Berita Terkini

42 minit yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 43 minit yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 2 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi 2 jam yang lalu: Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan 2 jam yang lalu: Suku akhir Piala FA: Negeri Sembilan FC 1-3 Selangor FC

IKUTI KAMI


Sedia Digosipkan Bersama, Jarak Akhirnya Berjaya ‘Menyatukan’ Aisha Retno Dan Aziz Harun

Menurut Aziz, dia berasa teruja apabila berpeluang berduet dengan Aisha dan tidak menyangka apabila kolaborasi yang pada mulanya hanya sekadar projek suka-suka itu berubah menjadi sebuah karya yang serius.

Muzik Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2023 8:45AM

Aisha merasa serasi dengan Aziz dan tidak berasa kekok berdepan dengannya.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Kami bersedia untuk menghadapi apa saja yang akan datang dan menerima perkara itu secara profesional sebagai salah satu motivasi kerjaya kami,”.

Demikian pengakuan dua bintang yang berbakat besar penyanyi Aisha Retno dan Aziz Harun apabila ditanya tentang persediaan mereka berdepan sebarang gosip cinta susulan keserasian dalam single kolaborasi mereka, ‘Jarak’.

Walaupun, ia hanya sekadar gimik lagu duet baharu mereka, namun aksi-aksi kemesraan dilihat seperti ada hubungan istimewa.

“Kami menerima perkara itu secara profesional dan sebagai salah satu motivasi kerjaya kami. Lagipun peminat sekarang sangat ‘supportive’ dan tidak akan berlaku komen yang tak baik, memandangkan ia hanya sekadar gosip. Rasanya mereka okey dan santai.

“Cuma saya harap kerjasama ini tidak terhenti di sini saja, sebaliknya akan ada projek untuk kami berdua berkolaborasi selepas ini,” kata mereka.

Keserasian yang ditampilkan menerusi lagu ‘Jarak’ turut diakui oleh Aisha apabila dia tidak berasa kekok berdepan dengan Aziz.

Menurut Aisha, atau nama sebenarnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 23, mereka telah berkawan baik sejak 3 tahun lalu.

“Aziz banyak memberikan tunjuk ajar mengenai selok-belok dunia hiburan. Alhamdulillah, kami tak berdepan sebarang cabaran besar ketika proses rakaman, sebaliknya segala proses berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.

“Kami ibarat sedang lepak di kedai mamak dan saling bertukar idea untuk mencantikkan lagu ini. Keserasian antara kami itu sudah lama terbina dan kami pun sudah kenal perangai masing-masing,” ujarnya.

Menurut  Aisha lagi, dia sangat bersyukur dan bangga dengan kerjasama bersama Aziz menerusi lagu ‘Jarak’, apatah lagi ia merupakan  lagu duet pertamanya  sepanjang berada dalam muzik industri.

“Saya selalu mendengar lagu-lagu yang Aziz bawakan. Malah, lagu nyanyiannya selalu memberi saya idea dan inspirasi untuk menulis lagu baharu. Apabila diberikan peluang untuk bekerjasama saya sangat teruja,” tambahnya.

Sementara itu, penyanyi kelahiran Brunei Darussalam, Aziz Harun, 23, mengakui dia berasa teruja apabila berpeluang berduet dengan Aisha dan tidak menyangka apabila kolaborasi yang pada mulanya hanya sekadar projek suka-suka itu berubah menjadi sebuah karya yang serius.

“Saya memang peminat Aisha daripada dulu lagi. Saya selalu memberikan komen setiap kali dia memuat naik lagu nyanyiannya di media sosial, tapi kami tidak berkesempatan untuk bertentang mata sebelum ini.

“Namun, pada awal tahun lalu, ketika Aisha menyertai program realiti TV, Big Stage musim keempat, dia ada menghubungi untuk bertanyakan mengenai idea lagu baharu yang ditulis selain ingin bertanyakan mengenai pembabitannya dalam program realiti nyanyian itu.

“Ketika itu, saya masih berada di Brunei manakala Aisha di Malaysia. Jadi, Aisha pun hantar rakaman suaranya berserta melodi lagu ‘Jarak’. Ketika mendengarnya saya terus jatuh cinta sebab lagu ini ada sentuhan dan ‘vibes’ dari Indonesia.

“Kami akhirnya bertemu pada pertengahan tahun lalu dan berpeluang menyanyi secara langsung bersama-sama. Saya rasa gembira dan teruja apabila syarikat rakaman turut memberi kepercayaan kepada kami  untuk menghasilkan lagu baru ini dengan Aisha,” katanya.

Tambah Aziz, dia dan Aisha tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk mencipta keserasian, malah proses rakaman hanya mengambil masa selama satu hari sahaja.

“Proses rakaman bersama penerbit Glowrush berjalan dengan mudah dan lancar sebab saya dengan Aisha bersepakat untuk tidak terlalu bereksperimentasi untuk menghasilkan lagu ini.

“Lagipun kami nak simpan magis lagu ini pada setiap persembahan yang bakal kami bawakan secara langsung sambil diiringi petikan gitar. Kami juga bertuah apabila diberi rezeki untuk bekerja dengan Glowrush yang cukup dikenali sebagai penerbit yang berbakat besar.

“Glowrush handal bermain piano, jadi sebelum proses rakaman bermula, kami bertiga seperti mengadakan konsert mini di studio apabila menyanyikan beberapa buah lagu terlebih dahulu bagi mencipta keserasian dan memudahkan proses rakaman,” jelasnya.

Paduan suara oleh dua penyanyi muda berbakat besar ini adalah hasil kerjasama dua syarikat rakaman terkenal tanah air, Sony Music Malaysia dan Faithful Music.

Lebih menarik, ‘Jarak’ bakal dimuatkan dalam album pertama Aziz bertajuk ‘Yang Benar’ yang dijangka dilancarkan pada Mac 2023. - Getaran, 21 Mac 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

'Dia Tak Ada Musuh,' 10 Tahun Bersahabat, Budi Doremi Doakan Kamal Adli Cepat Sembuh

2

Muzik 2 bulan yang lalu

Saya Jumpa Dia Sekali Saja, Tapi Tak Boleh Lupa - RADi Jelaskan Tentang Cinta Pandang Pertamanya

3

Muzik 5 bulan yang lalu

Inspirasi 'Glimps Of Us', Aisha Retno Perkenalkan 'I Love Sadness More'!

4

Muzik 7 bulan yang lalu

Memang Ada Lelaki Yang Jenis ‘Player’, Aziz Harun Minta Wanita Supaya Berhati-Hati

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Drama 'Hijrah Jannah' Papar Isu Wanita Mualaf Yang Terpaksa Hidup Berpoligami – Puteri Sarah Liyana Jadi Perampas Suami

oleh Zara Sofea

Selebriti 1 hari yang lalu

Peguam Beritahu Syamsul Yusof Tidak Tahu Mengenai Dakwaan Lafaz Cerai Pernah Terjadi 2 Kali Sebelum Ini 

Menurut hasil laporan JKP daripada pihak Puteri Sarah Liyana, ada dakwaan mengatakan Syamsul pernah melafazkan cerai terhadapnya yang berlaku di luar mahkamah.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Saya Bukan Jenis Yang Sentiasa 'Say Yes' Untuk Puaskan Hati Pihak Lain - Gambit Saifullah 

Kata Gambit lagi, setiap kali menerima sesuatu tawaran sudah menjadi kebiasan dia akan meneliti watak serta akan memilih karakter yang sesuai dengan kehendaknya...

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 25 minit yang lalu

Shila Amzah Dan Ubai Bertunang, Buat Majlis Secara Intim

oleh Helmi Anuar