Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Konsert Trio Terhebat Indonesia Temui Peminat Mei Depan

Muzik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 12:07PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Diuji dengan penyakit kanser otot dan kulit sejak tiga tahun lalu, tidak menghalang bekas vokalis kumpulan popular Indonesia Samsons, Bambang Reguna atau lebih dikenali Bams untuk menjayakan impiannya beraksi di pentas Malaysia.

Impian yang sudah lama tertanam sejak memilih bergerak solo 12 tahun lalu, bakal menjadi kenyataan apabila terlibat dalam konsert Trio Terhebat Vol.1 bersama rakannya dalam industri muzik iaitu Marcell Siahaan dan bekas vokalis kumpulan terkenal Dewa 17, Once Mekel.

Baginya, peluang mengadakan persembahan di pentas negara ini adalah satu momen sangat berharga kerana dapat mendendangkan peminat dengan lagu yang pernah menjadi hits suatu ketika dahulu iaitu Naluri Lelaki, Kenangan Terindah, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.

"Kanser itu masih ada cuma tidak menjejaskan kerjaya seni kerana ia tersebar hanya tiga peratus sahaja. Kesihatan pun sudah optimum, cuma makanan masih jaga kerana kanser menyerang saya kerana terlalu bekerja keras," katanya pada sidang media Trio Terhebat Vol.1 di sini, semalam.

Walaupun sudah tidak lagi mendapatkan rawatan, namun dia masih perlu banyak berehat bagi memastikan kanser tersebut pulih sepenuhnya.

Bams yang kini berusia 41 tahun turut berkongsi khabar bahawa beliau akan menghasilkan album solo kedua khusus untuk peminatnya di Indonesia dan Malaysia pada tahun hadapan.

"Saya makin rancak ingin hasilkan karya seni cumanya tahun ini negara saya (Indonesia) ada pilihan raya, jadi saya fikir kurang bijak untuk melakukan apa-apa dari segi hiburan kerana seluruh negara fokus kepada politik," katanya.

Mengulas mengenai konsert itu, Bams berkata, dia berjanji untuk memberikan persembahan terbaik meskipun harus berkongsi pentas dengan Once yang dikatakan mempunyai suara lebih tinggi daripada beliau.

"Saya tidak perlu pandai dalam semua perkara kerana setiap artis mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri," katanya.

Sementara itu, Marcell Siahaan, 47, yang bakal membuat persembahan di konsert yang bakal menggabungkan tiga pria tampan dari negara jiran itu berkata, beliau tidak meletakkan sebarang sasaran umur untuknya berhenti dari dunia nyanyian.

"Buat saya, menyanyi itu tidak ada noktahnya. Ia berbeda, jika saya jadi ahli politik rasmi. Tetapi saya menyanyi, jadi hingga hayat dikandung badan begitulah saya pergi," katanya.

Mengenai konsert Trio Terhebat Vol.1 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 4 Mei depan, penonton akan disajikan dengan 30 lagu termasuk lagu popular Marcell antaranya Semusim, Firasat, Takkan Terganti, Mendendam, Peri Cintaku dan Jangan Pernah Berubah.

Once Mekel pula akan menuangkan emosi melalui lagu-lagu seperti Dealova, Hilang Naluri, Kucinta Kau Apa Adanya dan Ditentukan Untuk Bersama, sementara Bams akan melagukan kembali Naluri Lelaki, Kenangan Terindah, Akhir Rasa Ini dan Kisah Tak Sempurna.

Terdapat enam pilihan tiket, Hanya Memuji (RM268), Semusim (RM308), Hilang Naluri (RM358), Akhir Rasa Ini (RM458), Dealova (RM558) dan Kenangan Terindah (RM1,388).

Tiket boleh dibeli dengan melayari www.ticket2u.com, dan pemegang kad kredit Maybank akan diberi diskaun sebanyak 12 peratus manakala, pemegang kad debit Maybank pula menerima potongan harga 10 peratus. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

‘Saya Belum Layak Dapat Gelaran Biduanita’ - Ziana Zain 

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

3

Selebriti 3 minggu yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

4

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Kematian Akibat Tembakan Di Dewan Konsert Di Moscow Melepasi 60 Orang

Sorotan

1

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

2

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

3

Proses Penamaan Calon PRK KKB Lancar - Polis Selangor

4

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

5

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

6

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 8 jam yang lalu

Meerqeen Ajak Peminat Ke Rumah Terbuka Raya Airbnb, Peluang Bercuti Bersama

Anda bukan sahaja boleh menikmati makanan enak, malah bercuti selama tiga hari 2 malam dengan Merqeen.

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran