Berita Terkini

4 jam yang lalu: 55 sekolah luar bandar di Kedah dilengkapi kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) 4 jam yang lalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Senai terima penerbangan pertama dari China 4 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang berkaitan kesalahan menghendap 4 jam yang lalu: TPM Ahmad Zahid sahkan Sulaiman Md Ali meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka 4 jam yang lalu: Ahmad Zahid akan menghadap TYT Negeri Melaka untuk persembah nama calon Ketua Menteri baharu

IKUTI KAMI


Anugerah Grammy 2023: 9 Fesyen Artis Popular Ini Berjaya Curi Tumpuan Di Karpet Merah

Beberapa bintang besar tiba di laluan karpet merah itu dengan siluet penuh dramatik dan pilihan warna yang cukup kuat dan terang pada acara tahunan tersebut.

Gaya Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Feb 2023 12:14PM

Taylor Swift menggayakan rekaan Roberto Coin.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Acara karpet merah Anugerah Grammy sememangnya sering menjadi pilihan artis dan selebriti untuk menampilkan gaya dan fesyen yang lebih berani dan berisiko berbanding rakan-rakan seperjuangan mereka yang terlibat di layar perak.

Ternyata, Anugerah Grammy Ke-65 yang diadakan di Crypto.com Arena (dahulunya dikenali sebagai Staples Center), Los Angeles pada malam Ahad lalu telah menjadi saksi.

Beberapa bintang besar tiba di laluan karpet merah itu dengan siluet penuh dramatik dan pilihan warna yang cukup kuat dan terang pada acara tahunan tersebut.

Antara penampilan yang paling menarik perhatian adalah gaun biru elektrik Cardi B rekaan  pereka India, Gaurav Gupta elektrik  yang telah membuat debut di Haute Couture Week di Paris kira-kira lebih seminggu yang lalu.

Gaunnya menampilkan rekaan yang cukup unik apabila sebahagian atasnya turut membentuk separa bulatan ala tudung kepala yang turut  menutupi bahunya.

Lizzo pula berjaya membuatkan ramai yang terpegun dengan dengan cape Dolce & Gabbana yang penuh dramatik, dihiasi dengan bunga applique, daripada koleksi label Itali Alta Moda 2022. Gaun itu menampilkan butiran Swarovski jaringan kristal dan bunga sutera buatan tangan. Dia melengkapkan penampilannya  dengan kasut tumit yang dihiasi kristal.

Kim Petras dan Sam Smith juga tidak kurang kalahnya. Seakan mahu memberikan kenyataan yang besar pada malam itu, mereka tiba dengan rombongan merah menyala yang menampilkan ratu drag, Violet Chachki dan Gottmik. Topi dan cape Smith turut menarik perhatian.

Rapper Doja Cat juga tampil dengan gaya yang cukup unik dan penuh kuasa apabila mengenakan dress vinyl hitam Versace yang mempunyai leretan yang panjang dan menyapu lantai yang dipadankan dengan sarung tangan opera daripada material yang sama.

Penyanyi dan penulis lagu terkenal Harry Styles memilih mengenakan jumpsuit pelangi rekaan EgonLab yang ditaburi dengan kristal Swarovski yang penuh kemilau dengan tampalan bergaya.

Garis leher yang rendah membolehkannya mempamerkan semua tatunya yang hebat di dadanya. Dia melengkapkan penampilannya dengan kuku dicat emas, but bertumit putih serta beberapa cincin dan rantai emas.

Penyanyi-komposer Taylor Swift pula sekaan cuba tampil dengan gaya fesyen lebih selamat apabila mengenakan gaun two pieces rona biru midnight rekaan Roberto Coin. Bahagian atasnya mempunyai potongan leher turtleneck dengan lengan yang panjang. Manakala, bahagian bawah pula mempunyai potongan ala ekor ikan.

Jika perhatian yang dicarinya, tiada siapa yang mampu melakukannya, melainkan Jennifer Lopez (J-Lo).Sekali lagi, dia berjaya mencuri tumpuan dengan penampilannya yang penuh menawan apabila menyarungkan gaun Gucci chiffon sutera rona biru midnight dengan pleated ruffles.

Mengenakan jaket merah yang dipadankan dengan topi, Pharrell Williams yang sebelum ini pernah beberapa kali memenangi Anugerah Grammy tampil dengan kaca mata Tiffany & Co yang menajdi signaturenya.

Penyanyi-komposer kelahiran Kanana, Shania Twain juga berjaya mencuri tumpuan apabila mengenakan blazer dan celana polka-dot ala kulit lembu rekaan Harris Reed.  Penampilannya yang penuh dramatik itu dilengkapkan lagi dengan topi yang sama dan rambut palsu panjang berwarna merah. - Getaran, 7 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 minggu yang lalu

Fesyen Memukau Di Karpet Merah Anugerah Oscar 2023

2

Selebriti 3 minggu yang lalu

Fesyen Ala ‘Drakula’ Atau Aina Abdul Di Konsert Saujana 25, Ini Penjelasan Sebenar Dr Idzu!

3

TARA 3 minggu yang lalu

CIMB Preferred Anjur Bazar Siberturahim Fashion Fest Untuk Kali Kedua

4

Muzik 1 bulan yang lalu

Beyonce Berjaya Menang Dua Anugerah Setakat Ini, Mampukah Dia Atasi Rekod George Solti Yang Miliki 31 Anugerah?

Sorotan

1

Ahmad Zahid Sahkan Sulaiman Letak Jawatan Ketua Menteri Melaka

2

Projek Pasar Chow Kit Tidak Pernah Terbengkalai, Dijangka Siap 2025

3

Tubuh Task Force Selaras Agihan Bantuan Dengan YKN Di Setiap Negeri

Disyorkan untuk anda

Selera 15 jam yang lalu

Gerai Juadah Sahur Mudahkan Pelanggan Nikmati Makanan Segar, Panas