web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Coldplay Perkenalkan Lagu Terbaharu ‘Higher Power’

Lagu terbaru Coldplay ditayangkan secara perdana melalui 'transmisi luar angkasa'.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan Coldplay kembali menggembirakan para peminatnya dengan khabar berita mengenai lagu terbaharu mereka ‘Higher Power’ melalui media sosial Tiktok.(@coldplay) Official TikTok ) 

Single berjudul ‘Higher Power’ ini sudah pasti menjadi lagu comeback Coldplay sejak album  terakhir mereka, 'Everyday Life' pada 2019. Single ini dikhabarkan bakal menjadi sebahagian daripada album terbaharu mereka. Ini kerana, pernah muncul khabar bahawa Coldplay sedang mengerjakan album baharu berjudul “Music of The Spheres” pada awal 2021.

Lagu ini telah dihasilkan oleh Max Martin, penulis lagu dan penerbit muzik yang sudah pun berkecimpung dalam industri muzik selama 25 tahun.

Vokalis Coldplay, Chris Martin memberi makna baru pada pelancaran single ini dengan pengumuman bahawa ‘Higher Power’ akan ditayangkan secara perdana melalui 'transmisi luar angkasa' bersama angkasawan Perancis, Thomas Pesquet yang berada di Stesen Angkasa Antaragbangsa (ISS) buat pertama kali.

Chris Martin berkata, “Kami mengirimkan beberapa muzik ke angkasa kerana sekarang kami tidak dapat bermain untuk sesiapa pun di sini. Tayangan video muzik ini umpama menjadi tayangan perdana untuk keseluruhan galaksi.”

Selain itu, pelancaran ini juga mengikuti perbualan antara Coldplay dan angkasawan tersebut mengenai persamaan kehidupan membuat lawatan konsert di bumi dan kehidupan di ISS.

Apa yang lucu tentang temu ramah ini, Chris Martin sempat bertanya Pesquet jika dia pernah melihat makhluk asing di luar sana atau tidak?

Ini jawapannya, “Belum tapi saya sentiasa peka memerhati. Kalau ternampak, nampaklah dan saya akan terus mencarinya,” kata Pesquet.

Seterusnya, mereka juga mengambil kesempatan untuk bertanya kepada Pesquet bagaimana peredaran waktu di sana termasuklah waktu rehatnya.

“Pada waktu malam ketika semua orang tidur, saya akan memakai alat pendengar dan memainkan muzik. Ia memberikan perasaan yang seronok dan kebebasan seperti saya sedang terapung di atas angin” kata Pesquet.

Coldplay yang telah berhenti seketika daripada membuat konsert kerana masalah alam sekitar, menemukan persamaan dengan Pesquet ketika dia menggambarkan perspektifnya dari angkasa.

Pesquet juga memberi peringatan dan pesanan bagi semua penghuni bumi, “Bentuk muka bumi ini sangat mengagumkan. Kita tidak dapat bayangkan betapa kecil, terbatas dan rapuhnya bumi ini melainkan kita dapat melihat dengan mata kasar kita sendiri.

“Semua yang kita ada di bumi hanya terdapat di bumi. Tidak ada di planet yang lain. Jadi, kita harus menggunakan sumber yang ada di bumi dengan bijak. Sebagai manusia yang bertanggungjawab, kita mempunyai kewajipan untuk menjaga dan memelihara alam sekitar dengan baik. Pencemaran alam sekitar akan membawa bencana yang berterusan dan akan memberi kesan yang besar terhadap manusia khususnya daripada segi kesihatan termasuklah kualiti hidup.”

Lagu berjudul ‘Higher Power’ dapat didengari melalui laman penstriman digital seperti Youtube, Spotify dan Apple Music.

Sumber Gambar: Warner Music 

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN