web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cakra Khan Dedah Mesej Terakhir Arwah Bapa Semasa Konsert Di KL!

Cakra dilihat berusaha menahan sebak dengan suara terketar-ketar bercerita bagaimana sosok ayahnya banyak mempengaruhi karier nyanyiannya.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2023 10:10AM

Cakra Khan menghadiahkan satu slot nyanyian khas untuk bapanya di konsert 'Cakra Khan Decade' di Kuala Lumpur - Gambar ihsan Seven Skies Motion

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Hening mengitari seisi panggung apabila penyanyi Indonesia, Cakra Khan menghadiahkan satu slot nyanyian khas untuk bapanya di konsert Cakra Khan Decade berlangsung di Kuala Lumpur.

Cakra duduk di atas bangku diiringi orkestra pimpinan Datuk Ramli M.S mengalunkan lagu 'Ayah' nyanyian asal Rinto Harahap. Persembahan Cakra dilatari pancaran video momen bersama-sama ayahnya, Hermana semasa hayat.

Selesai nyanyian, Cakra dilihat berusaha menahan sebak. Dengan suara terketar-ketar bercerita bagaimana sosok ayahnya banyak mempengaruhi karier nyanyiannya sehingga kini.

“Dahulu saya selalu bernyanyi di dalam bilik air. Ibu selalu protes kerana nyanyian saya tidak enak didengar. Saya banyak menyanyikan lagu dangdut dan ayah sangat menyokong jika saya jadi penyanyi. Saya belajar nyanyi sendirian tanpa ada vocal coach

“Kalau ada kenduri, ayah selalu minta ke tuan rumah agar membenarkan saya bernyanyi di majlis mereka. Akhirnya saya ada kumpulan nyanyian sendiri yang bernama Cakra Group. Kadangkala saya akan diiringi dengan keyboard,” cerita Cakra semasa di konsert tersebut yang berlangsung di Dewan Plenary, KLCC pada Jumaat. 

Bagi pemilik nama penuh Cakra Konta Paryaman itu, ayah juga adalah seorang rakan baik yang selalu ada ketika dia membuat persembahan. Ketiadaan ayah pada malam konsert yang meraikan perjalanan muzik selama sedekad seorang Cakra Khan sudah tentu membuat Cakra berasa kehilangan.

“Hari terakhir semasa ayah di Unit Rawatan Rapi, kami berada di sekeliling ayah. Sebelum meninggal dia sempat mengirimkan mesej kepada saya dan berpesan, ‘ayah mahu kamu selalu ada di panggung dan buat orang-orang gembira’.

Dalam konsert berdurasi lebih dua jam itu, Cakra menyanyikan 20 lagu
Dalam konsert berdurasi lebih dua jam itu, Cakra menyanyikan 20 lagu

“Di sebalik tegasnya seorang bapa, selalu ada cinta yang tersembunyi. Saya berharap bapa ada malam ini melihat betapa ramai teman-teman di Kuala Lumpur hadir ke konsert saya,” tambahnya.

Bukan itu sahaja, konsert Cakra di Kuala Lumpur mencipta sejarah apabila ibunya hadir menyaksikan persembahan Cakra buat pertama kali. 

“Ini kali pertama ibu hadir ke persembahan besar saya. Saya larang ibu hadir ke konsert saya kerana saya tidak dapat menahan emosi. Sepanjang konsert berlangsung pun saya cuba elak memandang ibu saya, takut nanti saya teremosi. Jadi saya cuba memandang tempat lain semasa menyanyi,” tambahnya. 

Cakra Khan bersama ibunya
Cakra Khan bersama ibunya

Dalam konsert berdurasi lebih dua jam itu, Cakra menyanyikan 20 lagu termasuk lagu hit seperti 'Kekasih Bayangan', 'Cintamu Bukan Untukku', 'Kepada Hati' dan 'Seluruh Cinta'.

Turut hadir memeriahkan persembahan semasa konsert Cakra ialah Aina Abdul, Khai Bahar dan Govinda. - Getaran, 27 Januari 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Jasad Remaja Maut Ditikam Selamat Disemadikan

2

Muzik 1 tahun yang lalu

Tiket Konsert Violet Skies: Dato' Sri Siti Nurhaliza Live In Arena Of Stars Masih Boleh Dibeli

3

Rencana 1 tahun yang lalu

Kisah Seorang Bapa: Inspirasi Dan Legasi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Rampasan Dadah KL Meningkat 7 Kali Ganda

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 17 jam yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN