begitu Indah’ dan ‘Menanti Sebuah Jawaban’ bakal melengkapkan malam yang dijangka dipenuhi nuansa cinta dan nostalgia. 

Menurut penganjur, konsep persembahan tidak bersifat extravaganza, sebaliknya selari dengan tema romantis yang mengangkat kekuatan katalog lagu kedua-dua kumpulan.

Menariknya, konsert ini turut mengumumkan tema pakaian untuk digayakan nanti, di mana peminat yang hadir digalakkan memakai kemeja T rasmi DEWA 19 mahupun Padi Reborn.

Tiket akan mula di jual pada Jumaat 27 Februari, jam 11 pagi di www.ticket2u.com.my/dewa19 . 

Harga tiket ditawarkan pada RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta) dan RM488 (Sedang Ingin Bercinta).

Dengan gabungan dua band gergasi dalam satu malam, ‘Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia’ pada 6 Jun 2026 bukan sekadar sebuah konsert, tetapi sebuah pertemuan emosional yang dijangka menggegarkan Axiata Arena Bukit Jalil. 

Ia menjadi simbol bahawa meskipun masa berlalu, cinta terhadap muzik dan kenangan yang ditinggalkan akan sentiasa menemukan kita kembali. - Getaran, 25 Februari 2026

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 hari yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

2

Muzik 2 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

4

Muzik 3 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN