Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Anugerah Grammy 2023: Beyonce Catat Sejarah, Harry Styles, Bonnie Rait dan Lizzo Menang Anugerah Utama

Styles membawa anugerah utama, Album Of The Year untuk album studionya, Harry’s House serta Best Pop Vocal Album, Lizzo (Song of the Year), manakala Bonnie Rait (Record of the Year).

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 10:07AM

Beyoncé mencipta sejarah apabila menjadi artis paling banyak menerima anugerah dalam sejarah Grammy. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anugerah Grammy Ke-65 telah pun berakhir dan ia menyaksikan beberapa nama besar seperti Harry Styles dan Beyonce berserta Brandi Carlile, Bonnie Raitt, Lizzo dan Kendrick Lamar mencatatkan kemenangan besar dalam anugerah muzik yang penuh berprestij itu.

Styles membawa anugerah utama, apabila memenangi Album Of The Year untuk album studionya, Harry’s House. Bahkan, bintang pop UK itu juga turut memenangi Best Pop Vocal Album.

Tidak ketinggalan, Beyoncé yang telah mencipta sejarah apabila menjadi artis paling banyak menerima anugerah dalam sejarah Grammy. 

Beyonce menambah empat lagi trofi Grammy, menjadikan jumlah keseluruhan trofi yang dimenanginya sebanyak 31 sepanjang kerjaya muzik dan nyanyiannya.

Album studio terbaharunya, Renaissance telah memenangi Best Dance/Electronic Album, manakala ‘Cuff It’ memenangi Lagu R&B Terbaik, ‘Break My Soul’ pula meraih kemenangan sebagai Best Dance/Electronic Recording serta ‘Plastic Off the Sofa’ yang diangkat sebagai pemenang Best Traditional R&B Performance.

Brandi Carlile pulang dengan membawa pulang  tiga Grammy termasuk Best Rock Performance dan  Best Rock Song untuk ‘Broken Horses’, dan Best Americana Album untuk  In These Silent Days.

Bonnie Raitt juga memenangi tiga Grammy, termasuk kemenangan mengejut dalam kategori Record of the Year untuk ‘Just Like That’. Dia juga memenangi Best American Roots Song untuk ‘Just Like That’ dan Best Americana Performance untuk ‘Made Up Mind’.

Lizzo hanya memenangi satu Grammy, tetapi ia adalah anugerah yang besar apabila ‘About Damn Time’ diangkat sebagai pemenang Song of the Year.

Kendrick Lamar mendominasi kategori hip-hop, memenangi Rap Album untuk Mr. Morale & The Big Steppers, dan Best Rap Song dan Best Rap Performance untuk ‘The Heart Part Five’.

Artis lain yang membawa pulang beberaap Grammy termasuk Ozzy Osbourne (Rock Album and Metal Performance), Wet Leg (Alternative Music Album and Alternative Music Performance), dan Willie Nelson (Country Album and Country Solo Performance).

Untuk tahun kedua berturut-turut, Jack Antonoff memenangi Producer of the Year. Tobias Jesso Jr., bekas rocker indie yang bertukar menjadi penulis lagu untuk artis seperti Adele dan Harry Styles, membawa pulang trofi sulung untuk Penulis Lagu Terbaik.

Berikut adalah sebahagian daripada pemenang utama Anugerah Grammy Ke-65: -

Album Of The Year

Harry Styles - Harry’s House

Best New Artist

Samara Joy

Record Of The Year

Lizzo - About Damn Time

Song Of The Year

Bonnie Raitt - Just Like That

Best Pop Solo Performance

Adele - Easy on Me 

Best Dance/Electronic Album

Beyonce - Rennaisance

Best Rap Album

Kendrick Lamar - Mr Morale & Big Steppers

Best Musica Urbana Album

Bad Bunny - Un Verano Sin Ti

Best Pop Duo/Group Performance

Sam Smith and Kim Petras - Unholy

Best Country Album

Willie Nelson - A Beautiful Time

Best R&B Song

Beyoncé - Cuff It

Best Pop Vocal Album

Harry Styles - Harry’s House 

Best Dance/Electronic Recording

Beyoncé - Break My Soul 

Best Global Music Performance

Wouter Kellerman, Zakes Bantwini & Nomcebo Zikode - Bayethe 

Best Country Solo Performance

Willie Nelson - Live Forever 

Best R&B Performance

Muni Long - Hrs & Hrs 

Best Rap Performance

Kendrick Lamar - The Heart Part 5 

Best Metal Performance

Ozzy Osbourne Featuring Tony Iommi - Degradation Rules

Best Rock Performance

Brandi Carlile - Broken Horses

Best Rock Album

Ozzy Osbourne - Patient Number 9

Best Alternative Music Album

Wet Leg - Wet Leg

Best Traditional R&B Performance

Beyoncé - Plastic Off the Sofa

Best Progressive R&B Album

Steve Lacy - Gemini Rights

Best R&B Album

Robert Glasper - Black Radio III

Best Rap Song

Kendrick Lamar - The Heart Part 5

Best Comedy Album

Dave Chapelle - The Closer

Best Folk Album

Madison Cunningham - Revealer

Best Country Song

Cody Johnson - ‘Til You Can’t

Senarai penuh pemenang boleh dilihat menerusi pautan laman web rasmi Grammy. - Getaran, 7 Februari 2023

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 11 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Filem & TV 23 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran