web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


DJ Dave Raih Anugerah Khas Kelab Rotary Untuk Perpaduan

Anugerah itu bagi mengiktiraf kepimpinan cemerlang yang ditunjukkan ketika penghasilan lagu ‘Setia Perpaduan’ hasil ilham Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Oct 2023 1:02PM

(Dari kiri) Pengerusi Penganjur RCAD, Angeline Ngoi; Presiden RCAD, David Cheah Yik Qin; Datuk DJ Dave dan Rotarian KH Lim ketika sidang media pengumuman anugerah. gambar oleh Rotary Club of Ara Damansara

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rotary Club of Ara Damansara (RCAD) baru-baru ini memperkenalkan anugerah istimewa untuk seorang penyanyi serta penulis lagu lagenda, Datuk Irwan Shah, atau lebih dikenali sebagai DJ Dave, bagi mengiktiraf kepimpinan cemerlang beliau dalam mempromosikan agenda perpaduan negara.

Anugerah yang dikenali sebagai RCAD Award for Unity itu dianugerahkan kepada DJ Dave atas sumbangannya dalam satu projek yang diilham serta diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu lagu patriotik  bertajuk Setia Perpaduan.

Selain itu, lagu Setia Perpaduan juga dianggap istimewa kerana ia dinyanyikan oleh 13 artis dalam pelbagai bahasa dan dialek bagi memaparkan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum serta bangsa.

Presiden RCAD, David Cheah Yik Qin berkata, DJ Dave akan menerima anugerah itu pada Majlis Makan Malam RCAD Kali Ke-7 yang berlangsung pada 20 Januari depan. DJ Dave juga bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000.

Menurut Cheah lagi, anugerah itu amat wajar kerana sumbangannya dalam memupuk perpaduan, integriti negara dan keharmonian sosial di Malaysia, sekali gus mencerminkan keperibadian serta kesatuan masyarakat majmuk di Malaysia.

Cheah berkata, DJ Dave tidak hanya mencipta lagu terbabit tetapi turut mendendangkannya bersama lain-lain rakan artis dan bekerjasama dengan pemuzik terkemuka bagi menyokong hasrat  Yang di-Pertuan Agong berkenaan.

“Di bawah pimpinannya, kita kini mempunyai lagu patriotik Setia Perpaduan dengan gabungan lirik oleh sasterawan negara, Prof Madya Dr Lim Swee Tin dan gubahan muzik oleh Datuk S.

Atan,” katanya.

Barisan penyanyi yang sukarela menyumbangkan suara mereka adalah Datuk Awie, Marsha, Suki Low, Jaclyn Victor, Sabhi Saddi, Asad Motawh, Melissa Francis, Bob Yusof, Sissy Iman, Iesya Toh, Hacharan Singh dan Cikgu Asani.

Justeru, Cheah percaya bahawa anugerah ini akan membantu membangkitkan perpaduan negara dan seterusnya memberi harapan kepada Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang lebih baik kepada rakyatnya.

“Ianya sesuai dengan tema Rotary International iaitu ‘Create Hope In the World’,” ujar Cheah.

Sementara itu, DJ Dave melahirkan rasa syukur atas anugerah berkenaan. Ini kerana, beliau percaya bahawa muzik dan sukan berperanan besar dalam menyatupadukan masyarakat, menghentikan kebencian serta mewujudkan negara yang aman dan makmur.

“Saya berbesar hati dan terkejut menerima anugerah berharga daripada RCAD ini dan saya berharap ini akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk hidup dalam semangat muhibbah sebagai rakyat Malaysia sejati.

“Sebagai seorang rakyat Malaysia yang bersederhana dan cakna, saya akan mendermakan wang daripada anugerah ini kepada pelbagai badan kebajikan sebagai tanda perpaduan negara,” ujar beliau.

Mengimbas kembali proses pembikinan lagu itu, DJ Dave memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkenan mencipta sebuah lagu patriotik untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu.

“Yang di-Pertuan Agong perkenan gunakan istilah klasik berusia 36 tahun ‘Setia’ (loyal atau loyalty) yang diraikan sebagai lagu kebangsaan kedua, bagi menggalakkan masyarakat untuk meninggalkan ketidaksetaraan dan menerima satu sama lain sebagai satu kesatuan.

“Tuanku bertitah supaya nyanyian lagu itu dimulakan dengan bahasa Melayu, kemudian didendangkan oleh lain-lain penyanyi dalam dialek masing-masing bagi mewakili setiap kumpulan etnik utama di Malaysia,” ujar DJ Dave lagi.

Lagu patriotik Setia Perpaduan itu akhirnya menjadi lagu tema sambutan Minggu Perpaduan Negara, yang dilancarkan oleh Al-Sultan Abdullah di Kuching pada Mei lalu. – Getaran, 18 Oktober 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Jemaah Menteri Perlu Jalankan Tugas Dengan Integriti, Utamakan Kepentingan Rakyat - Agong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Miliki Potensi Besar Dalam Teknologi Blok Rangkaian - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Merafak Sembah Ucapan Tahniah Hari Keputeraan Agong

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN