web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Filem ‘Duan Nago Bogho’ Arahan Sabri Yunus Angkat Kisah Pergaduhan Mak Yong Demi Maruah Seni

Filem ini dibintangi oleh Asrul Faizal, Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Husairi Husain, Angeline Tan, Issey Fadzlisham, Jason Chong dan ramai lagi 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 8:00PM

'Duan Nago Bogho' adalah filem berwajah Malaysia yang menggabungkan aksi dengan elemen seni budaya tempatan iaitu Mak Yong dengan nilai komersial - Gambar ihsan penerbit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tidak dinafikan filem bercorak aksi sememangnya antara yang genre yang cukup digemari penonton di Malaysia.

Melihat kepada potensi filem sebegini membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho.

Menariknya, filem ini mengetengahkan seorang pengarah dan pelakon hebat iaitu Sabri Yunus yang cukup dikenali dengan naskhah 'Pok Ya Cong Codei'.

Penerbitnya, Kolonel Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman berkata, pihaknya berminat untuk menerbitkan filem Duan Nago Bogho ini kerana tertarik dengan skrip dan jalan cerita yang turut dihasilkan Sabri.

“Saya melihat filem ini berbeza dengan filem-filem aksi sedia ada. Duan Nago Bogho benar-benar filem berwajah kita yang menggabungkan aksi dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial.

“Mengenai pemilihan tajuk pula, ia adalah gambaran sifat watak utama iaitu Duan seperti ular ‘Nago Bogho’ atau lebih dikenali sebagai ular tedung selar,” ujarnya.

Beliau berkata, filem sulung terbitan syarikatnya itu menelan kos perbelanjaan sebanyak RM2 juta dan menggunakan dialek bahasa Kelantan sebanyak 80 peratus.

Filem ini telah menjalani proses penggambaran selama 30 hari bermula daripada April 2021 di lokasi seperti Kuala Lumpur (90 peratus) dan Kelantan (10 peratus).

Menampilkan pelakon Asrul Faizal selaku teraju utama membawakan watak Duan, filem ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Rosyam Nor, Jojo Goh, Sangeeta Krishnasamy, Husairi Husain, Angeline Tan, Issey Fadzlisham, Jason Chong dan ramai lagi.

Sangeeta Krishnasamy
Sangeeta Krishnasamy

Arisz turut berharap agar filem Duan Nago Bogho ini dapat diterima oleh semua golongan penonton.

“Sebagai penerbit pastinya saya ingin mendapat kutipan yang memberangsangkan dan diterima oleh seluruh penonton tanpa mengira negeri dan latar belakang. 

“Walaupun latarnya mengenai kehidupan watak utama sebagai orang Kelantan dan kebanyakannya berdialek Kelantan, namun isu, mesej dan jalan cerita Duan Nago Bogho berlaku di mana-mana sahaja,” ujarnya.

Sementara itu, Sabri pula menjelaskan dia berminat menulis skrip serta pengarah filem berkenaan setelah melalui sendiri pengalaman yang menarik perhatiannya dalam bidang kesenian khususnya seni tradisional Kelantan.

Jason Chong
Jason Chong

Jelasnya, ada tiga faktor utama untuk menghasilkan Duan Nago Bogho iaitu mengenai cinta pada seni yang tinggi, pertembungan ideologi pada nilai kesenian dan melihat kepada nilai setia kawan serta pembelotan dalam hubungan persahabatan.

“Ketiga-tiga faktor ini saya rangkumkan menjadi sebuah naskhah dan menjadi tunjang kepada penceritaan yang ingin disampaikan.

“Ia bukanlah sebuah filem aksi semata-mata dan lebih kepada perjuangan dalam pertahankan maruah seni Mak Yong.  

“Watak Duan juga seorang yang melalui dunia pergaduhan demi maruah diri, namun dia bukan jahat atau samseng, tetapi orang yang sangat menjaga maruah dan harga diri, maruah dan harga seninya,” ujarnya.

Rosyam Nor
Rosyam Nor

Duan Nago Bogho mengangkat kisah seorang anak seni tradisional Kelantan Mak Yong iaitu Duan yang juga pemain peran Mak Yong yang mempunyai dua personaliti. Dia yang mencintai seni tradisional juga dalam masa yang sama sangat suka bergaduh. 

Kisahnya bermula selepas Duan bergaduh dengan penonton Mak Yong yang mengganggu sewaktu dia sedang membuat persembahan sehinggalah ayahnya meminta dia untuk meninggalkan kampung dan mencari kerja lain.

Rakannya iaitu Awi yang tinggal di Kuala Lumpur mengajak Duan ke ibu kota. Awi memberitahu Kuala Lumpur memberikan peluang yang lebih luas dalam bidang seni, termasuklah Mak Yong. Awi adalah pekerja seni yang cuba membawa seni Kelantan ke arah yang lebih luas dan maju.

Selain itu, tugas Duan adalah untuk membantu Nancy, anak kepada Jimmy Ang iaitu seorang lelaki cina keturunan Kelantan sehingga membawa konflik dalam hidup Duan. 

Filem Duan Nago Bogho akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Januari 2023. – Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN