web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Radja Dan Ella Akhirnya Berkongsi Pentas Di Konsert Jujur Takkan Melupakanmu

Rajda bukan sahaja membawa ratu rock, Ella ke pentas, malah turut memperkenalkan tiga bakat baharu yang juga merupakan anak kepada vokalis, Ian dan pemain gitar, Moldy.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 8:35PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas Noah, Radja pula mengambil alih pentas Megastar Arena, Kuala Lumpur pada Ahad menerusi konsert yang dinamakan ‘Jujur Takkan Melupakanmu’.

Konsert yang berjaya memancing 5,000 peminat setia ini berlangsung dalam suasana meriah, tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Biarpun tiada segmen tanda solidariti kepada rakyat Palestin diatur dalam konsert yang menampilkan Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) ini, namun pemain gitarnya dilihatkan tidak kekok memakai mafla Palestin di awal persembahan sebelum menanggalkannya di penghujung konsert.

Antara sorotan yang paling menarik untuk konsert ini sudah pastilah penampilan istimewa ratu rock negara, Ella, yang bertenaga di penghujung konsert.

Ini julung kalinya dua lagenda rock dari dua negara disatukan di atas pentas yang sama.

Menurut Ian, beliau begitu teruja apabila Ella menerima pelawaannya memandangkan sebelum ini tidak pernah punya kesempatan untuk bertentang mata.

"Kami belum pernah berjumpa biarpun Ella pernah nyanyikan semula lagu Jujur pada tahun 2008. Malam ini buat pertama kalinya kami bertemu, sekali gus beraksi di pentas yang sama.

“Saya juga terkejut melihat Ella begitu cantik malam ini. Jika anda semua setuju, saya mahu mengajak Ella untuk sama-sama ke Indonesia selepas ini,” ujar Ian dalam nada teruja.

Selain berduet dalam lagu ‘Jujur’ dan ‘Takkan Melupakanmu’, Ella juga tampil solo menyampilkan lagu ‘Sepi Sekuntum Mawar Merah’.

Selain segmen bersama Ella, penonton juga diberikan kejutan apabila Ian memperkenalkan dua orang anak remajanya ke pentas iaitu Hugo Kasela dan Farrel Kasela untuk menunjukkan bakat nyanyian masing-masing.

“Saya datang ke sini mencari menantu!

”Jangan dulu, jangan dulu, tak bolehlah, dia masih belasan tahun, masih kuliah dan harus tamatkan pembelajaran dulu,” ujar Ian yang mengundang sorakan peminat.

Seorang lagi bakat baharu yang turut dibawa ke konsert ini ialah anak kepada pemain gitar yang juga anak buahnya, iaitu Axel Farden yang kini berusia 20 tahun. 

Konsert yang berlangsung lebih dua jam itu menyaksikan Radja mempersembahkan 16 buah lagu, termasuk ‘Wahai Kau Cinta’, ‘Benci Bilang Cinta’, ‘Ga Ada Waktu’ dan ‘Manusia Biasa’.

Konsert Radja Jujur Takkan Melupakanmu anjuran syarikat penganjur festival dan konsert Orange International Entertainment. – Getaran, 13 November 2023

Foto : Orange International Entertainment

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 16 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad