web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Wings The Rock Emperor, Bakal Menjengah Ke Pantai Timur

Awie berkongsi berita gembira itu usai berakhirnya Konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter baru-baru ini

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 4:02PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan rock legenda, Wings  berkongsi bingkisan perancangan mereka untuk membawa Konsert Wings The Rock Emperor ke destinasi lain dalam negara.

Perkara itu diumumkan oleh vokalisnya, Datuk Awie usai konsert di Pulau Pinang pada Sabtu lalu. 

“Insya-Allah, kami mempunyai beberapa perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain. Setakat ini, semuanya dalam perancangan dan setakat ini kami sudah merisik dua lokasi. 

“Kami mahu datang dengan kelainan dan mempunyai perancangan untuk membawa Wings The Rock Emperor ke destinasi lain.

“Industri muzik kita sekarang meriah dengan konsert, tetapi banyak persembahan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Jadi, kami memilih untuk menghiburkan peminat di lokasi lain.

“Jika tiada aral, konsert bakal berlangsung di Pantai Timur dan kami menjangkakan ia bakal menjadi kenyataan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Doakan semua perancangan kami untuk membawa The Rock Emperor ke destinasi lain berjalan lancar,” ujar Awie. 

Pada konsert yang berlangsung di Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang Sabtu lalu, Wings berjaya mengumpan 8,000 peminat rock untuk hadir memberikan sokongan. 

Tirai persembahan konsert Wings The Rock Emperor Penang Chapter dibuka dengan persembahan ala teaterikal, dan ia disambut dengan jeritan hangat peminat yang tidak sabar menanti persembahan kumpulan rock otai itu. 

Apabila Datuk Awie, Eddie, Black, Edrie serta Syam melangkah masuk ke pentas utama, penonton semakin menggila dan Wings pun mula memacu langkah memulakan persembahan dengan lagu Romania, Jumpa Hilang dan Lubuk Pusing. 

Kehangatan malam diteruskan dengan deretan lagu-lagu popular seperti Bujang Senang, Bernafas Dalam Lumpur, Peronda Jaket Biru, Sayap Ilusi, Hukum Karma, Ingatkan Dia, Rantai, Nurnilam Sari, Opera Hidup, Awang Trasher dan Lipas Kudung. 

Wings membuktikan usia bukanlah penghalang untuk mengheret penonton terpukau dengan sebuah persembahan muzik bertenaga dan mengasyikkan. 

Malah, mereka juga berjaya mengumpan peminat yang untuk sama-sama berlagu.  

Wings juga sempat mendendangkan enam lagu popular iaitu Biarkan Berlalu, Intan Ku Kesepian, Belenggu Irama, Anugerah, Misteri Mimpi Syakilla dan Taman Rashidah Utama dalam sebuah persembahan medley. 

Tidak cukup dengan itu, Wings juga membawakan lagu-lagu tribute yang mempopularkan nama Awie sebagai penyanyi solo iaitu Bara dan Dipenjara Janji. 

Sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin yang terpenjara dan teruk dibedil oleh Israel ketika ini, Wings menyampaikan lagu Allah Allah Aghisna diiringi dengan doa ikhlas memohon kesejahteraan mereka di sana. 

Konsert yang dihoskan oleh penyampai radio Kool 101, Haiza, itu adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura dan Shah Alam. – Getaran, 27 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Persembahan Bertenaga Wings, Imbau Kenangan Silam Peminat

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 17 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN