web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakal Gegar KL Dengan Konsert Anniversary Ke-33, Damasutra Akan Beraksi Bersama Kumpulan Kristal

Menurutnya, hasrat yang dipendam sejak setahun lalu demi memenuhi permintaan ramai bakal dilunaskan bertepatan sambutan ulang tahun ke-33 penubuhan Damasutra pada Oktober depan.

Muzik Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jun 2023 8:23PM

Sekitar sidang media Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernah mencetuskan fenomena sekitar awal 90-an, Damasutra terus unggul sebagai kumpulan pemuzik yang mempunyai kelompok peminat tegar sehingga ke hari ini. 

Lagu 'Umpama Mimpi Dalam Mimpi', 'Antara Sutera dan Bulan', 'Asyik', 'Sesat Dalam Rindu', 'Sufi' dan 'Seribu Bayangan' adalah antara seleksi malar segar yang terus menjadi siulan.

Tidak hairan apabila permintaan ramai ingin menikmati persembahan ‘live’ mereka mencetuskan idea untuk merealisasikan sebuah konsert mega.

Vokalisnya, Baggio atau Bahagia Daharun, berkata kali terakhir mereka beraksi di pentas langsung adalah sekitar lima tahun lalu yang membuatkan mereka menanam impian mengadakan konsert dalam skala besar.

Menurutnya, hasrat yang dipendam sejak setahun lalu demi memenuhi permintaan ramai bakal dilunaskan bertepatan sambutan ulang tahun ke-33 penubuhan Damasutra pada Oktober depan.

Memilih Zepp Kuala Lumpur sebagai venue, akuinya, mereka enggan berkompromi dalam soal kualiti sekali gus gelanggang gah tersebut menjadi medan momen bersejarah itu.

“Sejak tahun lalu kami sudah berkira-kira mahu menyambut ulang tahun ke-33 Damasutra dengan sebuah acara khas bersama peminat yang boleh dikenang hingga ke akhir hayat.

“Melihat angka secantik itu dengan menempuh aneka cabaran bagi memperkukuhkan Damasutra sebagai satu jenama, sudah tentu sebuah konsert mega adalah jawapan untuk sambutan tersebut.

“Idea ini dicetuskan pengurus kami serta anggota lain yang melihat signifikasi angka 33 sebagai simbol kematangan, sekali gus bukti Damasutra tetap relevan. 

“Tambahan pula melihat sokongan khalayak termasuk kelompok peminat baharu dalam kalangan golongan muda sekitar usia 20-an ke atas,” katanya kepada Getaran.

Baggio berkata demikian ketika sidang media Konsert Anniversary Ke-33 Damasutra di MATIC Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selain Baggio, tunjang utama kumpulan yang ditubuhkan sejak 1990 itu adalah Amran yang juga pengasas merangkap gitaris serta pemain dram, Assu.

Sebagai pelengkap, pemain gitar  berpengalaman luas, Rizal Wahab, 35, akan menggantikan posisi Allahyarham Alok yang menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung empat tahun lalu.

“Sebenarnya ada kejutan. Kita akan mengumumkan gitaris baharu iaitu Rizal Wahab untuk beraksi pada malam konsert itu nanti,” katanya yang kini dalam proses pemilihan lagu.

“Malam yang sarat magis itu bakal dihangatkan repertoire persembahan yang tentu saja mengimbas nostalgia manis suatu ketika dulu,” ulasnya.

Jelas Baggio lagi, kumpulan Kristal juga bakal beraksi pada malam tersebut dalam segmen pembukaan sebagai band jemputan.

Teruja untuk beraksi pada 27 Oktober nanti, Baggio yang mewakili rakan lain berharap peminat yang membesar dengan dendangan mereka 'turun' berhimpun di Zepp KL.

“Kali terakhir kami mengadakan persembahan langsung adalah di Hard Rock Cafe Melaka pada 2017, disusuli sebuah persembahan malam tahun baharu.

“Tentu saja konsert di Zepp KL nanti cukup bermakna buat Damasutra biarpun masing-masing pernah fokus terhadap kerjaya solo, kumpulan ini tetap hidup.

“Dulu bukan kami berpecah, sebaliknya hanya berehat seketika untuk memberikan tumpuan kepada projek lain hinggalah Damasutra aktif semula dengan pelbagai 'showcase' termasuk persembahan amal beberapa tahun kebelakangan ini,” ujarnya.

Harga tiket bagi menyaksikan konsert adalah bermula dengan harga adalah RM188 (berdiri) Rock Zon, Gold RM350 (duduk/Meet & Greet/t-Shirt), manakala Silver RM258 (duduk/merchandise).

Tiket boleh dibeli menerusi laman www.damasutra.ubertickets.asia yang akan dibuka bermula pada 19hb Jun 2023.

Konsert Damasutra ini dianjurkan oleh Ultimate Media iaitu pihak pengurusan yang turut menguruskan aktiviti dan juga pergerakan kumpulan Damasutra kini.  – Getaran, 26 Jun 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 15 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad