web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Jumpa Dia Sekali Saja, Tapi Tak Boleh Lupa - RADi Jelaskan Tentang Cinta Pandang Pertamanya

RADi yang juga adik kepada penyanyi Aisha Retno menulis lagu bertajuk ‘Maybe?’ selepas melihat wajah seorang perempuan yang meninggalkan kesan yang dalam.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Mar 2023 8:00AM

RADi

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi baru yang dikenali sebagai RADi mempertaruhkan lagu berbahasa Inggeris pertamanya selepas melihat sosok perempuan yang tidak boleh dilupakan. 

RADi yang juga adik kepada penyanyi Aisha Retno menulis lagu bertajuk ‘Maybe?’ selepas melihat wajah seorang perempuan yang meninggalkan kesan yang dalam. 

“Saya berjumpa gadis itu hanya sekali, tapi tak boleh berhenti memikirkannya. Pada suatu hari, pukul enam pagi, saya masuk ke studio, ambil gitar dan terus rakamkan sedikit demo awal. 

“Apabila saya dengarkan kembali rakaman itu, saya rasa ia adalah satu lagu komersial yang bagus, baik dari segi melodi, lirik dan semuanya dari mula hingga akhir.

"Jadi, terima kasih saya ucapkan kepada gadis itu yang telah menjadi muse dalam lagu yang berjudul ‘Maybe?’ ini,” katanya menerusi satu siaran media. 

Pengalaman ketika menuliskan lagu ini diharap dapat memberikan perasaan serupa kepada pendengar yang sedang merasai pengalaman cinta pertama. 

“Selepas melihat ‘crush’, pelbagai perkara boleh terlintas di fikiran. Kisah ‘Maybe?’ juga diumpamakan seperti cerita cinta komedi romantik yang dipersembahkan dalam bentuk lagu.

"Judulnya ‘Maybe?’ menggambarkan perasaan kita yang tertanya-tanya bila lepas berjumpa seseorang. Hati pun senang saja walaupun baru berjumpa beberapa kali, tapi kita sudah menaruh perasaan terhadapnya. Kemudian kita fikir pula, adakah ia terlalu cepat?

"Apa yang saya harapkan para pendengar rasa apabila mendengar lagu ini adalah perasaan cinta dan bagaimana rasanya kalau kita menyukai seseorang. Ia seperti kisah komedi romantik yang diinterpretasikan ke dalam sebuah lagu," jelasnya lagi. 

Bagi RADi, dia berharap agar lagu ‘Maybe?’ boleh menjadi sebahagian daripada hidup para pendengar dengan mengaitkan kisah cinta masing-masing
Bagi RADi, dia berharap agar lagu ‘Maybe?’ boleh menjadi sebahagian daripada hidup para pendengar dengan mengaitkan kisah cinta masing-masing

Setiap penyanyi tentunya mengharapkan lagu atau karya mereka diterima baik oleh peminat setelah bertungkus lumus menyiapkannya dengan sempurna.

Bagi RADi, dia berharap agar lagu ‘Maybe?’ boleh menjadi sebahagian daripada hidup para pendengar dengan mengaitkan kisah cinta masing-masing.

 "Saya harap, para pendengar menerima lagu ini dengan hati dan tangan yang terbuka, serta boleh gembira mendengarkannya. Mereka juga boleh berkongsi lagu ini kepada pasangan untuk sama mendengar. 

“Untuk yang pemalu pula, anda boleh menggunakan lagu ini sebagai tafsiran perasaan cinta terhadap seseorang tanpa menuturkannya.

"Apa yang penting, lagu ini bukanlah untuk saya, sebaik dilancarkan, ia menjadi milik semua yang mendengar. Ya, ia milik anda. Gunakan imaginasi dan lakarlah kisah anda sendiri berdasarkan lagu ‘Maybe?’,” katanya lagi.

Lagu ‘Maybe?’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify dan YouTube. – Getaran, 15 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Sedia Digosipkan Bersama, Jarak Akhirnya Berjaya ‘Menyatukan’ Aisha Retno Dan Aziz Harun

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Inspirasi 'Glimps Of Us', Aisha Retno Perkenalkan 'I Love Sadness More'!

4

TARA 3 tahun yang lalu

Pernah Dikutuk Tak Layak Jadi Penyanyi, Aisha Retno Kental Tampil Showcase Pertama

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN