web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ungu, Artis Tempatan Meriahkan Pesta Muzik Kuantan

Bakal berlangsung pada 24 Februari 2024, peminat berpeluang menyaksikan persembahan Ungu, artis tempatan sempena keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong ke Pahang selepas berakhirnya pemerintahan baginda berdua

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2023 4:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita gembira buat warga Pahang dan Pantai Timur, khususnya peminat kumpulan Ungu yang popular dengan lagu Demi Waktu. Hanya dengan RM58 anda  boleh menyaksikan kumpulan ini beraksi di pentas Pesta Muzik Kuantan yang bakal berlangsung pada 24 Februari depan.

Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang menyaksikan persembahan barisan penyanyi hebat tanah air seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Nabila Razali, Ara Johari dan ramai lagi.  

Pesta Muzik Kuantan ini diadakan sempena menyambut keberangkatan pulang ke Pahang,  Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang bakal mengakhiri pemerintahannya tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI di Istana Negara.

Pesta yang dibawakan oleh Showpro Entertainment Sdn Bhd itu bakal mencatat sejarah tersendiri apabila menampilkan Ungu sebagai artis Indonesia pertama yang menyertai Pesta Muzik Kuantan kali ini. 

Menurut pihak penganjur, Pesta Muzik Kuantan adalah satu penghormatan buat Al-Sultan Abdullah dan mahu rakyat jelata menikmati sebuah keraian yang menggabungkan antara muzik dan kebudayaan setempat. 

“Showpro Entertainment sangat berbesar hati menganjurkan Pesta Muzik Kuantan sempena menyambut keberangkatan pulang DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku ke negeri Pahang. Bagi memberi peluang kepada warga Pahang dan negeri pantai Timur berhampiran mengutip kenangan manis dan bermakna, kami membawakan kumpulan Ungu yang cukup terkenal di Malaysia.  

“Ungu juga tidak pernah mengadakan persembahan di Stadium Darul Makmur secara khusus, jadi janganlah lepaskan peluang julung-julung kalinya ini,” ulas wakil pihak penganjur.

Bagi Ungu pula, lamaran Showpro Entertainment ibarat satu kesempatan yang tidak selalu ada dan mereka mengaku tiada sebab untuk menolak selepas melihat objektif yang mahu dicapai menerusi Pesta Muzik Kuantan.

“Terlebih dahulu kami ingin berterimakasih kepada penganjur kerana memilih Ungu untuk turut serta di Pesta Muzik Kuantan. Ini mungkin akan menjadi pengalaman pertama kami mengadakan persembahan di hadapan penduduk Pahang dan di Pantai Timur.”

“Tetapi yang lebih istimewa lagi, penganjuran Pesta Muzik Kuantan ini adalah bersempena dengan sambutan kepulangan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke Pahang. Ia menjadi satu penghormatan buat Ungu apa lagi berkongsi pentas bersama barisan artis tanah air dan bertemu peminat di kawasan Pantai Timur,” ujar vokalis Ungu, Pasha.

Selain hiburan, Pesta Muzik Kuantan juga mempunyai objektif untuk terus melestarikan budaya termasuklah makanan dan produk tempatan kepada pengunjung. Acara ini akan bermula seawal jam 11 pagi di kawasan luar stadium.

Selain tiket serendah RM58 (Sejauh Mungkin), anda juga boleh mendapatkan tiket pada harga RM88.00  (Demi Waktu), RM98.00 (Cinta Dalam Hati), RM118.00 (Kekasih Gelapku & Seperti Yang Dulu), RM128.00  (Gegar), RM388.00 (VIP B, Free Seating) RM448.00  (VIP A, Free Seating)  dan RM628.00 (VIP, Numbered Seating). Pembelian tiket boleh boleh dibuat menerusi https://www.ticket2u.com.my/ bermula 29 Disember 2023. 

Radio Gegar FM adalah radio rasmi Pesta Muzikal Kuantan. Segala maklumat terkini boleh didapati menerusi radio Gegar FM atau laman sosial radio tersebut. – Getaran, 29 Disember 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN