web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bakat Muzik Satukan 6 Beradik Di Pentas

Menggelarkan diri sebagai The Siblings Band, kumpulan ini tampil mempersembahkan pelbagai genre muzik serta tidak kekok memainkan lagu tradisional seperti keroncong.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2023 6:00PM

Kumpulan The Siblings Band ketika menjadi tetamu program di sebuah stesen TV baru-baru ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Apabila melihat kumpulan ini beraksi di pentas, tentu ramai menyangka mereka adalah rakan sebaya tapi sebenarnya pemuzik ini merupakan enam beradik berusia lingkungan 20 hingga 27 tahun.

Menggelarkan diri sebagai The Siblings Band, kumpulan ini terdiri daripada Aimi Zulaikha, 27, Aimi Najihah, 25, Aimi Nabihah, 25, Muhammad Ariff Haikal, 24, Muhammad Ariff Hazim, 21, dan Aimi Batrisyia, 20, tampil mempersembahkan pelbagai genre muzik serta tidak kekok memainkan lagu tradisional seperti keroncong. 

Menurut ibu yang juga pengurus kumpulan itu, Intan Noorismazatulaqtar Ismail, 50, minat anak-anaknya dalam bidang muzik tercetus secara tidak sengaja sejak kecil sebagai hobi dan aktiviti sekeluarga ketika masa lapang dan cuti sekolah.

"Saya dan suami (Suhaimi Ismail) tidak pernah menghantar anak-anak untuk mendapatkan  pendidikan muzik secara formal sebaliknya mereka belajar sendiri dan menggunakan pendidikan asas di sekolah seterusnya praktis secara cuba jaya di rumah.

“Kebetulan di rumah ada beberapa alat muzik seperti biola, gitar keyboard, jadi selalunya dua anak lelaki dan yang bongsu akan bermain muzik dan yang kakak pula akan menyanyi," katanya kepada Bernama.

Katanya bakat semula jadi anak-anaknya juga diwarisi oleh keluarganya yang berdarah seni. 

Menurut Intan pada mulanya kumpulan enam beradik itu membuat persembahan atas permintaan jiran tetangga di majlis perkahwinan sekitar tahun 2012 yang anak sulung pada ketika itu berusia 15 tahun manakala yang bongsu sekitar lapan tahun. 

"Lama kelamaan semakin ramai yang meminta mereka membuat persembahan dan seakan telah menjadi satu komitmen," katanya yang kini mampu berbangga dengan pencapaian anak-anaknya termasuk pernah membuat persembahan pentas berprestij termasuk di Dewan Filharmonik Petronas. 

Walaupun aktif membuat persembahan, Intan tetap mementingkan pelajaran anak-anak dan memastikan sesi pembelajaran tidak terabai sehingga berjaya ke menara gading. 

Intan berkata anak keduanya bekerja sebagai pensyarah di kolej swasta manakala yang lain ada yang baru menamatkan pelajaran di peringkat sarjana muda dalam bidang pengurusan hartanah dan diploma dalam bidang muzik.  

Ditanya tentang perancangan masa hadapan untuk mengembangkan potensi kumpulan itu, Intan tidak memasang impian besar sebaliknya berharap mereka berjaya dalam bidang masing-masing. 

Katanya keluarga itu juga tidak berhasrat menjadi artis rakaman dan lebih suka bergerak bebas dan tidak terikat dengan pengurusan pihak lain. 

"Saya kena terima hakikat dan realiti yang anak-anak ini akan ada kehidupan masing-masing dan mungkin sukar untuk satukan mereka di atas pentas secara kerap seperti sekarang pada masa hadapan.

"Cuma pada masa sama, saya mahu The Siblings Band bertahan lama dan tidak berkubur jadi kena sentiasa mencari idea baharu untuk menjadi semakin baik," katanya.

Sementara itu Aimi Nabihah berkata jarak umur yang tidak jauh menjadikan hubungan adik-beradik lebih rapat dan mudah berkongsi minat yang sama. 

Anak ketiga yang juga mempunya pasangan kembar itu berharap agar kumpulan adik-beradik itu mampu menjadi ikon kepada generasi muda supaya lebih menghargai seni terutama muzik tradisional. 

"Kami juga berharap The Siblings Band menjadi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana untuk menggalakkan anak-anak mereka bermain muzik sambil menimba ilmu pendidikan seni," katanya - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 minggu yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 1 minggu yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga