web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muse Sah Buat Konsert Di Ibu Kota, Lokasinya Di Bukit Kiara Equestrian Resort, 29 Julai Ini

Tiket pra-jualan konsert Muse boleh mula didapati pada Khamis (2 Mac ini) bermula jam 10 pagi manakala jualan tiket untuk semua akan mula dibuka pada keesokannya iaitu Jumaat, 3 Mac, jam 10 pagi.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 5:30PM

Kugiran rock England, Muse, bakal kembali ke Malaysia pada 29 Julai ini dalam rangka siri jelajah 'Will of the People 2023’ - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ibu kota semakin rancak dan menjadi lokasi ‘hotspot’ bagi konsert-konsert pelbagai pihak termasuk bakat-bakat luar negara yang begitu popular.

Setelah Blue, sebuah lagi kumpulan antarabangsa yang pernah memenangi Anugerah Grammy sebanyak dua kali iaitu Muse bakal mengadakan konsert di negara ini. 

Tergolong sebagai antara ‘10 Rock Band Terbaik’ di dunia selain mendapat pengiktirafan secara meluas sebagai salah satu ‘live band’ terbaik di dunia, Muse telah mengesahkan kehadiran mereka pada Julai nanti.

Kugiran rock England itu bakal kembali ke Malaysia pada 29 Julai ini dalam rangka siri jelajah ‘Will of the People 2023’.

Konsert yang dianjurkan Hello Universe PLT ini sangat istimewa kerana mereka berjaya mendapatkan Muse secara eksklusif untuk satu-satunya hentian siri jelajah ini di Asia.

Ia sekali gus menjadi penanda aras baharu buat Hello Universe PLT yang mengimpikan untuk meletakkan Malaysia sebagai destinasi konsert pilihan artis-artis global.

Ini kerana Muse menjadi rebutan sebagai salah satu band yang mencabar untuk diterbangkan bukan hanya ke Malaysia, bahkan ke seluruh benua Asia ini.

Konsert Muse yang terakhir diadakan Asia adalah pada 2019 ketika perlumbaan Singapore Grand Prix dan ia juga merupakan sebahagian dari konsert jelajah ‘Theory Simulation’. 

Sebelum itu juga, jelajah Asia terakhir mereka adalah pada 2015 di mana ia sebahagian daripada jelajah ‘Drones’ yang menyaksikan mereka membuat persembahan di Beijing, Shanghai, Singapura, Hong Kong dan Seoul. 

Konsert Muse yang terakhir di Kuala Lumpur telah diadakan 16 tahun lalu iaitu pada 2007. Kini, mereka bakal beraksi di Bukit Kiara Equestrian Resort, Kuala Lumpur pada 29 Julai ini. 

Kejayaan penganjur menjadikan impian ini sebagai satu realiti dijangka bakal menarik ramai peminat fanatik kumpulan rock ini dari setiap pelusuk negara dan benua terutamanya dari benua Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia. 

Penganjur juga mensasarkan 60,000 hingga 100,000 kapasiti orang ramai yang akan hadir untuk menyaksikan konsert yang sangat luar biasa ini di Malaysia.

Malah, Muse turut berkongsi klip ucapan mereka untuk peminat di Malaysia dan menyatakan bahawa mereka tidak sabar ke sini.

“Kami sangat berbesar hati untuk datang dan membuat persembahan di negara yang indah dan menakjubkan ini. Kami tidak sabar untuk berjumpa anda semua di sana. Kami akhirnya kembali ke Malaysia pada 29 Julai 2023,” kata mereka.

Kepada fanatik Muse, tiket pra-jualan boleh mula didapati pada Khamis 2 Mac 2023 bermula jam 10 pagi. Manakala jualan tiket akan mula dibuka kepada khalayak ramai pada hari seterusnya iaiatu Jumaat, 3 Mac pada jam 10 pagi. Tiket-tiket berharga Zone A: RM950, Zone B: RM550, Zone C: RM350, Zone D: RM750 (duduk).  – Getaran, 28 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Jelajah 3 hari yang lalu

Pasar Bisik Kuala Muda, Tradisi Dagangan Yang Masih 'Berbisik' Di Tengah Arus Moden

2

Jelajah 3 minggu yang lalu

Western Australia Tarik Minat Pelancong Cari Percutian Tenang, Dekat Dengan Alam

3

Jelajah 3 minggu yang lalu

Kedah, Perlis Tumpu Pelancongan Berasaskan Pengalaman

4

Jelajah 3 minggu yang lalu

BUNGA 2026 Bakal Himpunkan Keindahan Orkid Asia Di Genting Highlands

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 36 minit yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...