web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persembahan Bertenaga Wings, Imbau Kenangan Silam Peminat

Konsert Wings The Rock Emperor berkonsepkan teaterikal tampilkan lebih 20 lagu

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 8:39AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan rock legenda negara, Wings tampil dalam satu persembahan bertenaga menerusi Konsert Wings The Rock Emperor yang berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Konsert Wings The Rock Emperor - Kuala Lumpur Chapter adalah susulan kejayaan persembahan mega dengan konsep sama di Singapura, Julai lalu.

Dimulakan dengan bacaan doa oleh Datuk Awie yang menyentuh perasaan, Wings yang dianggotai Eddie, Black, Edrie dan Syam mempersembahkan lagu selawat, Allah Allah Aghisna dendangan asal penghibur dari Indonesia, Nazwa Maulidia.

Pada konsert berkonsep teaterikal dengan tema ala 'viking', Wings mempersembahkan lebih 20 lagu.

Turut diselitkan segmen khas buat pejuang di Palestin.

"Suka kita dapat teruskan kehidupan bahagia bersama orang tercinta. Tetapi dalam bersuka, ada yang pergi meninggalkan kita. Ada juga yang sedang berperang di sana.

"Izinkan kami untuk hadiahkan lagu buat pejuang di Palestin. Izinkan kami sama mendoakan mereka agar terlerai semua kekalutan.

"Izinkan saya ajak anda sama-sama menyanyikan lagu ini. Kepada yang bukan Islam, hadirkan niat yang baik untuk semua," kata Awie sebelum memulakan segmen khas itu seperti yang dilaporkan BH.

Antara lagu hit yang didendang dan dipertontonkan adalah Adone Dari Paran, Jumpa Hilang, Lubuk Pusing, Cinta Seusia Kita, Komplikasi Pramayar, Jerangkap Samar, Bernafas Dalam Lumpur, Gemuruh dan Ingatkan Dia.

Mereka turut menampilkan segmen penghormatan kepada kumpulan rock yang menjadi inspirasi mereka iaitu antaranya Scorpions dengan lagu Holiday, Deep Purple (Black Night), Cinderella (Nobody's Fool), Loudness (Run For Your Life dan Like Hell).

Wings yang sudah hampir empat dekad bertapak dalam industri muzik tempatan, mencipta sejarah apabila konsert itu dihadiri lebih 9,000 peminat rock tegar yang setia menyaksikan persembahan mega mereka selama lebih tiga jam.

Peminat tidak berganjak dan turut sama menyanyikan lagu wajib iaitu Sejati, Harapan dan Romania serta Taman Rashidah Utama sebagai lagu penutup sebelum konsert berakhir. - Getaran, 21 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 2 tahun yang lalu

Konsert Wings The Rock Emperor, Bakal Menjengah Ke Pantai Timur

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Anuar Zain Hadiahkan Peminat Konsert Istimewa Sempena Ulang Tahun Ke 40 Sebagai Penyanyi, Hanya Satu Malam Sahaja

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Dari Dulu, Orang Bukan Islam Yang Banyak Sokong Perjuangan Muzik Kami - Raihan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN