web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nice And Good Job! Itu Kata PM Kepada Bunkface Tentang Lagu Tema Kempen Malaysia Madani 

Menurut Sam, proses penghasilkan dan rakaman lagu Malaysia Madani mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Mar 2023 9:07PM

Bunkface - Gambar dari Instagram 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kumpulan Bunkface tidak menyangka lagu ciptaan mereka akan terpilih untuk menjadi lagu tema kempen Malaysia Madani. 

Lagu tema yang turut menggunakan tajuk yang sama dengan kempen Malaysia Madani itu ditulis oleh Sam yang juga penyanyi utama Bunkface, manakala lirik oleh Pidaus. 

Sam ketika diwawancara berkata, penglibatannya mereka terhadap projek single lagu kempen itu bermula sewaktu mereka dimaklumkan pihak pengurusan bahawa Pejabat Perdana Menteri sedang mencari lagu tema untuk kempen Malaysia Madani. 

“Kami turut diberikan guideline untuk menghasilkan lagu ini dari segi kesesuaian perkataan untuk digunakan dalam lirik dan juga mood lagu yang menjadi pilihan. 

“Namun, bukan kami sahaja yang terlibat dengan penghasilan lagu tema kempen ini. Beberapa komposer lain turut menghantar hasil karya mereka. Dan, kami bersyukur atas peluang yang diberi,” katanya. 

Menurut Sam lagi, proses penghasilkan dan rakaman lagu Malaysia Madani mengambil masa hampir sebulan untuk disiapkan. 

“Proses penciptaan dan susunan muzik mengambil masa tiga hari, manakala proses rakaman pula lebih kurang lima hari. 

“Selebihnya, kami lebih fokus kepada “mixing & mastering” yang mana ia mengambil masa selama dua minggu untuk disiapkan. 

“Kami tidak berhadapan dengan masalah untuk menyiapkan serta menjayakan projek lagu tema kempen ini kerana client tahu apa yang mereka mahukan. 

“Pada masa yang sama, kami juga cukup jelas dengan konsep dan dasar kepimpinan negara yang cuba diketengahkan berdasarkan guidelines yang diberi,” katanya. 

Youth Empowerment Fair (YEF 2023) dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di KLCC semalam. - Gambar oleh Azim Rahman
Youth Empowerment Fair (YEF 2023) dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di KLCC semalam. - Gambar oleh Azim Rahman

Jelas Sam lagi, mereka juga bersyukur kerana sewaktu lagu Malaysia Madani dilancarkan di acara Youth Empowerment Fair (YEF 2023) yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia mendapat respon yang baik. 

“Rata-rata sambutan yang kami terima adalah baik. Lirik lagu turut dipancarkan pada skrin, jadi penonton turut nyanyi bersama kami. 

“Ketika selesai persembahan, Perdana Menteri sempat datang ke hadapan pentas untuk bertemu dan bersalam dengan kami semua. Beliau juga turut mengucapkan: “ Nice and good job”!,” katanya. 

Selain Sam, tiga lagi anggota Bunkface yang lain adalah Paan selaku (gitaris), Youk (pemain bass) dan Biak (pemain dram). Antara lagu hits mereka adalah Malam Ini Kita Punya, Darah Muda dan Revolusi. - Getaran, 20 Mac 2023


 

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 13 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad