Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mustafa the Poet Ketengah Isu Semasa Dalam Karya

Sentuhan yang digarap dalam karya terbaharunya ‘The Hearse’ pasti akan memberikan impak yang mendalam dan mampu membuatkan anda menangis.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahukah anda siapa Mustafa the Poet, penyanyi berasal dari Toronto, Kanada ini? Biarpun usianya boleh dikatakan masih mentah, namun bakat yang dimilikinya bukanlah calang-calang malah dia telah dipuji sebagai ‘poet prodigy’ yang patut diberi perhatian oleh semua. 

Apa yang menarik tentang penampilanya, dia sering memakai kopiah di mana-mana sahaja dan ia menjadi sebahagian identitinya secara peribadi dan sebagai artis.

Mustafa yang kini sedang menaiki carta muzik antarabangsa sudah pun berkolaborasi bersama bakat-bakat tersohor dalam dunia muzik seperti The Weeknd, Drake, James Blake dan pernah bekerjasama dengan jenama fesyen terkenal, Valentino di minggu fesyen 2019/20.

Malah mungkin ramai yang tidak tahu, penyanyi ini telah menyumbang kreativitinya sebagai penulis lagu dan vokalis sandaran dalam lagu The Weeknd berjudul ‘Attention’. Untuk pengetahuan pembaca, album The Weeknd berjudul ‘Starboy’ yang menyenaraikan lagu ini telah meraih anugerah Grammy pada tahun 2016. Selain itu, dia juga pernah membuat persembahan pembukaan untuk artis R&B, Jhene Aiko di konsert Manifest yang berlangsung secara live. 

Terkenal dengan sifatnya yang lemah lembut dan penulisan muzik yang menyayat hati, penyanyi ini sekali lagi menghidangkan para pendengar dengan single ‘The Hearse’ dari projek muzik terbarunya ‘When Smoke Rises’. Sentuhan yang digarap dalam lagu ini pasti akan memberikan satu perasaan sedih yang mampu membuatkan anda menangis kerana ia bermain dengan emosi.

“Kebanyakan karya saya diilhamkan dari pengalaman saya sendiri dan ia banyak menyentuh tentang isu-isu perkauman, islamophobia dan keganasan senjata api yang semakin meningkat di seluruh dunia. Oleh sebab saya telah kehilangan ramai kawan, saya terpanggil untuk meningkatkan kesedaran mengenai perkara ini dalam masyarakat. Sebagai anak kepada seorang pendatang asing, saya juga ingin melestarikan kisah masyarakat yang saya miliki terutamanya rintangan dan perjuangan yang dihadapi.

“Sejak kecil saya ingin memelihara kisah-kisah ini daripada ditokok tambah oleh orang. Itulah sebabnya saya mula menulis puisi dan kemudian terjun ke bidang muzik. Melalui penulisan muzik dan puisi, saya dapat mengekalkan keaslian cerita-cerita ini sambil berpeluang untuk berkongsi tentangnya.

“Projek muzik ini merupakan salah satu projek yang sangat dekat pada diri saya dan ditulis tulus dari hati. Jadi, saya harap ramai dapat memahami mesej yang hendak disampaikan,” kata Mustafa. 

Sukar untuk dipercayai bahawa Mustafa hanya berusia 24 tahun, kerana dia mempunyai kebijaksanaan jauh melebihi usianya. Mustafa adalah salah seorang artis yang banyak mengetengahkan isu keganasan senjata api. Pada tahun 2019, dia telah menghasilkan sebuah filem pendek berjudul ‘Remember Me, Toronto’ yang membicarakan mengenai isu gangsterisme, keganasan senjata api dan kes pembunuhan di Toronto yang terus meningkat sejak satu dekad yang lalu. 

Filem ini memberi peluang kepada para seniman untuk berkongsi semula kenangan dan kisah waktu mereka tinggal di kawasan rumah kos rendah yang dikenali sebagai 'Projects'. Ia juga menampilkan penyanyi rap yang disanjung ramai seperti Drake, Pilla B, Baka Not Nice, Loco City dan lain-lain.

Single terbaru Mustafa the Poet berjudul ‘The Hearse’ boleh didengar di laman penstriman seperti Apple Music dan Spotify. - Getaran, 2 Jun 2021

Semua gambar: Love Da Records

Berita Berkaitan

1

Muzik 21 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

2

Muzik 2 minggu yang lalu

'Cinta Tak Mungkin' Hadiah Raya Siti Nurhaliza

3

Muzik 4 bulan yang lalu

Tiket Konsert Siti Nurhaliza Licin Dijual Dalam Masa 2 Jam

4

Muzik 4 bulan yang lalu

Akhirnya Hindia Mendarat, Bawa Representasi Anak Muda

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 3 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran