web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Berhip Hop Aidilfitri Ini Dengan 'Rap Der Raya'

Enam penyanyi rap tempatan hasilkan lagu raya untuk menyemarakkan lagi semangat beraya.

Muzik Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Walaupun berada dalam era pandemik, lagu raya sentiasa menjadi pengiring dan peneman bagi para pendengar. Lagu-lagu halwa telinga ini tidak lapuk dek zaman dan sentiasa digemari oleh semua. Ketika dimainkan sambil menikmati juadah lazat raya, ia menjadikan sambutan Aidilfitri lebih meriah. 

Menjelang perayaan Aidilfitri ini, enam penyanyi rap tempatan telah menghasilkan sebuah lagu raya berjudul ‘Rap Der Raya’ bertemakan genre Hip Hop yang segar.

‘Rap Der Raya’ menampilkan Yonnyboii, Kmy Kmo, Luca Sickta, Siqma, Asyraf Nasir dan Abubakarxli dalam kolaborasi muzik pertama mereka. 

Kepada yang tidak tahu, mereka ini tidak asing dalam dunia hiburan tanah air arus perdana mahupun di kalangan penggiat muzik underground.

“Idea ini tercetus bila saya diminta untuk menerbitkan sebuah lagu raya. Pada asalnya, melodi lagu ini dihasilkan oleh Yonnyboii dan kemudiannya ditambah ‘perisa’ oleh rakan-rakan duet kami. Alunan melodi ini membuatkan saya tertarik untuk menerbitkannya kembali dalam versi baru. 

Kami ingin memberi nafas baru dan sentuhan istimewa dalam lagu ini untuk mengembalikan ‘mood’ raya yang mungkin telah hilang,” kata Luca.

Rentak rancak lagu ini bercitarasakan muzik tahun 80-an dan gabungan pop moden, lain daripada karya-karya yang dihasilkan oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta sebelum ini. Yonnyboii juga menyatakan harapan agar lagu ini diterima dan membuka hati para pendengar untuk menghayati lagu dari generasi baru. 

Asyraf Nasir pula berkata “Kami berharap agar lagu ini menjadi lagu yang malar segar dan sentiasa dalam Playlist raya semua orang pada setiap tahun dan bukan tahun ini sahaja. Selain itu, kami berharap agar lagu ini turut memberi impak yang besar dalam dunia seni tanah air”.

Mereka turut berkongsi pengalaman seronok serta cabaran-cabaran sepanjang menjalankan kolaborasi ini.

“Pada saya, yang paling mencabar apabila Luca ‘mengejar’ saya setiap hari untuk menyiapkan bahagian lagu saya,” gelak Yonnyboii.

“Saya kagum melihat bakat dan kreativiti rakan-rakan saya seperti Abu yang mampu menghasilkan one take wonder dan menyiapkan verse lagu dalam sekelip mata ketika masih dalam studio rakaman” kata Asyraf.

Proses menyiapkan rakaman lagu ini hanya mengambil masa tidak sampai dua minggu.

Selain itu, video muzik lagu ini juga melibatkan semua artis tempatan dari Universal Music Malaysia dalam bentuk cameo

Antara penyanyi rap lain yang turut ditampilkan dalam ‘Rap Der Raya’ adalah Siqma. 

“Saya harap generasi sekarang dapat menerima konsep lagu raya baru yang kami bawa ini dan tidak lupus ditelan zaman serta dapat bertahan dari generasi ke generasi sampai bila-bila,” kata Siqma menyatakan harapan untuk lagu ini.

Rap Der Raya boleh didengar di semua pelantar penstriman muzik seperti Spotify, Apple Music, Joox, dan YouTube Music. – Getaran, 30 April 2021

Sumber gambar: Universal Music Malaysia

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...