web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsert Malam Bulan Bintang Himpun Penyanyi Ternama Malaysia Dan Indonesia

Antara penyanyi yang akan terlibat dengan konsert yang akan berlangsung pada 4 Mac ini adalah M Nasir, Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Alif Satar & The Locos, Raihan, Salammusik, Opick dan Sabyan.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 12:02PM

M Nasir, Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir, antara artis yang mengambil bahagian dalam Konsert Malam Bulan Bintang, pada 4 Mac ini. - Gambar ihsan PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama pakaian terkenal, Bulan Bintang bakal menganjurkan konsert yang diberi nama Konsert Malam Bulan Bintang yang akan berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil pada 4 Mac ini. 

Konsert ini menampilkan penyanyi-penyanyi hebat dari Malaysia dan Indonesia seperti Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nuhaliza, Faizal Tahir, Alif Satar & The Locos, Raihan, Salamusik, Opick Dan Sabyan. 

Selain dihiburkan oleh persembahan artis, konsert yang bertemakan Islamik kontemporari ini juga akan diserikan dengan perkongsian tentang bulan Ramadan oleh penceramah undangan. 

Lebih menarik, pentas yang dibina adalah 360 darjah menjadikan konsert ini lebih dekat dengan penonton.

Sistem bunyi juga akan dibuat mengikut 360 darjah supaya lebih berkualiti dan mengasyikkan. Kali terakhir konsep pentas 360 darjah ini dilakukan adalah sewaktu Konsert Mega Siti Nurhaliza pada 2001. 

Konsert ini menampilkan penyanyi-penyanyi hebat dari Malaysia dan juga Indonesia seperti Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nuhaliza, Faizal Tahir, Alif Satar & The Locos, Raihan, Salamusik, Opick Dan Sabyan. 
Konsert ini menampilkan penyanyi-penyanyi hebat dari Malaysia dan juga Indonesia seperti Datuk M Nasir, Datuk Seri Siti Nuhaliza, Faizal Tahir, Alif Satar & The Locos, Raihan, Salamusik, Opick Dan Sabyan. 

Menurut pengasas  jenama Bulan Bintang iaitu Azzim Zahid Azmi, 26, pada mulanya ramai yang mempersoalkan kenapa mereka mahu menganjurkan sebuah konsert sedangkan mereka adalah jenama yang menjual pakaian seperti Baju Melayu dan Baju Kurung.

“Jenama Bulan Bintang ini dinaungi oleh anak-anak muda. Kami memang suka pergi ke konsert. Kami juga kenal siapa sasaran pasaran kami iaitu orang-orang yang seusia dengan kami. Bulan Bintang juga punya pasaran yang sangat ‘mass’ tak kita lapisan umur. Sebab itu kita tampilkan artis-artis dari pelbagai peringkat umur. 

“Tujuan utama kami menganjurkan konsert ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh pelanggan dan peminat Bulan Bintang yang telah menyokong kami selama lapan tahun penubuhan jenama ini sejak saya baru habis SPM lagi. Konsert ini juga didedikasikan khas buat rakan niaga (ejen) Bulan Bintang yang mencecah hampir 12,000 di seluruh Malaysia. 

“Disebabkan jenama Bulan Bintang sinonim dengan musim perayaan, maka kita memilih tarikh konsert yang hampir dengan bulan puasa sebelum rakan-rakan niaga kita berjuang sewaktu bulan puasa,” katanya yang mensasarkan 9,000 keping jualan tiket. 

Konsert ini mensasarkan 9,000 keping jualan tiket. 
Konsert ini mensasarkan 9,000 keping jualan tiket. 

Bagi Siti Nurhaliza, dia mengakui sangat kagum melihat kesungguhan Bulan Bintang yang diterajui oleh anak-anak muda membuatkan dia bersetuju untuk terlibat menjayakan konsert ini. 

“Saya melihat mereka sebagai satu idola kepada anak-anak muda dan usahawan-usahawan di luar sana. Apabila ditawarkan untuk terlibat dengan konsert ini, saya lihat pada jadual terlebih dahulu. Mereka juga benar-benar mencuba untuk membuatkan saya terima. Jadi sebagai tanda sokongan saya terima pelawaan mereka. Lagipula saya tertarik dengan konsep konsert ini iaitu Islamik Kontemporari,'' katanya.

Sementara M Nasir pula meluahkan rasa teruja dapat terlibat dengan konsert ini kerana dia sendiri sudah lama tidak terlibat dengan konsert seperti ini.

Manakala Faizal Tahir pula mengakui tertarik dengan konsep konsert ini yang bersifat kerohanian kerana menurutnya, tenaganya kni sudah tidak seperti zaman mudanya dulu untuk membuat pelbagai aksi di atas pentas.

“Saya nampak ini satu peluang untuk saya buat persembahan tetapi dalam keadaan yang lebih relax dan santai. Secara jujurnya saya tak ingat bila kali terakhir saya buat persembahan di atas satu pentas yang besar. Rasanya sejak PKP, ini adalah kali pertama. Orang pun dah tertanya-tanya sama ada saya masih menyanyi atau tidak. Saya masih menyanyi cuma lebih banyak di majlis-majlis tertutup,” kongsinya yang akan menyanyikan empat buah lagu di konsert itu nanti. 

Melihat tarikh konsert ini nanti, ia  bakal bertembung dengan satu lagi konsert mega iaitu Konsert Blackpink yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, pihak Bulan Bintang telah memohon kerjasama daripada PRASARANA untuk melanjutkan tempoh operasi Transit Aliran Ringan (LRT) agar memudahkan kelancaran proses pergi balik ke konsert itu nanti. 

Bagi anda yang ingin mendapatkan tiket untuk menonton konsert ini, boleh dapatkan di laman sesawang www.ticket2u.com.my dan harga tiket bermula dari RM49 (Early Bird Silver),  RM99 (Silver), RM119 (Gold), RM149 (Platinum) dan RM199 (VIP). – Getaran, 27 Januari 2023

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 11 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Tiga peserta terbaik akan menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 yang merangkumi penghasilan single dan video muzik.

oleh Rahayu MN