Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


'Nafas Naga': Lagu Rap Dengan Elemen Mak Yong Yang Gempak - Hasil Kolaborasi Filsuf Dengan Black 

“Lagu Nafas Naga yang mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan dihasilkan berdasarkan jalan cerita ‘Duan Nago Bogho' dan ia juga merupakan kolaborasi pertama Filsuf dengan Black Hanifah. 

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jan 2023 4:00PM

Daly Filsuf buat julung kalinya digandingkan dengan Black Hanifah dalam lagu 'Nafas Naga'. - Gambar Nova Music

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Best pulak lagu nih!,” itulah komen beberapa orang yang mendengar lagu Nafas Naga nyanyian Filsuf yang menampilkan Black Hanifah sewaktu berakhirnya majlis tayangan perdana filem Duan Naga Bogho arahan Sabri Yunus. 

Apa yang menarik, ‘Nafas Naga’ ciptaan Filsuf atau Daly Ahli Fiqir dan lirik Arisz Ab Rahman adalah sebuah lagu hip hop penuh energi yang menggabungkan elemen Mak Yong. Melodinya membuatkan kita terus ingin melayan lagu itu sambil mengikuti groovenya. 

Memperkatakan tentang karya lagu ciptaannya, Filsuf berkata, dia tidak mengambil masa yang lama untuk menghasilkan melodi dan lirik lagu ‘Nafas Naga’.

Daly Filsuf - Gambar ihsan Nova Music
Daly Filsuf - Gambar ihsan Nova Music

“Apabila penerbit filem menawarkan saya untuk menghasilkan lagu tema atau runut bunyi bagi filem terbitan syarikatnya, idea itu datang secara spontan. Selepas saya membaca jalan cerita filem ini, saya terus mula menulis bahagian korus. Selepas itu, saya perdengarkan kepada mereka dan mereka menyukainya.

“Namun, mereka minta saya untuk selitkan loghat Kelantan dalam lagu ini memandangkan filem itu berlatarkan kisah Mak Yong yang terkenal di negeri berkenaan. Ketika itu, saya juga dimaklumkan pihak mereka menjemput Black untuk menyanyi bersama dalam lagu ini.

“Secara keseluruhan, saya ambil masa dua hari untuk menghasilkan lagu ini dan lagu dibuat berdasarkan jalan cerita filem Duan Nago Bogho,” katanya. 

Menurutnya, lagu ‘Nafas Naga’ adalah kerjasama sulung bersama Black biarpun sudah lama saling mengenali.

Filsuf berkongsi, proses rakaman dibuat secara berasingan iaitu dirinya di Singapura dan Black di Malaysia.

Black Hanifah - Gambar ihsan Nova Music
Black Hanifah - Gambar ihsan Nova Music

“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Black. Lagu ini kami rakamkan secara berasingan.  Alhamdulillah, semuanya okay dan tak ada masalah. Cuma, selepas selesai proses rakaman ada beberapa bahagian yang perlu ditukar dan diperbaiki iaitu dari segi sebutan.

“Umum mengetahui, saya dan Black bukan anak jati Kelantan, jadi sebutan pada bahagian lirik loghat Kelantan itu pada awalnya kurang tepat dan tak kena. 

“Disebabkan itu, kami perlu rakamkan semula bahagian berkenaan,” katanya yang turut mengakui teruja apabila pihak penerbit turut menyukai lagu 'Nafas Naga' ini.

Sementara itu, Black berkata peluang bekerjasama dengan Filsuf sudah lama dinanti dan kesempatan diberikan itu tidak boleh dipersia.

“Sebenarnya, memang dari 2011 lagi saya sudah mengenali Filsuf. Malah, masing-masing ada hasrat nak berduet bersama. Jadi, bila dapat peluang bekerjasama, saya berasakan ini adalah masa yang sesuai untuk duet bersama dalam sebuah projek di mana lagunya hasil ciptaan Filsuf sendiri,” katanya.

Black berkata, proses rakaman yang dijalankan secara berasingan itu merupakan sesuatu yang agak janggal bagi dirinya.

“Pengalaman merakamkan lagu ini sangat berbeza. Sebab kami buat rakaman berasingan di tempat masing-masing. Keadaan semasa ketika itu masih tidak mengizinkan untuk bersemuka. Kiranya agak janggal dan susah sedikit. 

“Saya terpaksa menggunakan pengalaman sendiri untuk ‘feel’ lagu ini. Kebiasaannya sewaktu proses rakaman lagu saya, semua komposer akan ada sekali untuk ‘guide’ rakaman itu. Tapi kali ini tidak,” katanya.

'Nafas Naga' dicipta khusus untuk filem Duan Nago Bogho arahan Sabri Yunus. - Gambar ihsan Nova Music
'Nafas Naga' dicipta khusus untuk filem Duan Nago Bogho arahan Sabri Yunus. - Gambar ihsan Nova Music

Pada  masa sama, Black berkata lagu ‘Nafas Naga’ sesuatu yang istimewa buat diri dan kerjayanya.

“Saya bersetuju untuk menerima tawaran merakamkan lagu ini kerana lirik dan melodi yang berbeza dari genre lagu yang saya bawa sebelum ini. Lagu ini ada eleman Mak Yong dalam nyanyian saya.

“Untuk lagu ini, saya berharap dapat diterima ramai kerana ini merupakan lagu duet buat julung kalinya bersama Filsuf. Malah, lirik lagu ini mempunyai maksud yang mendalam dan tersendiri,” katanya.

Lagu ‘Nafas Naga’ nyanyian Filsuf dan Black Hanifah terbitan Nova Music kini boleh distrim di semua pelantar muzik digital dan video muzik rasmi lagu tersebut boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos. 

Sementara itu, filem Duan Nago Bogho yang dibintangi Asrul Faizal, Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Jason Chong, Sangeetha Krishnasamy dan Issey Fazlisham bakal ditayangkan di seluruh pawagam tempatan mulai esok.  – Getaran, 18 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 8 bulan yang lalu

PRN: Black Hanifah Bantu Kempen Calon BN Sungai Air Tawar

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Kerana Mak Yong Dalam Duan Nogho Bogho, Sangeetha Krishnasamy Akui Hampir ‘Give Up’ Dan Tarik Diri 

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Shila Amzah Mahu ‘Move On’, Tinggalkan Kenangan Pahit 2022 Dengan 'Jauh Hati'

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Filem ‘Duan Nago Bogho’ Arahan Sabri Yunus Angkat Kisah Pergaduhan Mak Yong Demi Maruah Seni

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

Pendedahan berani mati Sarah Yasmine yang memaparkan mesej perbualan antara Aliff Aziz dan Ruhainies kini tular di semua platform media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Muzik 20 jam yang lalu

ONEUS Pun Terikut Trend Lagu Alamak Raya

oleh Wartawan Hiburan Getaran