web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jaz Hayat Rakam Semula Lagu Seribu Tahun Dendangan Imran Ajmain

Pemilihan lagu ini ini dibuat setelah ia mendapat sambutan baik apabila Jaz memuat naik satu video beliau menyanyikan lagu ‘Seribu Tahun’ ini di akaun Instagramnya.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2023 4:12PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi berasal Brunei, Jaz Hayat atau lebih mesra dengan panggilan Jaz, kini tampil dengan single terbaharu yang bertajuk ‘Seribu Tahun’ iaitu saduran daripada penyanyi asal Imran Ajmain.

‘Seribu Tahun’ daripada album pertama penyanyi berasal Singapura itu pernah popular pada tahun 2007.

Lagu ini juga telah mendapat sentuhan istimewa daripada komposisi asal Taufik Batisah dan penerbit lagu iaitu Seek yang membawa unsur yang fresh dan terkini.

Berkongsi tentang pemilihan lagu ini, Jaz memaklumkan ia bermula pada beberapa bulan lalu apabila beliau memuat naik satu video cover version lagu ‘Seribu Tahun’ nyanyiannya di akaun Instagramnya dan ia mendapat sambutan baik daripada pengikutnya.

“Saya sangat sukakan lagu ‘Seribu Tahun’ ini dan berkongsi versi nyanyian saya di akaun Instagram beberapa bulan dahulu.

“Video yang berdurasi satu minit 30 saat itu tiba-tiba mendapat sambutan daripada peminat.

“Setelah itu, saya dan pihak syarikat rakaman Sony Music Entertainment berbincang untuk menghasilkan ia sebagai lagu saduran untuk single terbaharu saya pada tahun ini,” katanya.

Selain itu, Jaz juga memaklumkan bahawa lagu itu sangat istimewa untuknya kerana ia mengisahkan tentang kesetiaan seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun perlukan masa seribu tahun lamanya.

“Bagi saya, lagu ini mengenai kesetiaan seseorang. Mampukah dia bertahan selama yang mungkin? Inilah keunikkan lagu ini kerana ia tiada kesimpulan, sebaliknya ia memberi persoalan kepada pendengar.

“Ketika saya di sekolah menengah, ‘Seribu Tahun’ sudah pun popular di Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Malaysia. Lagu ini mempunyai lirik yang indah dan melodi yang menarik.

Genre balada ini juga dapat mengembalikan cara nyanyian asal saya seperti single pertama dahulu,” kata penyanyi yang popular dengan lagu ‘Dari Mata’ itu.

Selain itu, lagu ‘Seribu Tahun’ juga mendapat sambutan yang luar biasa di Malaysia, apabila disenaraikan dalam empat playlist teratas di saluran strim digital, Spotify seperti Galau Rabak, Carta Malaysia, Pop Balada dan Pop Terkini.

“Jaz tidak sangka lagu ini mendapat sambutan baik di Malaysia, dan dengan pencapaian ini Jaz mengambil kesempatan untuk berterima kasih atas sokongan kerjaya saya terutamanya lagu ‘Seribu Tahun’ ini.

“Semoga tahun akan datang saya akan menghasilkan karya-karya yang lebih banyak dan berkualiti tinggi,” katanya.

Lagu 'Seribu Tahun’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music. – Getaran, 21 Disember 2023

Foto : Sony Music Entertainment

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN