web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malam FYP Timur Bakal Gegar Zepp KL, Barisan Artis Viral Indonesia Bersatu Dalam 1 Pentas

Dari lagu santai hingga hip hop bertenaga, Malam FYP Timur menjanjikan pengalaman hiburan yang segar dan penuh aura vira

Muzik Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2026 4:08PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Fenomena muzik Timur Indonesia yang kini menguasai carta digital dan For You Page media sosial bakal dibawa secara langsung ke Malaysia menerusi konsert Malam FYP Timur, yang dijadualkan berlangsung pada 24 April, 8.30 malam di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert yang dianjurkan oleh Gaga Entertainment ini meraikan kebangkitan muzik Timur Indonesia yang semakin mendapat tempat di hati generasi muda, khususnya dalam kalangan Gen Z dan Milenial. 

Dari lagu santai hingga hip hop bertenaga, Malam FYP Timur menjanjikan pengalaman hiburan yang segar dan penuh aura viral.

Tiga Artis Viral, Satu Malam Penuh Energi

Malam FYP Timur bakal menyatukan tiga nama besar dari Indonesia iaitu Silet Open Up, Faris Adam dan Ecko Show yang masing-masing terkenal dengan karya tular di media sosial serta carta penstriman digital.

Silet Open Up merupakan peneraju gerakan muzik Timur Indonesia dengan lagu Tabola Bale, yang mencatat ratusan juta penstriman dan tontonan, menjadikannya antara lagu paling ikonik dari rantau tersebut.

Faris Adam ialah penyanyi dan penulis lagu dari Maluku yang mencuri perhatian ramai menerusi lagu Stecu Stecu, sebuah karya santai yang pantas tular dan dekat dengan jiwa pendengar.

Manakala, Ecko Show ialah ikon hip hop Indonesia yang terkenal dengan lirik tajam dan penceritaan realistik, menjadikannya suara penting dalam landskap muzik urban Indonesia.

Gabungan tiga artis dengan gaya berbeza ini dijangka mencipta malam yang sarat dengan persembahan bertenaga dan momen sing-along bersama penonton.

Konsep FYP, Pengalaman Berbeza

Mengambil inspirasi daripada konsep For You Page (FYP) di media sosial, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik biasa. Ia direka untuk menjadi interaktif, spontan dan penuh elemen kejutan, seiring dengan cara generasi muda menikmati hiburan hari ini.

Menurut pihak penganjur, Malam FYP Timur bukan hanya sebuah konsert, malah platform untuk mengeratkan hubungan budaya antara Malaysia dan Indonesia melalui muzik.

Tiket-tiket berharga daripada RM188 hingga RM238, manakala VIP Box untuk 10 orang berharga RM5,000 dan boleh dibeli menerusi Ticket2U.

Bagi peminat muzik yang sering menemui lagu-lagu Timur Indonesia di media sosial, Malam FYP Timur adalah peluang terbaik untuk merasai sendiri fenomena tersebut secara langsung, lebih dekat, lebih hidup dan pastinya lebih FYP-worthy. - Getaran,  6 Februari 2026

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang