web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Festival Muzik Lokal Kasi Vokal Dapat Sambutan Biarpun Hujan

Lebih 3,000 peminat kopi dan muzik berkumpul di Genting Highland bagi meraikan acara kemuncak daripada ZUS Coffee.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2024 4:14PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malam minggu lalu menyaksikan acara jelajah ‘Made in Malaysia’ yang dibawakan oleh ZUS Coffee sempena sambutan ulang tahun kelimanya melabuhkan tirai dengan festival musik Lokal Kasi Vokal.

Acara yang berlangsung di Resort World Awana, Genting Highlands ini menghimpunkan bakat-bakat popular tempatan, termasuklah nama-nama besar dalam industri muzik Malaysia.

Biarpun cuaca tidak ‘cantik’ kerana hujan dari petang, namun peminat jenama kopi inovatif ini tetap bersemangat memberikan sokongan kepada setiap artis yang terlibat. 

Terbahagi kepada dua sesi, festival muzik ini dimulakan seawal jam 4.30 petang untuk sesi pertama dan sesi kedua pula bermula pada jam 8.00 malam selepas berhenti rehat selama satu jam bagi menghormati waktu Maghrib.

Untuk sesi petang, peminat dihiburkan dengan persembahan bertenaga daripada  LOKO dan Zeppo Youngsterz sementara untuk sesi malam, peminat disajikan dengan persembahan mantap daripada bintang-bintang pujaan ramai iaitu Ratu Rock Ella, Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan Bunga. Tidak ketinggalan, Midnight Fusic yang membuka tirai malam itu dengan beberapa buah lagu popular mereka. 

Festival ini dimulakan dengan bazar Kampung ‘Made in Malaysia’ yang meriah pada sebelah pagi, menampilkan pelbagai peniaga- peniaga tempatan dan gerai-gerai makanan. 

Bazar tersebut menawarkan platform untuk perniagaan-perniagaan kecil untuk berinteraksi dengan para hadirin, dengan sorotan khas daripada rakan-rakan kongsi utama seperti HYGR, Spritzer, POS Malaysia dan Munchy’s. 

Bermula sebagai sebuah kiosk kopi yang kecil di Kuala Lumpur, jenama kopi Malaysia ini kini mempunyai lebih 500 kedai di seluruh Malaysia.

Perkembangan luar biasa ZUS Coffee sejak lima tahun lalu tidak dapat dicapai tanpa sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat Malaysia, yang menjadikan ZUS Coffee sebagai sebahagian daripada keperluan harian mereka dan memperkasakannya untuk berkembang menjadi jenama tempatan yang membanggakan.

Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian berkata, pihaknya percaya secawan kopi adalah keperluan, bukan kemewahan. 

“Kami teruja untuk meraikan ulang tahun ke-5 ZUS Coffee bersama komuniti yang telah menjadi penting kepada pertumbuhan kami yang luar biasa sejak lima tahun yang lalu. Kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa sokongan padu daripada rakyat Malaysia.

“Kami bangga untuk mempromosikan perniagaan buatan Malaysia sepanjang jelajah ini, dan tidak sabar untuk meningkatkan lagi penglibatan kami di ruang komuniti yang bertenaga ini yang saling menggalakkan dan menyokong satu sama lain.

“Jelajah ‘Made in Malaysia’ ini juga melambangkan komitmen berterusan kami untuk menyampaikan barangan keperluan di mana-mana. Walaupun kami dengan bangganya memegang label jenama Buatan Malaysia, visi kami untuk masa depan adalah jelas, untuk berkongsi rasa-rasa khas serta kemesraan Malaysia dengan dunia. Festival ini bukan sahaja mencerminkan pencapaian kami, tetapi juga sebuah landasan pelancaran ke arah yang baharu,” katanya.

Jelajah ‘Made in Malaysia’ telah bermula di Sarawak dan Sabah, sebelum mengembara melalui 11 negeri di seluruh Malaysia Barat, dengan menonjolkan perniagaan-perniagaan dan artis-artis tempatan di setiap lokasi persinggahan. 

Dengan kehadiran lebih 3,000 hadirin di Genting Highland, festival Lokal Kasi Vokal ini menunjukkan peranan ZUS Coffee sebagai lebih daripada sekadar jenama kopi, ia juga adalah pemangkin untuk perayaan budaya dan hubungan komuniti. - Getaran, 4 November 2024

Foto : ZUS Coffee

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

2

Muzik 1 minggu yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

3

Muzik 2 minggu yang lalu

Tiket AJL40 Tinggal 20 Peratus, Bahang Malam Muzik Paling Berprestij Negara Kian Memuncak

4

Muzik 4 minggu yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang