web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lagu Jadi Wadah Sebar Mesej Perpaduan

Setiap penyanyi yang mengambil bahagian menjayakan lagu berkenaan bukan sahaja menyampaikannya dalam bahasa Melayu tetapi juga dipersembahkan mengikut bahasa daerah kelahiran masing-masing.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 8:03AM

Lagu yang dilancarkan bersempena dengan Minggu Perpaduan 2023 yang berlangsung baru-baru ini, turut menampilkan sasterawan negara Prof Madya Dr Lim Swee Tin sebagai penulis lirik dan S. Atan sebagai penggubah muzik. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berbeza Kita Tidak Memisahkan,

Hulur Tanganmu Satukanlah Hati, 

Sandarkan Teman Bahumu Bahuku,

Jalinkan Perpaduan.

Mendengar bait-bait lirik pada permulaan lagu "Setia Perpaduan" ini pasti menyentuh jiwa sesiapa sahaja apatah lagi apabila mengenangkan situasi perpaduan yang kini seolah-olah "luntur" dalam kalangan masyarakat.

Masakan tidak, jika diamati secara mendalam, ia jelas mengajak semua rakyat mengetepikan perbezaan agama dan kaum agar semangat perpaduan dapat diperkukuh demi membina sebuah negara maju.

DJ Dave - Gambar Alif Omar
DJ Dave - Gambar Alif Omar

Komposernya Datuk DJ Dave atau nama sebenarnya Irwan Shah Abdullah, 75, berkata lagu itu digubah hasil cetusan idea daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah demi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Dalam satu pertemuan dengan Tuanku pada tahun lepas, saya disuruh membuat sebuah lagu perpaduan yang melibatkan kumpulan etnik utama di dalam negara. Oleh itu, saya memilih 13 kumpulan etnik utama antaranya Melayu, Cina, India, Kadazan, Orang Asli, Siam, Iban dan Punjabi untuk diketengahkan," katanya kepada Bernama.

Lagu yang dilancarkan bersempena dengan Minggu Perpaduan 2023 yang berlangsung baru-baru ini, turut menampilkan sasterawan negara Prof Madya Dr Lim Swee Tin sebagai penulis lirik dan S. Atan sebagai penggubah muzik.

Marsha Milan Londoh - Gambar fail
Marsha Milan Londoh - Gambar fail

Selain Dave, 12 penyanyi lain yang terlibat ialah Datuk Awie, Marsha Milan Londoh, Suki Low, Jaclyn Victor, Sabhi Saddhi, As'ad Motawh, Melissa Francis, Bob Yusof, Sissy Iman, Iesya Toh, Hacharan Singh dan Cikgu Asani.

Lebih istimewa, Dave berkata setiap penyanyi yang mengambil bahagian menjayakan lagu berkenaan bukan sahaja menyampaikannya dalam bahasa Melayu tetapi juga dipersembahkan mengikut bahasa daerah kelahiran masing-masing.

"Lagu ini untuk rakyat, tidak kira bangsa, agama dan usia. Ia lagu untuk semua rakyat Malaysia. Sebab itu, tuanku meminta agar lagu itu turut disampaikan dalam bahasa sukuan atau dialek supaya perasaan bangga terhadap negara wujud dalam diri walaupun berbeza agama dan bangsa," katanya yang bersyukur diberi kepercayaan tinggi mencipta lagu berkenaan.

Sementara itu, Lim, 70, yang berperanan sebagai penulis lirik berpendapat kunci utama lagu Setia Perpaduan ialah mesra pendengar, ceria dan paling penting dapat menerapkan dengan cepat mesej perpaduan kepada rakyat Malaysia.

"Saya berlapang dada apabila ada yang kata lirik lagu ini bersifat puitis, namun pada saya, yang penting ialah mesej utama yang hendak disampaikan.

"Saya mahu sesiapa yang mendengar lagu itu walaupun hanya sepotong lirik dapat merasakan nilai perpaduan itu sendiri," katanya yang kali pertama bekerjasama dengan penyanyi legenda itu.

Pejuang bahasa itu berkata lagu berkenaan menekankan semangat perpaduan yang menjadi asas kepada kesejahteraan keseluruhan masyarakat sekali gus merealisasikan hasrat Seri Paduka.

Anak jati Kelantan itu menyifatkan lagu berkenaan lebih indah didengar apabila dinyanyikan sekumpulan penyanyi berbilang bangsa dan agama sambil mengetengahkan bahasa sukuan dan daerah masing-masing.

"Namun, saya tidak terlibat dalam proses penterjemahan itu sebaliknya semua urusan itu dilakukan Dave dengan merujuk kepada pakar bahasa atau bantuan daripada penyanyi.

"Saya bersyukur lagu ini berjaya 'sampai' kepada masyarakat apatah lagi Tuanku sangat teliti dan cermat agar amanat yang dibawa mencapai tujuannya," katanya yang berharap agar perpaduan terus terjalin tanpa mengira perbezaan bangsa, agama dan fahaman politik bagi memastikan keharmonian negara kekal utuh.

Lagu dan video muzik rasmi Setia Perpaduan boleh ditonton melalui saluran YouTube DJ Dave Malaysia Official mulai 23 Mei lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

DJ Dave Raih Anugerah Khas Kelab Rotary Untuk Perpaduan

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 14 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN