web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Menang 32 Trofi, Beyonce Pemuzik Paling Banyak Menang Grammy Dalam Sejarah! 

Tahniah Beyonce! Dengan kemenangan empat trofi setakat ini, Beyonce telah berjaya memecahkan rekod George Solti apabila merangkul 31 trofi Grammy secara keseluruhan. 

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Feb 2023 4:00PM

Beyonce mencipta rekod baru apabila menjadi individu paling banyak memenangi trofi dalam sejarah anugerah berprestij, Grammy. - Gambar AFP

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyanyi terkenal, Beyonce mencipta rekod baru apabila menjadi individu paling banyak memenangi trofi dalam sejarah anugerah berprestij, Grammy.  

Kemenangan terbaru, Beyonce di acara kemuncak anugerah yang berlangsung di California, Amerika Syarikat malam tadi menjadikan Beyonce berjaya merangkul 32 trofi secara keseluruhan sekali gus mengalahkan rekod yang dipegang oleh Georg Solti dengan 31 trofi sebelum ini. 

Malam tadi, Beyonce berjaya memenangi empat kategori iaitu Best Dance/Electronic Recording untuk lagu Break My Soul, Best Traditional R&B Performance untuk lagu Plastic Off the Sofa, Best Song Written for Visual Media untuk lagu Be Alive dan Best Dance/Electronic Music Album untuk Renaissance.

“Terima kasih banyak. Saya sedang kawal diri untuk tidak terlalu beremosi. Saya cuba menikmati majlis malam ini,” ucapnya selepas menggenggam trofi sambil mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu yang menyokong kariernya selama ini.

Tidak hanya Beyonce, malah suaminya Jay-Z turut memegang rekod cemerlang apabila pernah menjadi artis paling banyak tercalon untuk anugerah Grammy. Jay-Z pernah memenangi 24 anugerah Grammy sepanjang hayatnya. – Getaran 6 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 tahun yang lalu

Beyonce Berjaya Menang Dua Anugerah Setakat Ini, Mampukah Dia Atasi Rekod George Solti Yang Miliki 31 Anugerah?

2

Muzik 3 tahun yang lalu

Anugerah Grammy Ke-65 Masih Dibelenggu Beberapa Isu, Namun Adele, Harry Styles Dan Beyonce Bakal Menang Besar

3

Gaya 5 tahun yang lalu

Gaya Grammy Di Era Pandemik

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN

Selebriti 14 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...