web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Impak Maksima! Ziana Zain Kekal Unggul, Pukau 5,000 Peminat Dengan 20 Lagu Hits

Kemunculan diva pop tanah air, Ziana Zain dalam konsert solonya baru-baru ini selepas 22 meninggalkan impak maksima buat peminat setianya

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2024 1:25PM

Aura Ziana Zain cukup kuat untuk 'memaku' penonton dari awal hingga akhir konsert yang berlangsung malam Sabtu lepas di Megastar Arena Kuala Lumpur.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Usia bukan penghalang! Itu kata-kata paling tepat untuk menggambarkan keunggulan diva pop Malaysia, Ziana Zain yang telah berjaya memukau lebih 5,000 peminatnya di Konsert Ziana Zain 2024 yang berlangsung malam Sabtu lepas di Megastar Arena Kuala Lumpur.

Baru sahaja beralih usia ke angka 56 beberapa minggu lalu, Ziana membuktikan dia masih berbisa dan masih boleh membuatkan ribuan peminatnya 'histeria' menonton persembahannya walaupun selepas 22 tahun tidak melakukan konsert solo.

Bagi seorang penyanyi yang dalam katalog lagunya hampir kesemua bernada tinggi, Ziana masih mampu menyampaikan rangkaian lagunya dengan baik dan penuh emosi.

Biarpun susunan lagu diubah mengikut kesesuaian usia dan tenaga, namun ia tidak sedikit pun mencacatkan bunyi di telinga penonton yang menyaksikan konsert ini.

Apabila senarai lagu untuk konsert ini dikeluarkan beberapa hari sebelum konsert, ada satu lagu yang paling menarik perhatian saya. Lagu tersebut berjudul Kasihku Pertahankan. Lagu ini antara lagu Ziana yang paling tinggi dan mencabar untuk dinyanyikan.

Ziana anggun dalam persalinan rekaan Ezuwan Ismail.
Ziana anggun dalam persalinan rekaan Ezuwan Ismail.

Namun Ziana berjaya menyampaikan lagu ini dengan baik tanpa cacat cela. Bukan sahaja lagu Kasihku Pertahankan, Ziana juga berjaya mengekalkan momentumnya menerusi lagu-lagu hebat yang lain seperti Berpisah Jua, Kekal, Setiaku Di Sini, Terkenang Jua, Anggapanmu, Puncak Kasih, Bersama Akhirnya dan banyak lagi.

Beberapa kali penonton dilihat memberikan 'standing ovation' usai Ziana membuat persembahan diselangi dengan sorakan dan tepukan gemuruh.

Antara momen menarik sewaktu konsert ini berlangsung adalah sesi nyanyian duet Ziana bersama 5,000 peminat yang menggantikan posisi Datuk Awie bagi menyampaikan lagu Senja Nan Merah.

Apabila bercerita tentang Ziana Zain, pastinya penampilan sang diva ini turut dinantikan oleh para peminatnya.

Ziana tampil memukau dalam tiga persalinan gah rekaan tiga pereka fesyen tersohor negara iaitu Rizman Ruzaini, Datuk Rizalman Ibrahim dan Ezuwan Ismail. Terbukti Ziana bukan sahaja ratu dalam bidang nyanyian, tetapi juga dalam bidang fesyen. Setiap rekaan menyerlahkan aura diva Ziana di atas pentas.

Ziana menggayakan gaun hitam sentuhan pereka feseyn tersohor Datuk Rizalman Ibrahim.
Ziana menggayakan gaun hitam sentuhan pereka feseyn tersohor Datuk Rizalman Ibrahim.

Menyedari dia tidak mampu untuk menyanyi kesemua lagu permintaan peminatnya untuk konsert kali ini, Ziana telah membuka ruang untuk peminat di dalam dewan 'request' lagu yang mereka mahukan untuk dinyanyikan secara 'acapella'.

Antara lagu yang dinyanyikan untuk sesi tersebut adalah Gerhana, Dugaan Buatmu dan Syurga Di Hati Kita.

Tiada penyanyi undangan, tiada penari latar, cukup sekadar sosok seorang Ziana Zain di tengah pentas. Auranya sudah cukup kuat untuk 'memaku' penonton dari awal hingga akhir acara. Itulah kehebatan seorang penghibur sejati yang selayaknya digelar diva kesayangan negara.

Selain nyanyian, Ziana juga dikenali dengan sifatnya yang suka berceloteh. Sepanjang lebih dua jam konsert berlangsung, Ziana kerap bercerita tentang perihal kehidupannya.

Paling mencuit hati apabila dia sempat membuat panggilan video bersama bapanya iaitu Pak Zain yang berada di rumah. Kongsi Ziana, bapanya itu sering memeriksa solekan dan pakaiannya sebelum melangsungkan konsert untuk memastikan beliau sentiasa kelihatan menarik sewaktu menghiburkan peminat.

Penyanyi tersohor ini baru sahaja mencecah usia 56 tahun beberapa minggu lalu.
Penyanyi tersohor ini baru sahaja mencecah usia 56 tahun beberapa minggu lalu.

Di penghujung konsert, Ziana mengumumkan dia akan melanjutkan konsert tersebut di Singapura pada September depan. Khabarnya tiket yang mula dijual sejak semalam laris bak pisang goreng panas. Sudah ada beberapa bahagian yang telah pun 'sold out'. Hebatnya penangan Ziana sehingga ke seberang tambak.

Kejayaan konsert Ziana Zain yang dianjurkan oleh adiknya sendiri iaitu Anuar Zain melalui syarikat Anuar Zain Network dengan kerjasama Altus Prohouse dan penaja utama CSA Academy ini dihadapkan akan menjadi pemangkin semangat untuk Ziana terus mengadakan konsert buat peminat setianya yang berada di seluruh tanah air. - Getaran, 29 Mei 2024

Foto : PR

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Empat Live In Kuala Lumpur Hanya Tinggal 15 Peratus

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Michael Learns To Rock Buai Perasaan Lebih 5,000 Peminat

4

Muzik 1 tahun yang lalu

5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang