web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anugerah Grammy Ke-65 Masih Dibelenggu Beberapa Isu, Namun Adele, Harry Styles Dan Beyonce Bakal Menang Besar

Siaran langsung Anugerah Grammy ini dapat disaksikan di Showcase Movies (Saluran 413) dan Astro GO pada jam 8 pagi.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 7:05AM

Adele, Harry Styles dan Beyonce disebut-sebut sebagai antara calon yang mempunyai peluang besar untuk meraih kemenangan bagi kategori-kategori utama Anugerah Grammy ke-65 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapakah yang bakal mendominasi Anugerah Lagu, Rekod dan album terbaik dalam Anugerah Grammy ke-65? Adele, Harry Styles dan Beyonce disebut-sebut sebagai antara calon yang mempunyai peluang besar untuk meraih kemenangan bagi kategori-kategori utama tersebut. 

Sedang berlangsung di Crypto.com Arena di Los Angeles, California, Anugerah Grammy yang dipersembahkan Recording Academy telah diadakan di lokasi tuan rumah sendiri selepas tempoh tiga tahun. 

Namun, pada waktu yang sama, ia juga masih tidak terlepas daripada dibelenggu pelbagai isu dalaman apabila ia tidak meraih rating tinggi menerusi tayangan di televisyen, mengalami isu boikot daripada beberapa artis utama disebabkan isu rasis dan bias serta kritikan yang mengatakan ia telah menggunakan pendekatan lapuk apabila ia dilihat gagal menepati citarasa penonton gen Z. 

Drake dan The Weeknd adalah dua nama artis kulit hitam besar yang pernah memboikot Anugerah Grammy dan mereka akan meneruskan usaha memboikot itu pada tahun ini. Bruno Mars dan Anderson.Paak juga dikatakan enggan menghantar karya lagu dari album An Evening With Silk Sonic hasil kolaborasi mereka untuk dicalonkan. 

Sebagai tindak balas terhadap isu tersebut, pihak Grammy dikatakan telah memansuhkan komuniti khas yang ditugaskan untuk memilih empat kategori utama termasuk Arti Baharu Terbaik. 

Apapun, bagi pelanggan Astro, anda berpeluang menyaksikan ‘Anugerah Tahunan Grammy Ke-65’ secara langsung di Showcase Movies (Saluran 413) dan Astro GO bermula jam 8 pagi ini dengan siaran ulangan pada hari yang sama, jam 9 malam.

Dihoskan pengacara TV dan pelawak Trevor Noah, anda boleh saksikan persembahan hebat daripada calon-calon anugerah Grammy dan ikon industri termasuk Harry Styles, Bad Bunny, Lizzo, Sam Smith, Mary J. Blige, Kim Petras, Luke Combs, Steve Lacy, Brandi Carlile dan ramai lagi. 

Calon-calon Anugerah Grammy kali ini terdiri daripada ikon-ikon bersejarah dengan kedudukan carta muzik teratas seperti Beyoncé (9 pencalonan); Adele (7 pencalonan); ABBA (4 pencalonan); BTS (3 pencalonan); Machine Gun Kelly (1 pencalonan) dan lebih lagi.

Peminat boleh menikmati ramalan pemenang untuk 91 anugerah dengan kategori-kategori baharu termasuk ‘Songwriter of the Year, Non-Classical’; ‘Best Alternative Music Performance’; ‘Best Americana Performance’; ‘Best Score Soundtrack for Video Games and Other Interactive Media’; and ‘Best Spoken Word Poetry Album’.
Anugerah Grammy juga turut mewujudkan segmen penghormatan kepada sebahagian daripada komuniti kreatif yang telah pergi meninggalkan kita pada tahun ini. 

Segmen 'In Memoriam' akan menampilkan barisan bintang terhebat termasuk Kacey Musgraves mempersembahkan "Coal Miner’s Daughter", tanda penghormatan kepada Loretta Lynn; manakala Sheryl Crow, Mick Fleetwood dan Bonnie Raitt memberi penghormatan kepada Christine McVie dengan "Songbird"; dan Maverick City Music menyertai Quavo dengan lagu "Without You” untuk mengingati kehidupan dan legasi Takeoff. – Getaran, 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Annie Lennox Gesa Gencatan Senjata Di Gaza Ketika Hadiri Anugerah Grammy

2

Gaya 3 tahun yang lalu

Anugerah Grammy 2023: 9 Fesyen Artis Popular Ini Berjaya Curi Tumpuan Di Karpet Merah

3

Muzik 3 tahun yang lalu

Menang 32 Trofi, Beyonce Pemuzik Paling Banyak Menang Grammy Dalam Sejarah! 

4

Muzik 3 tahun yang lalu

Beyonce Berjaya Menang Dua Anugerah Setakat Ini, Mampukah Dia Atasi Rekod George Solti Yang Miliki 31 Anugerah?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 13 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN